eDomz

asia Fans

banner

PRODUK LUAR NEGARA UNTUK DIBELI

Rabu, 5 September 2012

Transformasi Diri Dengan Perniagaan Internet

Oleh : Maimunah Hussin, www.nextsphere.com.my


Buat pertama kalinya, seorang ahli perniagaan atau firma kecil boleh bersaing diperingkat global dengan syarikat-syarikat ternama dan besar. Internet membuka peluang perniagaan yang sangat luas tanpa adanya batas sempadan dan masa. Masa perniagaan beroperasi tanpa henti 24 jam sehari sepanjang tahun memberi kelebihan berbanding dengan berniaga secara offline.
 
Internet satu platform baru bagi kita untuk mencari sumber baru kekayaan. Tahukah anda, mengikut bancian Nielson, tahun 2010 mencatat jualan online global mencecah kepada US$680 Billion. Di Malaysia pula, perniagaan melalui Internet bernilai RM1.8 Billion dan dijangka meningkat kepada RM5 Billion pada tahun 2015.
 
Model Baru Perniagaan
 
Angka-angka ini telah membuka mata samaada usahawan offline atau usahwan yang baru untuk turut sama aktif di dalam punca sumber ekonomi baru ini. Untuk golongan peniaga, kaedah lama di dalam menjalankan perniagaan sudah tidak lagi relevan. Untuk kekal berjaya, sangat penting untuk membawa perniagaan mereka ke tahap
seterusnya (next level) iaitu berurusniaga melalui online. Anjakan model perniagaan ini masih tidak lagi terlewat kerana peniagaan melalui Internet ini masih lagi diperingkat awal.
 
Bagi usahawan yang baru, kisah-kisah kejayaan mereka yang telah berjaya dan bergelar Jutawan Internet telah menarik minat untuk menceburi perniagaan Internet ini.
Di Malaysia nama-nama besar seperti Dr. Irfan Khairi, Fione Tan, Patric Chan dan ramai lagi Jutawan Intenet Senyap telah membuktikan bahawa kejayaan dan kekayaan boleh diraih dengan Internet. Dan mereka ini telah menempa kejayaan pada usia di bawah 30 tahun!
 
Mengapa Internet ini menjadi sangat hot dan kegilaan ramai pada hari ini?
Begitu banyak seminar-seminar dan kursus-kursus yang memberikan program-program perniagaan online diadakan sekarang mendapat sambutan yang hebat. Ada pelaburan yang percuma sehingga harga puluhan ribu ringgit. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di peringkat global. Malah satu rekod, seorang Internet Marketer dari Negara jiran kita telah menjana US$1.497 juta dalam tempoh 36 jam untuk program
latihan secara online!.
 
Perubahan Gaya Komunikasi
 
Kemudahan komunikasi hari ini sangat hebat dan canggih. Ini menyumbang kepada faktor penggunaan meluas telefon pintar dan kemudahan komunikasi dan internet yang lebih baik. Di Malaysia sahaja sepanjang tahun lalu sebanyak 7.5 juta telefon bernilai RM4.5 Billion terjual di mana separuh adalah telefon pintar.(Jumlah Penduduk Bancian 2010 adalah 27.5 juta orang). Kaedah komunikasi lebih pantas seperti SMS, blog, facebook dan twitter menjadi pilihan majoriti pengguna.
 
Dengan perubahan persekitaran ini, terdapat permintaan yang sangat tinggi kepada produk atau aplikasi Mobile. Pengguna, terutama generasi muda mahukan sesuatu perkhidmatan tidak mengira masa dan mudah untuk melakukan transaksi. Peluang ini terbuka luas kepada Usahawan untuk memenuhi permintaan mereka dengan
menyediakan produk-produk dan servis yang berkaitan.
 
Contoh Produk
 
Apakah jenis produk yang boleh diniagakan melalui Internet?
 
Sebenarnya semua boleh dijual, bermula daripada hobi kepada produk atau servis. Berikut adalah contoh-contoh produk-produk yang bermula dari idea yang biasa-biasa tetapi terjual lumayan melalui Internet:
 
1. Jacob Hiller, menjual lebih US$1 juta melalui ebook The Jump Manual Book , sebuah buku panduan mengenai bagaimana untuk melompat lebih tinggi!.
 
2. Zachary & Nathan Doctor, pemilik BikeTiresDirect.com dengan US$8 juta jualan tahunan – menjual peralatan basikal. Idea bermula dengan hobi semasa remaja iaitu bermain basikal.
 
3. Kristof Lindner dari German , memperoleh pendapatan 7 angka dengan mengalih bahasa buku oleh penulis Amerika Eben Pagan Double Your Dating ke bahasa German“. Ideanya? Bermula dengan hanya membaca buku!
 
4. Marc Ostrofsky, tahun 1999 menjana US$7.5 juta tanpa website, servis dan produk. Dan dengan menambah nilai, beliau menjual semula pada nilai US$345 juta. Berniaga apa tu? Beliau hanya menjual domain Business.com!
 
5. Dr. Irfan Khairi – Pakar Perniagaan Internet, penulis buku terlaris, diantaranya Rahsia Internet.com, Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar dan Secrets of Internet Millionaires Revealed. Kejayaannya bergelar Jutawan Internet diusia muda telah menjadikan beliau Ikon Internet Malaysia!.
 
6. Jamal Bahari- Pakar ebook menjana pendapatan enam angka dengan buku-buku – ebook-ebook BOX OFFICE yang telah dihasilkan sejak 2009 hingga kini, diantaranya ebook Rahsia Affiliate Kerajaan, Rahsia Lulus temuduga

Kerja Kerajaan dan juga ebook Emas-Emas Yang Hilang berjaya menghasilkan lebih 7000 unit ebook sejak Disember 2008.
 
Dan banyak lagi kisah-kisah kejayaan yang lain.
 
Sebenarnya dalam diri kita sendiri mempunyai idea-idea yang hebat seperti mereka. Bezanya mereka yang telah berjaya telah mengambil tindakan merealisasikan menjadi kenyataan. Begitu banyak model perniagaan yang boleh dibuat seperti menggunakan Website, media sosial seperti Facebook, Youtube, Email, Blog dan Twitter. Bagi yang tidak mempunyai produk, boleh berniaga melalui konsep dropship, affiliate atau menjual domain. Terpulang kepada kita untuk memilih jenis model mengikut personaliti dan kemampuan anda. Seperti Marc Ostrofsky, domain Business.com dibeli berharga US$150,000 dan mengambil masa empat tahun untuk dijual dengan harga US$7.5 juta.
 
Tidak kira apapun jenis model perniagaan yang dipilih, kejayaan memerlukan komitmen yang tinggi, sikap yang positif dan yang pentingnya seronok dengan apa yang dilakukan. Pelajari sistem dan ilmu dari mereka yang telah berjaya untuk memendekkan proses perjalanan kita ke arah kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Follow by Email