Sekutu Syiah Syria
Posting asal dari blog Insan Insan Pendakwah
Kebangkitan Rakyat (Syria
Syrian Uprising 2011-2012) bagi menjatuhkan rejim ‘Firaun Alaf Baru’,
Bashar Al-Assad sudah meragut lebih 8000 jiwa orang Muslim sehingga 17 Februari
lepas, menurut sumber kumpulan pembangkang Syria. Bandar Homs, pusat penentangan
terkuat telah mencatatkan angka kematian tertinggi sehingga kini.
Tindakan
Bashar Assad terus mendapat sokongan kuat dari kerajaan saudara seakidah mereka,
Hizbullah (Lubnan) dan Iran di samping Iraq dan negara-negara lain yang
berkepentingan seperti Russia dan China.
Hubungan
Syria dengan Hizbullah sudah terjalin lama semenjak Perang Lubnan – Israel 1982
lagi. Pada waktu itu Hizbullah telah mendapat sokongan berbentuk kewangan,
minyak dan ketenteraan dari Syria dan Iran walaupun bantuan tersebut mendapat
tekanan yang kuat dari sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat.
Bagi membalas budi kerajaan Syria, Hizbullah terus
menyokong tindakan kejam Assad mempertahankan kerajaannya. Laporan Kesatuan
Koordinasi Revolusi Syrian bertarikh 17 Januari 2012 membuktikan bahawa
Hizbullah telah melancarkan serangan terhadap penunjukkan perasaan awam di
Damsyik menggunakan roket buatan Russia MB-21 Grad. “Serangan tersebut telah
diatur oleh kuasa Presiden al-Assad”, ujar kumpulan pembangkang tersebut.
Tentera
Pembebasan Syria (Free
Syrian Army, FSA) telah menyiarkan sebuah video pada 27 Januari 2012
menunjukkan tujuh tahanan warga Iran yang menjadi tawanan mereka. Lima dari
tawanan tersebut merupakan tentera Iran yang bekerja dengan kumpulan perisik
tentera udara Syria dan selebihnya adalah pekerja di sebuah pusat janakuasa di
Homs.
Tawanan
tersebut meminta agar pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamanei berusaha untuk
membebaskan mereka dan membawa mereka pulang ke Tehran. Wakil dari FSA di dalam
video tersebut memberi jaminan akan membebaskan kesemua tahanan warga Iran
tersebut jika Khamanei menarik semula tentera Pengawal Revolusi (Revolutionary
Guard) dari Syria.
Sumber
dari Kor Pengawal Revolusi Iran (Iranian
Revolutionary Guard Corps, IRGC) memberitahu Al-Arabiya pada 17 Januari
lepas bahawa, “Kerajaan Iran tidak lagi campur tangan dalam keadaan yang berlaku
di Syria,” tetapi menegaskan bahawa Tehran telah membuat perjanjian pertahanan
bersama Damsyik. Perjanjian itu telah ditandangan oleh Menteri Pertahanan
kedua-dua Negara tersebut pada tahun 2006.
Sumber
tersebut juga menerangkan bahawa “kami dan saudara-saudara kami di Iraq dan
Lubnan melindungi Syria”, merujuk kepada kerajaan Nouri al-Malikil dan Hizbullah
yang kedua-duanya merupakan sekutu Iran.
Pihak
Amerika Syarikat pula percaya bahawa IRGC terlibat dalam serangan terhadap
penunjuk perasaan. Mejar General Qassem Suleimani, Komander Briged al-Quds IRGC
telah mengadakan lawatan ke Damsyik pada Januari 2012. Mereka percaya, Qassem
telah bertemu dengan pemimpin tertinggi Syria termasuk Presiden Assad
sendiri.
Begitulah
bantuan dan sokongan kerajaan-kerjaan Syiah terhadap Rejim al-Assad.
Semoga
Allah W|SWT terus memberi kekuatan kepada saudara seakidah Ahli Sunnah wal
Jamaah kita di Syria. Sedarlah muslimin sekalian! Menjadi KEWAJIPAN kita untuk
berusaha dan membantu mereka dengan apa cara sekalipun.
Oleh:
Zakwan Yahya,
Tahun 5, Fakulti Perubatan,
Universiti Kaherah
Tahun 5, Fakulti Perubatan,
Universiti Kaherah
Ulasan
Catat Ulasan