Cara Syaitan ****** membogelkan perempuan
Posting asal dari Hangit blog
Syaitan sangat tidak suka
kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana itulah syaitan selalu berusaha
menggoda manusia agar tergelincir dari jalan Allah. Dalam menggoda manusia,
syaitan memiliki berbagai cara dan strategi. Dan yang sering dipakai adalah
dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak
kepada keburukan (ammaratun bis su '). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan
nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah
ditentukan Allah.
Salah
satu sebab kehancuran umat manusia adalah kerana hubungan lawan jenis yang tidak
sah. Dan sebelum terjadinya hubungan ini, biasanya didahului dengan saling
memandang, saling tertarik, lalu saling bertemu, dan selanjutnya saling
bermaksiat. Untuk menjayakan terjadinya proses kemaksiatan inilah syaitan
berusaha melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Lepasnya hijab muslimah
merupakan jalan licin yang mudah menggelincirkan manusia dari ketaatan kepada
Allah.
Ini
adalah tahap-tahap yang digunakan oleh syaitan dalam melepas pakaian
muslimah:
1.
Menghilangkan Definasi Hijab.
Pada
tahap ini, syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun
termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya
hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'ie. Pakaian, dengan apa pun
bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.
Akibatnya, ketika zaman
telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah
utk pakaian ikut berganti juga. Demikianlah pula ketika seseorang berpindah dari
suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus baginya untuk menyesuaikan diri
dengan pakaian penduduknya, walau apa pun yang mereka pakai.
Berbeza halnya jika seorang
wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar'ie (identiti keIslaman),
dan memakainya adalah ibadah, bukan sekadar gaya (fashion). Bagi mereka ini,
biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar'ie akan tetap
dipertahankan.
Pertama: Membuka
Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin
sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada
sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak
tangan). "Ah tidak mengapa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?"
Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru
yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti
biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Lihat ... tiada apa-apa, kan?"
Kedua: Membuka Leher
dan Dada
Setelah menampakkan tangan
menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru. "Kini
buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang
lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut
sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar
tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian
kecil sahaja yang terbuka. "
Ketiga: Berpakaian
Tapi Telanjang
Seterusnya syaitan berbisik
lagi, "Pakaianmu hanya biasa-biasa saja .. bagaimana kalau kamu cari fesyen atau
bahan lain yang lebih bagus?". Si wanita berfikir sejenak. Pakaian yang macam
mana ya? "Banyak fashion dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak
ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang," syaitan memberi idea
baru.
Maka
tergodalah si wanita. Dicarinya model pakaian yang ketat dan kain yang tipis
bahkan transparant. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih
panjang, hanya bahan dan model nya saja yg agak berbeza, biar nampak lebih
feminin," begitu dia menambah. Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi
budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan
transparant, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).
Keempat: Agak dibuka
Sedikit
Setelah para wanita
muslimah memakai pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana
biasa, dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni
dibisikkan kepada wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat anda susah berjalan
atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya dibelah hingga lutut atau
mendekati paha? Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan
energik. " Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar, dengan dibelah mulai
dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih
selesa dan selesa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya ....
tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy," katanya.
2.
Terbuka Sedikit Demi Sedikit.
Kini
syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar
para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama: Membuka
Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan berbisik kepada
para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak praktikal, kalau hanya dgn membelah
sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga
atas mata kaki, barulah agak longgar ... Oh ya, ada yang terlupa, kalau kamu
pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, skrg kamu
carilah tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, asal orang tetap
menamakannya dengan tudung. "
Maka
para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fashion
pakaian yang dimaksudkan. Tidak ketinggalan sandal tumit tinggi, apabila
berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua: Membuka
Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah
biasa dia lakukan, dan ternyata org yang melihat juga tidak begitu ambil peduli.
Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg anda
lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang.
Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fashion lain yg
lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak
usah terlalu terbuka, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti
kalau sudah biasa, barulah kamu cari fashion baru yang terbuka hingga separuh
betis. "
Ketiga: Terbuka
Seluruh Betis
Kini
di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil
membalikkan pandangan jernihnya. Kadang-kadang si wanita berfikir, apakah ini
tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan
hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau
zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka
wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki,
tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah
mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya
hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak
seluruh betisnya. "
"Tetapi apakah itu tidak
menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" . "Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu
kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita
mereka lebih banyak duduk di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi
sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita
yang terbuka, mereka malah senang dan mengatakan 'ooh' atau 'wow'. Bukankah ini
bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fashion
pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang di jual di butik,
membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita
moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang
ketinggalan zaman. "
3.
Serba Mini
Setelah pakaian yang
menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasakan biasa-biasa saja,
maka datanglah bisikan syaitan yg lain.
"Pakaian memerlukan
variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini model skirt mini, dan agar
sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan
indah."
Maka
akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun
bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada
sekaligus bahagian punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yang serba pendek dan
mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta,
bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas,
musim sejuk dan lain-lain, tidak ketinggalan pakaian pendek separuh paha pun dia
ada. Model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah
dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh
manusia.
Hingga suatu ketika, muncul
idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua
wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk
ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. Mereka semua memakai pakaian yg sering
disebut "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan
na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya "Membogelkan Kaum Wanita"
tercapai.
"Seterusnya terserah kamu
wahai wanita, kamu semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat awam.
Aku berlepas diri kalau nanti kelak kamu sama-sama di neraka. Aku hanya
menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggunglah
sendiri semua dosamu" kata syaitan, tidak mahu mengambil risiko.
Demikianlah halusnya cara
yg digunakan syaitan, sehngga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa.
Selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan
yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.-DI
Ulasan
Catat Ulasan