Langkau ke kandungan utama

Minggu MLM: Persaingan MLM yang tinggi


 
Bersambung kita untuk minggu tip-tip perniagaan MLM. Kalau semalam saya berikan beberapa tip apa yang kita tidak SEPATUTNYA buat dalam mempromosikan perniagaan MLM kita, iaitu SPAMMING. Hari ni pula, saya nak kongsikan tip apa yang PERLU kita buat untuk menambahkan lagi keuntungan perniagaan MLM kita.
Perniagaan berbentuk MLM mempunyai persaingan yang tinggi- Amat tinggi berbandingkan dengan perniagaan cara konvensional.
Sebabnya, bukan sekadar persaingan dengan perniagaan MLM yang lain seperti Stormreaders, Vemma, Score A, Uptrend, Amway, HPA, Cosway, Revell, CNI, Luxor, Zhulian, Avon dan BANYAK LAGI… semua ini pesaingan yang direct. Tetapi, juga, dalam sesuatu syarikat juga mempunyai pesaingan sesama ahli-ahlinya. Contoh, di bawah syarikat XYZ, pesaingan adalah dikalangan ahli. Mungkin bukan pesaingan dengan downline-downline kita, tetapi juga terdapat pesaingan dengan upline kita serta, ahli-ahli dibawah “kaki” yang lain.
Oleh kerana pesaingan yang tinggi antara syarikat dan ahli ini juga, menjadikannya sukar untuk mendapat keuntungan yang baik dalam perniagaan ini.
Oleh yang demikian, apa yang penting untuk bersaing dalam perniagaan MLM adalah sama dengan perniagaan bukan MLM. Iaitu, dengan mencari perbezaan!
Ciptakan perbezaan antara anda dan pesaing-pesaing anda. Walaupun produk dan perkhidmatan yang dijual mungkin sama, tetapi, dengan menciptakan perbezaan melalui pendekatan mempromosikan perniagaan MLM anda. Perbezaan lebih mudah dilakukan melalui Internet oleh kerana medium Internet yang pelbagai kemudahan dan perisian.
Dengan menciptakan perbezaan approach kita, sama ada melalui promosi, pendedahan dan strategi kita di Internet, berbeza dengan pesaing-pesaing kita, maka di situ kita mempunyai advantage untuk mendapat lebih ramai pelanggan, prospek dan downline!
Di Seminar Lipat Ganda MLM pada 29hb May ini, saya akan kongsikan kaedah dan strategi melalui Internet bagaimana anda boleh membezakan diri anda dengan pesaing-pesaing anda dalam perniagaan MLM tak kira pesaing dalam syarikat yang sama, ataupun pesaingan dengan syarikat MLM yang lain. Strategi membezakan diri kita dengan pesaingan adalah amat penting dalam menambahkan pelanggan dan downline kita.
Sekiranya anda menyertai perniagaan MLM atau berminat untuk menyertai perniagaan MLM dan ingin tahu strategi membezakan antara anda dan pesaing-pesaing untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi, sertai Seminar Lipat Ganda MLM. Ikuti klip youtube di bawah untuk pesanan saya…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah