Rangkaian Affiliate VS Program Affiliate Persendirian

posting asal dari wangcyber.com



Affiliate boleh ditakrifkan sebagai ejen yang membantu dalam mempromosikan dan menjual sesuatu produk affiliate, tidak kira produk digital mahupun fizikal.
Terdapat dua kaedah yang biasanya digunakan oleh affiliate untuk mempromosikan dan menjual produk affiliate iaitu melalui:
 
1) Rangkaian affiliate (affiliate network)
2) Program affiliate persendirian (in-house affiliate program)
Program affiliate persendirian adalah satu sistem atau platform yang diuruskan oleh vendor produk itu sendiri, di mana kita sebagai ejen affiliate akan mempromosikan dan menjual hanya produk vendor tersebut sahaja.
 
Rangkaian affiliate pula adalah satu sistem atau platform yang yang mempunyai pelbagai produk yang dimiliki oleh pelbagai vendor di mana kita sebagai ejen affiliate dapat mempromosi serta menjual produk-produk di dalam rangkaian affiliate tersebut. Contoh rangkaian affiliate yang popular antaranya adalah Click Bank, Commission Junction, dan JomNiaga.com
 
Sepanjang penglibatan saya dalam mempromosikan program affiliate ini, saya telah menggunakan kedua-dua kaedah ini – rangkaian affiliate dan program affiliate persendirian.
 
Kedua-dua kaedah ini adalah  sangat berkesan serta mempunyai kelebihan dan keburukannya yang tersendiri. Namun walau bagaimanapun, saya ingin mencadangkan supaya anda menyertai rangkaian affiliate.
 
Terdapat 3 sebab saya mencadangkan supaya anda menyertai rangkaian affiliate:
 
1. Pembayaran komisen yang terjamin

Perkara yang sering dan paling dirisaukan adalah mengenai pembayaran komisen. Dengan menyertai rangkaian affiliate, anda tidak perlu risau lagi mengenai komisen anda tidak dibayar.
 
Sebelum ini saya telah seringkali melihat perkara sebegini berlaku:
“Seorang vendor telah menyediakan satu program affiliate untuk produknya, dan telah mengajak anda menyertainya. Anda telah berminat dan menyertai, mempromosi dan seterusnya mendapat jualan. Beberapa bulan selepas menyertai, komisen dibayar dengan lancar. Namun selepas beberapa ketika, komisen tidak diterima, dan akhirnya program affiliate (laman web) tidak dapat dicari atau telah ditutup tanpa sebarang notis.”
 
Ini tidak akan berlaku jika segala jualan dan komisen diuruskan oleh rangkaian affiliate. Komisen dan pendapatan masa lalu anda masih dilindungi dan dibayar.

2. Mudah diuruskan serta lebih banyak produk untuk dipromosi


Jika anda menyertai program affiliate persendirian, kebiasaannya anda akan mempunyai had untuk mempromosikan produk yang terhad. Ini adalah kerana program affiliate persendirian kebiasaannya mempunyai bilangan produk yang sedikit berbanding rangkaian affiliate yang mempunyai bilangan produk yang banyak kerana mempunyai bilangan vendor yang ramai.

Menggunakan rangkaian affiliate, anda juga dapat melihat statistik jualan produk-produk anda dan melalui statistik ini, anda dapat merancang strategi untuk meningkatkan jualan sedia ada atau pun jualan untuk produk baru yang akan datang.
Sebagai contoh JomNiaga.com. Di sini sudah terdapat banyak produk affiliate yang anda boleh promosikan.

3. Boleh dipercayai dan juga aplikasi yang menarik

Rangkaian affiliate sentiasa memastikan sistem atau platform adalah terkini dan sentiasa dikemaskini. Ia juga sering membantu affiliate-affiliate mereka dengan menyediakan aplikasi bantuan untuk memudahkan affiliate-affiliate mereka untuk mempromosikan produk dan seterusnya menghasilkan komisen. Sebagai contoh adalah JomNiaga WordPress.

JomNiaga.com adalah rangkaian affiliate pertama di Malaysia yang mewujudkan serta memberikan pengalaman yang lebih baik untuk afiliate-affiliate di dalam bidang pemasaran (affiliate marketing). Ini kerana salah satu tujuan kewujudan JomNiaga.com adalah untuk memberikan jalan penyelesaian terbaik bagi untuk masalah terlalu
banyak program affiliate persendirian yang gagal untuk membayar komisen, mempunyai fungsi yang teruk serta secara amnya tidak boleh dipercayai.
Anda boleh mendaftar dengan JomNiaga.com secara percuma dan mula mempromosikan produk affiliate dengan segera. Gunakan WordPress plugin dan aplikasi-aplikasi lain untuk menjana komisen affiliate dengan mudah dari blog anda, atau menyertai webinar percuma kami untuk belajar bagaimana untuk mewujudkan tapak pemasaran affiliate yang berkesan.

————————————
Gobala Krishnan adalah pengasas platform JomNiaga. Beliau adalah antara pakar Internet yang paling berpengalaman di Malaysia. Buku beliau juga boleh di dapati di kedai buku utama.


Bookmark and Share



This entry was posted on Tuesday, September 11th, 2012 and is filed under advertorial. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah