Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Ibnu Bathutah bercerita tentang Syiah - Bahagian 2 (Akhir)

Imej
Dalam Rihlah-nya, (Tuhfah an-Nuzhar fi Gharaibil Amshar wa Ajaibil Asfar, Rihlah Ibnu Bathuthah, Pustaka Al-Kautsar, Cet I, Mac 2012, hal 220-223). Ibnu Bathuthah bercerita: ".... Pada suatu ketika, Raja Iraq yang bernama Sultan Muhammad Khadabandah berjalan ditemani oleh seorang faqih yang bernama Jamaludin bin Muthahhar. Kala itu, raja masih belum memeluk Islam. Setelah dia masuk Islam, maka seluruh bangsa Tartar yang berada dalam kekuasaannya juga masuk Islam. Setelah itu, mereka semua bertambah rasa hormat kepada Faqih Jamaludin. Raja menganut mazhab Rafidhah. Faqih mengajarkan mazhab ini kepada raja dan mengistimewakannya di atas mazhab lain. Dia menjelaskan sejarah para sahabat Nabi dan para khalifah. Dia menjelaskan bahawa Abu Bakar dan Umar adalah menteri Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Ali adalah putera bapa saudara sekaligus menantu beliau. Faqih itu menjelaskan tema-tema seperti itu. Dia tahu, raja di hadapannya adalah pewaris kerajaan san

Ibnu Bathutah bercerita tentang Syiah

Imej
  Ibnu Bathuthah adalah seorang pengembara Muslim terkenal tidak hanya di dunia Islam tapi juga dikenali oleh dunia barat. Dia lahir di Maghribi pada tahun 1304 M atau 703 H. Namanya sebaris dengan pengembara terkenal lain seperti Marco Polo, Colombus, Laksamana Ceng Ho, dan lainnya. Dalam bukunya, Tuhfah an-Nuzhar fi Gharaibil Amshar wa Ajaibil Asfar (Hadiah berharga dari Pengalaman Menyaksikan Negeri-negeri Asing dan Menjalani Perjalanan-perjalanan Ajaib), atau yang dikenali juga dengan Rihlah Ibnu Bathuthah, Ibnu Bathuthah banyak menceritakan perjalanannya ke berbagai negera, tidak terkecuali Nusantara. Dan di antaranya juga, pengelana Maghrib yang bernama Muhammad bin Abdillah bin Muhammad bin Ibrahim Al-Lawati At-Thanji ini menceritakan tentang keadaan orang-orang syi'ah pada masa itu. Ini kisah yang kami kutip dalam rihlah-nya itu. Ibnu Bathutha bercerita, "...... Kemudian aku meneruskan perjalanan menuju bandar Ma'arrah, sebuah ba

Kisah Renungan Bagi Muslimah Yang Belum Bertudung

Imej
Penulis : harith |   Salam semua, hari ni admin nak kongsikan cerita yang admin ambil dari blog AkuPenghibur , alhamdulilah sangat kerana ada contoh untuk kamu semua untuk renungan yang katanya masih belum mendapat hidayah ALLAH. Jom baca cerita yang di ceritakan ini Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Aliya(bukan nama sebenar), seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,”Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang

14 Azab Allah SWT sediakan untuk Pemalas Solat

Imej
5 Azab Di Dunia: 1- Allah SWT tidak merahmati kehidupannya di dunia. 2- Allah SWT menghilangkan Nur atau Cahaya atau Seri pada wajah mereka yang tidak solat. 3- Allah SWT tidak sesekali menerima segala amalan kebajikan yang cuba dilakukannya. 4- Allah SWT tidak akan menerima segala doa dan tangisan serta rintihannya semasa menghadapi ujian Allah SWT. 5- Allah SWT menolak doa orang-orang Soleh yang cuba membantunya. 3 Azab Disaat Sakaratul Maut : 1- Allah SWT akan mematikannya dalam keadaan yang mengaibkan. 2- Allah SWT akan mematikannya dalam keadaan lapar. 3- Allah SWT akan mematikannya dalam keadaan yang amat dahaga sehingga semua air dilautan tidak dapat menghilangkan dahaganya. 3 Azab Di Dalam Kubur : 1- Dia akan dihimpit oleh kubur sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah. 2- Dia akan digulingkan di atas bara api pada setiap masa siang dan malam. 3- Ular yang amat berbisa yang memiliki mata berapi dan berkuku besi yang panjang sejarak satu hari

Politik baru lepas PRU ke-13

Imej
  Dr Mohd Asri Zainul Abidin   Saya teringatkan keadaan Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA yang menjadi khalifah selepas krisis paling besar dalam sejarah umat Islam iaitu peristiwa pembunuhan khalifah ketiga, Saidina ‘Uthman bin ‘Affan. Umat Islam terpinga-pinga dengan keadaan politik baru ketika itu. Suatu pengalaman yang cukup baru, khalifah dibunuh dan pemberontak menguasai negara. Dalam celahan itu, dengan desakan pemberontak dan umat Islam juga sebahagiannya bersetuju maka terlantiknya ‘Ali bin Abi Talib memegang jawatan khalifah. Gawat Suasana prasangka memenuhi dunia Islam ketika itu. Ini persis kata-kata Abu al-Hassan ‘Ali al-Nadwi: "Pelantikan Saidina ‘Ali sebagai khalifah dibuat dalam keadaan yang paling gawat dan penuh dengan ujian getir dalam sejarah. Ini kerana apabila ‘Ali dilantik sebagai pimpinan kerajaan dan masyarakat atau dibai'ah sebagai khalifah dalam keadaan peristiwa syahidnya Khalifah al-Muslimin ‘Uthman ibn ‘Affan RA baharu sahaja berlaku

Bila ceramah motivasi merepek

Imej
  Dr Mohd Asri Zainul Abidin   ULASAN Apabila jenama ‘Islam' itu laris, ramai orang menggunakannya. Sama ada mereka itu ikhlas kerana Allah, ataupun kerana ‘market demand' hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Bermula dari pelbagai produk makanan dan barangan cuba dikaitkan dengan agama sehingga kepada pelbagai jenis motivasi. Akhirnya, agama kelihatan murah dan selekeh. Ubat-ubatan yang entah apa-apa kualitinya dikaitkan kononnya makanan Nabi SAW Sama seperti sesetengah para penjual tamar di Mekah dan Madinah yang apabila melihat orang asing akan berteriak memanggil pembeli dengan menyebut: "Tamar Nabi! Tamar Nabi! Tamar Nabi!" Saya sering menjawab mereka dengan berkata: "Tamar Nabi SAW baginda sudah pun makan dan habis pada zaman tersebut. Ini tamar awak punya, bukan Nabi SAW punya." Malangnya, orang yang tidak tahu akan tertipu lalu membeli tamar dengan harga berlipat kali ganda hanya disebabkan laungan ‘tamar Nabi SAW'. Agama serin