Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

UBAH, UBAH DAN UBAH LAGI

Imej
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA )   Saya suka dengan perkataan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz kepada ‘ setiausaha politiknya ’ Rajak bin Haiwah. Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam). Manusia yang normal sentiasa berkehendak kepada perubahan. Berubah kepada yang lebih baik. Sekalipun kadang-kala dalam proses perubahan manusia terpaksa mengalami kesusahan. Persis seperti orang yan

APAKAH PILIHAN KITA ITU MEMANG PILIHAN KITA?

Imej
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA )   Beberapa orang melayu yang kurang biasa dengan makanan Jepun memasuki sebuah restaurant makanan Jepun untuk mencuba. Pelayan Japanese Restaurant itu datang dan memberikan menu makanan yang ada di restaurant berkenaan. Nama-nama makanan semuanya berbunyi jepun. Semua bunyi itu agak asing bagi pelanggan-pelanggan melayu berkenaan. ‘Sila pilih menu yang tuan-tuan mahukan’ , kata pelayan. Oleh kerana mereka tiada pengalaman merasai makanan jepun mereka kata ‘kami mahu menu yang sedap’ . Pelayan itu pun mula membuat cadangan yang sedap pada pendapat beliau. Mereka pun setuju dan memesan makanan berdasarkan cadangan tersebut. Setelah makanan dihidangkan, para pelanggan melayu berkenaan mendapati ia tidak sedap seperti yang diharapkan. Kata mereka: ‘Ini tidak sedap! Kami minta yang sedap! Dah la harganya pula mahal, kita tertipu!’ . Pelayan menjawab: “Saya berikan berdasarkan pilihan

ANWAR SEBAGAI IDOLA KU

Imej
  Mengapa aku berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim.. Masih terimbau detik itu dlm akhir thn 1997 cerita mengenai beliau seorang kaki liwat tersebar l uas. Terkejut dan sangat keliru daya fikir aku waktu itu... Jiwa aku cukup terkesan dan tersentap dengan pelbagai pertuduhan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar. Aku fikir ini tuduhan gila. Mana mungkin seorang bekas aktivis Islam mengamalkan homoseksual! Menyorot beberapa artikel yg aku baca mengenai sosok diri seorang yg bernama Anwar Ibrahim...,,,akal yg waras pasti akan membuat penafian atas semua tuduhan salah laku dan moral beliau. Sejak berada di bangku sekolah iaitu di MCKK..,,, Anwar bukanlah pelajar yg boleh di kategori popular kerana punya wajah tampan atau menjadi kegilaan remaja perempuan. Tetapi semua guru-guru sangat cenderung memilih dan melantik beliau sbg ketua pelajar. Ini tidaklah menjadi kehairanan kerana peribadi beliau yg sgt pintar,berdisplin, bijak berhujah dan taat bera

Sebab Perletakan jawatan Rafizi di PETRONAS - Jawaban Fitnah 1

Imej
    Oleh Rafizi Ramli A ktivis Umno akhir-akhir ini banyak menimbulkan cerita buruk mengenai perletakan jawatan saya dari PETRONAS dalam tahun 2009. Fitnahnya adalah saya dibuang kerana membuat tuntutan perbelanjaan yang menyeleweng. Mulanya saya tidak mahu melayan kerana ia fitnah picisan. Agaknya mereka masih mencari kelemahan saya, jadi mereka mencipta cerita bahawa saya menyeleweng hingga dibuang untuk mencemarkan kredibiliti saya. Pada kiraan mereka (yang silap), jika kredibiliti saya tercalar, makan tercalar jugalah kredibiliti pendedahan saya selama ini dan yang akan datang. Mutakhir ini saya merasakan jika saya terus berdiam diri, ia tidak membantu kebenaran kerana fitnah terancang ini disebarkan seluas-luasnya. Saya tidak dibuang dari PETRONAS (seperti mana yang diketahui ramai orang), saya meletakkan jawatan.   Saya dinaikkan pangkat pada umur yang muda, menyertai PETRONAS terus sebagai seorang pengurus sebaik pulang dari London (se

Politik dari kaca mata non-partisan..

Imej
Sempena musim PRU13 ni aku nak ulas pasal politik negara kita dari kaca mata seorang yang non-partisan. Jangan risau urusan politik ni kita boleh sahaja berbeza pendapat. Benar atau salah mungkin berbeza antara individu bergantung kepada sumber maklumat yg diperolehi, faktor pendidikan & cara berfikir. Ia dibenarkan dalam Islam sebab ia urusan feqah dan bukan soal aqidah. ASASNYA Jujurnya aku tak kisah siapapun yang memerintah negara kita asalkan pemerintah tersebut menghormati kebebasan intelek individu, keadilannya dirasai semua, kebajikan rakyat dijaga & memastikan keamanan dan keselamatan negara kita. Aku impikan sebuah negara yang hormati pemikiran manusia. Rakyat tidak dipaksa untuk mengundi dengan cara dipengaruhi fikirannya. Diberitahu untuk mengundi parti mereka sebab banyak jasa telah diberi. Bagi orang yang berpelajaran ia seperti satu 'hinaan' kepada tahap pemikiran mereka. Apabila parlimen dibubarkan, TIADA kerajaan mah

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan

Imej
Written By canang on Isnin, 8 April 2013 | 4/08/2013 04:00:00 PTG   Kredit Kpd Hj Khairol Amin Mohd Salleh yg menterjemah catatan ini, Jazahullahu Khaira: 1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang. 2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation). 3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka. 4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan. 5. Kanak-kanak disekolah a

PRU 13 - ada kata BN menang

Imej
              CATATAN ANUAR MOHD NOR : (UMNOREFORM)   Akhirnya parlimen dibubarkan pada 3hb April 2013. Pilihan raya ke 13 akan diadakan. Hari ini bermula episod baru dalam mengirakan sejauh mana sokongan rakyat terhadap kempen yang dijalankan sebelum ini. Ini juga akan mengukur sejauh mana rakyat menerima segala usaha kerajaan yang memerintah sebelum ini – sama ada berkesan atau tidak. Rakyat akan memilih dan pilihan rakyat sebenarnya menyerahkan kuasa, atau lebih tepat lagi menyerahkan – suatu amanah untuk mereka yang dipilih berkhidmat untuk rakyat.   Mulai saat ini kita kan lihat kempen berterusan – yang mencabar kerajaan untuk mendapatkan kuasa dengan mereka yang mempertahankan kuasa. Semua lepas ini terpulang kepada rakyat. Rakyat yang akan memilih – siapa yang difikirkan layak untuk menerima amanah tersebut dan menolak siapa sahaja yang akan mendatangkan kerosakan pada sistem yang ada. Maka hari ini – gergasi dalam dua parti akan menghulurkan wakil-wakil m

Berlaku peralihan kuasa...update gambar

Imej
Dah lama jugak aku tak update apa-apa isu menyentuh politik negara. Bukan apa-apa, cuma letih bercakap pasal politik sejak PRU-12 pada 2008 dulu sehinggalah sekarang, isu politik menjadi antara isu paling hangat diperbincangkan di mana-aman saja. Untuk tenangkan jiwa, aku tarik handbrake sebentar sehinggalah tadi dalam pukul 11 lebih, Najib umumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini dan menasihatkan semua Dewan Undangan Negeri melakukan perkara sama di negeri masing-masing agar PRU-13 dapat berjalan serentak. Aku tengah bawa kereta ketika pengumuman dibuat tadi dan sepanjang jalan aku tersenyum rasa syok entah kenapa. Aku bayangkan satu pancutan kelazatan apabila Najib umumkan peristiwa bersejarah ini. Tak pernah dalam sepanjang aku hidup, aku ternanti-nantikan pilihanraya umum sehebat ini. Selepas habis Najib berucap yang diselangi dengan kempen merayu agar rakyat kekalkan kerajaan persekutuan BN yang ada sekarang, aku terus terima sms dari

Cara Cuci Buah Pinggang Kos Kurang Dari RM2

Imej
Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bahan2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan. Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini. Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang. Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar. Caranya: Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2 Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk Bila sudah sejuk, tapiskan untuk a