Berlaku peralihan kuasa...update gambar
Untuk tenangkan jiwa, aku tarik handbrake sebentar sehinggalah tadi dalam pukul 11 lebih, Najib umumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini dan menasihatkan semua Dewan Undangan Negeri melakukan perkara sama di negeri masing-masing agar PRU-13 dapat berjalan serentak.
Aku tengah bawa kereta ketika pengumuman dibuat tadi dan sepanjang jalan aku tersenyum rasa syok entah kenapa. Aku bayangkan satu pancutan kelazatan apabila Najib umumkan peristiwa bersejarah ini. Tak pernah dalam sepanjang aku hidup, aku ternanti-nantikan pilihanraya umum sehebat ini.
Selepas habis Najib berucap yang diselangi dengan kempen merayu agar rakyat kekalkan kerajaan persekutuan BN yang ada sekarang, aku terus terima sms dari unknown...'ini kalilah...ubah'. Itu ayat baru yang semakin popular menjadi tema Pakatan Rakyat sekarang. Aku hanya jawab...'ini kalilah, Insyallah'.
Aku tersenyum besar bila Najib iltizam agar berlaku berubahan atau pertukaran kerajaan, jika ada, biarlah secara aman. Itu ikrar Najib dengan disertai anggukan para pengikutnya dibelakang.
Itulah kali pertama seorang PM, menyebut ayat yang serupa setelah membubarkan Parlimen. Apa maksudnya?. Itu tandanya, semua orang dari atas sampai bawah akui kebangkitan gelombang baru rakyat yang peka politik dan mahu meluahkan pendirian mereka secara terbuka.
Zaman kerajaan memerintah dianggap serba tahu telah berakhir. Kalau dulu orang sebut jika BN letak sebatang kayu buruk sebagai calon di mana0mana kawasan mereka tetap akan menang, kini semunya dah berlalu. Rakyat dah mula ambil semula hak mereka agar tidak dijadikan seekor lembu yang diikat hidungnya.
Tawaran alternatif sudah dihidangkan kepada rakyat. Begitu juga contoh kebolehan mereka yang menawarkannya pilihan alternatif sudah dapat diperlihatkan dengan lebih seimbang. Bukan hanya di Kelantan, tapi juga di Kedah, Selangor dan juga Pulau Pinang.
Rakyat dapat lihat prestasi Pas, DAP dan juga PKR. Buka mata dan buat pilihan dengan bijak. Yang pentingnya kita hidup mesti ada pilihan. Dengan memilih, kita meluahkan hasrat untuk melakukan pembaikan. Jika tidak ada pilihan yang dibuat, anda langsung tak menyumbang ke arah memberikan tekanan pada parti pilihan anda agar buat kerja dan baiki diri.
Oleh kerana PRU kali ini aku anggap hebat dan tidak patut dibiarkan berlalu tanpa membuat apa-apa sumbangan, maka aku daftarkan diri menjadi PEMERHATI. Aku akan bekerja memerhatikan proses pilihanraya daripada mula, sepanjang tempoh kempen berjalan sehinggalah sampai ke peringkat mengira undi.
Aku akan catit dan catit, buat laporan dan laporan apa-apa saja ketidak betulan yang berlaku yang melanggar akta pilihanraya. Samada terhadap pihak BN maupun pihak PR. Aku bekerja untuk rakyat, demi negara agar kita dapat wujudkan satu sistem pilihanraya yang telus. Semua ini perlu dilakukan agar kewujudan kita dan sisitem yang ada adalah sesuatu yang berbaloi untuk diperjuangkan.
Cula tak bestnya adalah aku perlu neutral dan tidak memihak dalam pemantauan tersebut. Satu lagi perkara yang aku tak berapa gemar adalah larangan mendedahkan apa saja perkara dalam proses pemerhatian itu kepada umum atau media. Aku akan bertugas di Pulau Pinang, insyallah.
Jadi laporan aku terbatas selepas ini. Mungkin selepas PRU13, barulah aku boleh meluahkan segalanya. Yang bestnya aku boleh merakamkan apa saja dengan menggunakan kamera aku. Satu kerja yang aku suka sangat sebagai satu lagi koleksi bergambar yang boleh aku dokumentasikan buat anak cucu. Insyallah.
Selamat bertafakur dan membuat pilihan yang terbaik...ini kalilah...!!!
Ulasan
Catat Ulasan