PRU 13 - ada kata BN menang

 
       
 
 

CATATAN ANUAR MOHD NOR : (UMNOREFORM)
 
Akhirnya parlimen dibubarkan pada 3hb April 2013. Pilihan raya ke 13 akan diadakan. Hari ini bermula episod baru dalam mengirakan sejauh mana sokongan rakyat terhadap kempen yang dijalankan sebelum ini. Ini juga akan mengukur sejauh mana rakyat menerima segala usaha kerajaan yang memerintah sebelum ini – sama ada berkesan atau tidak. Rakyat akan memilih dan pilihan rakyat sebenarnya menyerahkan kuasa, atau lebih tepat lagi menyerahkan – suatu amanah untuk mereka yang dipilih berkhidmat untuk rakyat.
 
Mulai saat ini kita kan lihat kempen berterusan – yang mencabar kerajaan untuk mendapatkan kuasa dengan mereka yang mempertahankan kuasa. Semua lepas ini terpulang kepada rakyat. Rakyat yang akan memilih – siapa yang difikirkan layak untuk menerima amanah tersebut dan menolak siapa sahaja yang akan mendatangkan kerosakan pada sistem yang ada. Maka hari ini – gergasi dalam dua parti akan menghulurkan wakil-wakil mereka untuk dipilih sebagai pemimpin yang akan memimpin rakyat. Kempen dijangka hebat – masing-masing akan bertembung dengan merekalah yang terapat dengan rakyat.
 
Kalau kami di www.umno-reform2.com MENGATAKAN BAHAWA BARISAN NASIONAL yang akan menang dan terus diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negara. Apa kata kalau kita katakan PAKATAN RAKYAT AKAN TEWAS TERUK KALI INI, apa kata kelian. 
 
ANDA BAGAIMANA ? UNDI ANDA ADALAH BERHARGA UNTUK MASA DEPAN NEGARA. JANGAN SIA-SIAKAN UNDI ANDA. MARI MENGUNDI BERAMAI-RAMAI TANPA TAKUT DAN BIMBANG. MASA DEPAN DI TANGAN ANDA !!!! GUNAKAN HAK ANDA SEBIJAK-BIJAKNYA.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah