Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Hina Sahabat Nabi Saw

Imej
  Seorang lelaki warga Australia, Mansor Al-Maribe telah dihukum oleh mahkamah Saudi atas kesalahan menghina Sahabat Nabi ketika musim haji baru-baru ini di Madinah. Beliau yang berumur 45 tahun, ayah kepada 5 orang anak ini dihukum rotan sebanyak 500 sebatan dan dipenjarakan selama setahun. Setahu penulis gulongan Syiah seperti Mansor Al-Maribe ini kalau dulu-dulu sekitar tahun 80an tidak akan berani berbuat demikian berlebih lagi jika berada di Madinah. Miski pun ketika itu Revolusi Iran begitu rancak diperkatakan sekitar Tanah Arab sehingga ke Negara-negara Islam yang lain. Propaganda fahaman Syiah ini cuba disebarkan ke seluroh dunia. Pernah penulis berada di satu tempat di Sempadan Burma berdekatan Bandar Ranong di Thailand, penulis terjumpa beberapa majalah dalam bahasa Thailand berkaitan propaganda Syiah. Majalah ini disebarkan di seluroh pondok-pondok sehingga ke Selatan Thailand. Namun begitu fahaman Syiah ini tidak berkembang di sana. Di Malaysia pun pad

Kedudukan Mahram Di Dalam Islam Siri II

Imej
  Sambungan : Mahram Kerana Musyaharah Musyaharah berasal dari kata ash-Shihr. Imam Ibnu Atsir rahimahullah berkata, “Shihr adalah mahram karena pernikahan” (An Nihayah 3/63). Contohnya, mahram yang disebabkan oleh musyaharah bagi ibu tiri adalah anak suaminya dari istri yang lain (anak tirinya) dan mahram musyaharah bagi menantu perempuan adalah bapa suaminya (bapa mertua), sedangkan bagi ibu istri (ibu mertua) adalah suami anak perempuannya (menantu laki-laki) [Al Mufashshol 3/162]. Hubungan mahram yang berasal dari pernikahan ini disebutkan oleh Allah swt dalam firmanNya, yang artinya, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka.” (Qs. An-Nur: 31) “Dan janganlah kamu kawini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu (ibu tiri).” (Qs. An-Nisa’: 22) “Diharamkan atas kamu (mengawini) … ibu-ibu istrimu (mertua), anak-anak istrimu (anak t

Kedudukan Mahram Di Dalam Islam Siri 1

Imej
Kedudukan Mahram Di Dalam Islam Siri 1 Kekadang di dalam masyarakat kita soal mahram jarang diambil peduli dan sesetengah mengatakan bahawa sepupu disebelah bapa tidak boleh berkahwin. Selain itu persoalan anak susu juga tidak diambil peduli oleh mereka-mereka yang menyusukan anak jirin hanya dengan maksud menolong. Juga kita dapati di dalam masyarakat kita soal anak angkat juga tidak dititikberatkan oleh keluarga angkat soal aurat. Selain itu aurat sebab Musyaharah atau perkahwinan, juga tidak dititikberatkan di dalam masyarakat kita. Maka rasa terpanggil untuk saya ketengahkan soal mahram anak susuan , kerana perkahwinan dan anak angkat agar kita lebih jelas. Insyaallah Takrifan Mahram Mahram adalah semua orang yang haram untuk dinikahi selama-lamanya kerena sebab nasab, persusuan dan pernikahan (Ibnu Qudamah al-Maqdisi dalam al-Mughni 6/555). Sedangkan muhrim adalah orang yang sedang melakukan ihram dalam haji atau umrah. Pembagian Mahram Syaikh ‘Abdul ‘Adzim

Tak Salah Jadi Tabligh Tapi . . . . . .( Jawapan 1 )

Imej
  Telah menjadi lumrah dalam masyarakat kita sekiranya suami tinggalkan isteri untuk beberapa bulan atau beberapa tahun demi kerana kemewahan hidup menjadi perkara yang disenangi dalam masyarakat.Tidak akan ada cemuhan, cacian , kritikan samaada dari isterinya sendiri, keluarga terdekat mau pun masyarakat. Ada beberapa teman yang ke Dubai kerana berkerja, penulis mendapati lansung tidak ada bangkangan dari isteri, keluarga terdekat maupun kawan-kawan sepejabat. Malah sokongan dan galakan yang diberikan. Tinggalkan isteri dan anak-anak bukanya sebulan dua malah bertahun-bertahun. Kalau ditanya pada isteri. “ Kalau abang ke Dubai, nanti siapa yang akan jaga anak-anak kita?”.Pasti dan pasti kita akan dapati si isteri akan menjawab sepontan,” Tentulah I yang akan jaga mereka semua, kan I ni ibu mereka”. Kalau ditanya pula pada mentua, “Siapa yang akan hantar anak-anak saya ke sekolah nanti kalau saya keluar negara?”. Juga pasti dan pasti si mentua akan berkata,” Kalau

Tak Salah Jadi Tabligh Tapi ...( Jawapan II )

Imej
  Tanggapan masyarakat mengenai Jemaah Tabligh ini yang sering kita dapati berbeza-beza. Ada yang mengatakan Jemaah Tabligh ini adalah Jemaah India, Ada pula mengatakan Jemaah Tabligh ini Jemaah Serban Ekor Dua. Ada yang mengatakan Jemaah Tabligh ini Jemaah Fadail Amal ia itu Jemaah Fadhilat yang tidak ada ilmu. Dulu-dulu ada yang memanggil Jemaah ini Jemaah Periok. Panggilan ini bila kita halusi adalah berdasarkan pengamatan masing-masing. Ini berdasarkan apa yang dilihat dan apa yang didengar tanpa melihat secara mendalam serta turut serta mengikutinya. Yang ikut serta pun tanpa menghayati usul dan tertib Jemaah ini pun pastinya tidak akan mendapat kefahaman yang sebenarnya apa itu “Tabligh”. Ada yang hanya melihat dari luar sahaja, kemudian lansung mengkeritik Jemaah Tabligh ini. Hanya dengan berpandukan sekali atau dua kali menyertai jemaah ini lansung membuat komen yang ia telah faham dan tahu seluk beluk jemaah ini.Ada yang hanya bermuzakarah dengan satu dua ahl

Poligami : Anjuran Atau Dharurat?

Imej
  Hampir semua wanita tidak suka suami mereka berpoligami. Malah wanita solehah yang beriman lagi takwa pun tidak suka jika suami mereka berpoligami. Ini memang sifat semulajadi yang ada pada wanita. Kalau ada yang menggalakkan suami untuk kahwin lebih dari satu, berkemungkinan kerana dharurat yang memaksa suami berbuat demikian. Namun pada umumnya wanita memang tidak menyukai suami mereka kahwin lebih dari satu. Diriwayatkan bahawa Saidatina Fatimah r.ha pun cemburu dan tidak menyukai bilamana suaminya Saidina Ali r.a berhasrat ingin kahwin lagi satu. Beliau telah mengadu kepada bapanya Nabi saw yang seterusnya bersabda ,” Fatimah sebahagian dariku dan aku sebahagian dari Fatimah, sesiapa menyinggung Fatimah maka ianya menyinggung aku dan sesiapa yang menyinggung aku maka ianya menyinggung Allah swt.” (Hikayatus Sahabah) Ini membuktikan bahawa umumnya wanita tidak suka suaminya berpoligami miski pun mereka yang baik amalan agamanya serta berada di dalam

Ucapan Dr. Mursi di Tehran

Ucapan pembukaan sidang Negara-negara Berkecuali (NAM) di Tehran, Iran hari ini benar-benar telah melonjakkan nama Presiden Dr.Muhammad Mursi apabila ucapannya menjadi perhatian dan dipuji oleh dunia Arab. Keberanian dan kelantangan beliau yang melabelkan rejim Syria sebagai "pengganas" dan menyeru dunia agar bertanggungjawab menghentikan pertumpahan darah di Syria menyebabkan delegasi wakil Basya ... r yang hadir panas telinga lantas meninggalkan dewan persidangan. Bukan itu sahaja, mukadimah ucapan Mursi turut menjadi perhatian apabila mendoakan keredhaan buat Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali serta seluruh para sahabat Rasulullah SAW di hadapan tetamu yang turut disertai para ulamak tertinggi Syiah yang dikenali sikap mencela dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW. Islammemo melaporkan berita dengan tajuk: "Mursi Meredhai Khulafa' Ar-Rasyidin Dalam Ucapannya di Tehran". Selepas mengucap tahmid kepada Allah, Mursi berselawat ke atas Rasul

Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?

Imej
  Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan . Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri . Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi. Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri&quo

Gambar-Gambar Solat yang jarang kita lihat.

Imej
Mohd Hanyzan Al Muari       Oleh:cucutalib Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita. Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya. Semoga gambar-gambar di bawah memberi sedikit keinsafan kepada kita supaya tidak lalai menunaikan kewajipan kita sebagai seorang hamba. Dinegara kita susah nak jumpa org solat di tempat2 terbuka...Nak cari masjid @ surau baru boleh solat...

Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat?

Imej
| Penulis : harith | Kategori : variasi     Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?   KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi. Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Nei

Minum Ais Dan Kesannya?

Imej
Oleh Supervain Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia. Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya. Sejak akhir-akhir ini, ramai yang menerima e-mel daripada rakan atau individu yang menyarankan amalan itu dihentikan kerana ia mungkin boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya. Bunyinya memang menakutkan kerana minuman sejuk dikatakan punca kegemukan selain turut dikatakan boleh menyebabkan serangan penyakit jantung. Bagaimanapun, Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, menjelaskan tiada sebarang kajian yang membuktikan amalan minum minuman sejuk boleh membekukan makanan berminyak, memperlahankan penghadaman sekali gus menyebabkan lemak berkumpul dan menyempitkan salur darah lalu menyebabkan serangan jantung. Kata Dr Haiz

18 Sebab Mengapa Jin Merasuk Manusia

Imej
Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini. Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat. “Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang d ia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya. Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat. “Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya. Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepad

Kemerdekaan Malaysia ke 55

Imej
31 Ogos 2012 genaplah 55 tahun Malaysia Merdeka dari penjajahan terakhir iaitu British. Namun selepas 55 tahun bergelar sebuah negara merdeka, apakah yang telah dicapai oleh negara ini? Adakah bangunan pencakar langit KLCC Menara Petronas adalah cukup sebagai kayu ukur pencapaian negara ini selepas 55 tahun merdeka? Jawapannya pasti berbeza bergantung daripada mana aliran pemikiran seseorang wagrganegara Malaysia itu condong.   Bagi pemerintah, benarlah Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya, Menara berkembar Petronas KLCC, KLIA, Lebuhraya PLUS, PROTON, PRODUA, 1 Pingat Perak 1 PIngat Gangsa  Olimpik adalah kayu ukur pencapaian negara. Negara Malaysia telah dicanangkan sebagai negara contoh Umat Islam di dunia yang patut menjadi contoh kepada negara-negara Islam di dunia ini. Apatah lagi buat umat Melayu, maka Malaysialah satu-satunya negara umat Melayu yang terbilang kata pemerintah Malaysia buat masa kini.   Berbekalkan gambar-gambar lama tahun 1950an Negara Tanah Melayu de

KISAH BENAR: 7 Perkara Ganjil Yang Dialami Si Penggali Kubur

Imej
by www.QueAchmad.com Posted in    Que bicara soal Ilmiah Salam Lama benar dah Abe tak berkongsi dengan korang semua te ntang kisah bena r... Pepagi segini, Abe kembali berkongsi... Ki sah Benar ni takde sikit pu n berkaitan berkaitan dengan Hantu @ J in.. So, korang jangan takut ye untuk baca... I a cuma berkaitan Iktibar yang kita boleh dapat... Harap kita semua dapat sesuatu Pengajaran dari Kisah B enar ni.. InsyaAllah... Kisahnya macam ni, t erdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat. "Yang pertama, aku