
Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya seorang lelaki
telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar
malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang
ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi?
Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat
bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu
perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya
kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan
Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana
kamu menyayangi saudaramu keranaNya” (HR Muslim)
Dari Ali r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi
saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga
sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di
waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya
sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa
memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ". (HR Ibnu Majah, Abu Dawud)
Ulasan
Catat Ulasan