eDomz

asia Fans

banner

PRODUK LUAR NEGARA UNTUK DIBELI

Khamis, 9 Ogos 2012

bagaimana mencari kehendak ALLAH SWT di dalam al quran



Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh mengajarkan al-Quran kepada kaum Muslimin. Pendidikan al-Quran berkembang dengan sangat pesat setelah baginda s.a.w dan kaum Muslimin berhijrah ke Madinah.
 
Jika Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh mengajarkan al-Quran, kaum Muslimin pula sangat bersungguh-sungguh mempelajarinya.
Sebahagian daripada kaum Muhajirin yang berhijrah ke Madinah terpaksa tinggal di luar kota Madinah, di satu kawasan yang bernama Sunuh, kira-kira 20 km dari masjid Rasulullah s.a.w. Di sana mereka mendirikan rumah-rumah dan menguruskan kebun-kebun.
Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar adalah di antara mereka yang tinggal di Sunuh. Jarak 20km itu tidak menghalang mereka mempelajari al-Quran daripada Rasulullah s.a.w.
Mereka telah menyusun jadual pembelajaran al-Quran dengan rapi. Tiap-tiap hari mereka menghantarkan dua atau tiga orang wakil dari Sunuh pergi ke Madinah.
Sepanjang hari wakil dari Sunuh akan mendapatkan apa sahaja yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, terutamanya ayat-ayat al-Quran yang baharu turun.
Mereka mempelajari al-Quran secara menghafal dan memahami dengan lengkap. Jika ada larangan atau perintah atau amalan yang disampaikan oleh al-Quran mereka akan mendapatkan penjelasan yang sejelas-jelasnya daripada Rasulullah s.a.w. Apa juga ayat yang turun pada hari itu mesti dihafalkan pada hari itu juga kerana pada hari esoknya mungkin ada pula ayat-ayat yang baharu turun.
Setelah hari petang mereka kembali semula ke Sunuh dan pada malam itu juga atau paling lewat keesokan harinya semua pelajaran yang diterima daripada Rasulullah s.a.w sudah disampaikan kepada semua kaum Muslimin di Sunuh.
Mereka mempelajari al-Quran tanpa bertangguh-tangguh.
Al-Quran dipelajari secara menyeluruh iaitu membaca, menghafal, memahami dan mengamalkan. Program pembelajaran al-Quran yang diatur oleh Saidina Abu Bakar dan sahabat-sahabat beliau di Sunuh sungguh berkesan sehingga mereka boleh menjalankan kegiatan harian untuk menampung perbelanjaan mereka dan pada masa yang sama mereka boleh mempelajari al-Quran dengan sempurna.
Kegiatan pertanian, perniagaan, penternakan, pertukangan dan lain-lain boleh berjalan dengan lancar jika pembelajaran al-Quran dilakukan dengan bersistematik. Kesungguhan mempelajari al-Quran tidak menjejaskan urusan kehidupan harian.
Rasulullah s.a.w sangat teliti di dalam menyampaikan ayat-ayat suci al-Quran kepada kaum Muslimin.
Setiap kali turun ayat baginda s.a.w akan mengumpulkan sahabat-sahabat baginda s.a.w dan ayat yang baharu turun itu disampaikan dengan pembacaan yang betul, sebutan setiap huruf mengikut kadar panjang dan pendek yang harus dibunyikan.
Bacaan yang tepat sebutannya dihafal berulang-ulang sehingga ayat-ayat tersebut benar-benar melekat di dalam ingatan dan hati mereka. Mereka tidak berganjak daripada majlis Rasulullah s.a.w sebelum mereka dapat menyebut ayat-ayat al-Quran dengan betul dan menghafalnya dengan baik.
Bukan sekadar membaca dan menghafal, malah mereka juga dilengkapkan dengan pengetahuan dan pengertian yang jelas tentang maksud ayat, kedudukan susunannya di dalam al-Quran dan hubung-kaitnya dengan ayat-ayat yang lain.
Jika ayat tersebut melibatkan peraturan dan amalan maka kaedah peraturan dan amalan itu difahami benar-benar. Semua itu mereka pelajari secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. Kemudian apa yang sudah mereka pelajari itu mereka sampaikan pula kepada kawan-kawan mereka yang tidak sempat menghadiri majlis Rasulullah s.a.w.
Ini lah kaedah menghayati al-Quran yang makin dipinggirkan oleh masyarakat zaman sekarang .
Iaitu dengan membaca dua atau tiga ayat al-Quran ,cuba menghayati apakah ilmu di sebalik ilmu dan kehendak ALLAH SWT kepada diri kita pada ayat tersebut yang sesuai dengan keadaan diri kita pada masa itu .
Apabila kita mendapat kefahaman dari ayat tersebut ,cubalah pula kita mengamalkannya semampu yang mungkin di dalam kehidupan seharian kita .
Kerana kehidupan kita seharian tidak lain dan tidak bukan harus diSELARASkan mengikut kehendak ALLAH SWT dan kekasihnya iaitu junjungan besar kita MUHAMMAD SAW

Read more at http://mencariygbenar.blogspot.com/2012/08/bagaimana-mencari-kehendak-allah-swt-di.html#qUODx7x35rehPMaZ.99

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Follow by Email