eDomz

asia Fans

banner

PRODUK LUAR NEGARA UNTUK DIBELI

Jumaat, 31 Ogos 2012

Poligami : Anjuran Atau Dharurat?

 



Hampir semua wanita tidak suka suami mereka berpoligami. Malah wanita solehah yang beriman lagi takwa pun tidak suka jika suami mereka berpoligami. Ini memang sifat semulajadi yang ada pada wanita. Kalau ada yang menggalakkan suami untuk kahwin lebih dari satu, berkemungkinan kerana dharurat yang memaksa suami berbuat demikian. Namun pada umumnya wanita memang tidak menyukai suami mereka kahwin lebih dari satu.

Diriwayatkan bahawa Saidatina Fatimah r.ha pun cemburu dan tidak menyukai bilamana suaminya Saidina Ali r.a berhasrat ingin kahwin lagi satu. Beliau telah mengadu kepada bapanya Nabi saw yang seterusnya bersabda ,” Fatimah sebahagian dariku dan aku sebahagian dari Fatimah, sesiapa menyinggung Fatimah maka ianya menyinggung aku dan sesiapa yang menyinggung aku maka ianya menyinggung Allah swt.” (Hikayatus Sahabah)

Ini membuktikan bahawa umumnya wanita tidak suka suaminya berpoligami miski pun mereka yang baik amalan agamanya serta berada di dalam lingkungan suasana keagamaan sekali pun.

Rumahtangga yang harmoni dan bahagia biasanya akan terhasil di dalam keluarga yang suaminya hanya berkahwin satu. Rumahtangga sebegini lebih ampuh dan terancang baik dari segi kehidupan keduniaan maupun kehidupan keagamaan. Membahagikan masa untuk kehidupan keduniaan dan kehidupan keagamaan lebih sempurna malah hak-hak isteri dan anak-anak lebih dapat disempurnakan oleh suami.

Rumahtangga yang di dalamnya suami berkahwin lebih dari satu agak sukar untuk kita bahagikan masa-masa berkenaan. Masa untuk agama dan keluarga biasanya tidak dapat kita sempurnakan dengan betul dan baik. Sifat cemburu di kalangan isteri dan anak-anak pastinya tidak akan dapat dielakan. Cintakasih untuk anak-anak dan isteri tidak akan sama dengan cintakasih seorang isteri dan anak-anak dari ibu yang satu. Ini semua tidak dapat kita nafikan, tanyalah pada mereka yang berpoligami, dan tanyalah pada siteri-isteri dan anak-anak yang suami atau bapa mereka yang berpoligami. Masa untuk isteri dan anak-anak pastinya terbatas walaupun dia seorang pakar “pengurusan masa” di samping masa kerja, sosial dan lain-lain.

Biasanya kita sebagai suami kekadang tersalah faham dengan firman Allah swt yang selalu diwar-warkan oleh mereka yang berkeinginan berpoligami. Firman Allah swt :

“Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua,tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja, atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat tidak berbuat aniaya.” (Surah An Nisa :4)

Islam tidak menghalang untuk berkahwin lebih dari satu, namun ayat di atas tidaklah bermaksud bahawa menggalakkan atau ayat taghib/motivasi untuk berkahwin lebih dari satu. Ianya lebih kepada perlindungan kepada anak yatim dan janda korban perang yang berlaku di zaman Nabi saw dan sahabat r.hum. Umumnya ayat ini bermaksud jika sesaorang yang menjadi wali yang memelihara wanita yatim, lalu ianya berkeinginan untuk mengahwini mereka tetapi bimbang tidak boleh berlaku adil, maka Allah swt memberinya jalan untuk mengahwini wanita-wanita lain baik dua,tiga atau empat. (Al Mawardi : An Naktu Wal ‘uyun 01/273 dan Ali Asy Syabuni :Tafsir Ayatil Ahkam 1/189)

Ibnu Abbas ra juga menjelaskan bahawa kebiasaan masyarakat arab berhati-hati di dalam memelihara anak-anak yatim tetapi di dalam perlakuan adil terhadap isteri, mereka tidak berhati-hati. Maka sabab inilah turun ayat di atas sebagai petunjuk bagi mereka.

Fokus ayat di atas adalah anak-anak yatim dan wanita kerana kedua-dua gulongan ini memerlukan perlindungan dan pemeliharaan yang adil. Maka jalan keluar dari permasaalah ini bagi mereka yang menjadi penjaga/pengurus anak/wanita yatim yang ingin mengahwini mereka jika bimbang takut tidak berlaku adil.
 
Selain itu Kalimat “fankihu” lebih ditujukan kepada wanita merdeka bukan hamba wanita. Juga kalimat “aw ma malakat aimanukum” yang menunjukkan bahawa orang merdeka sahaja yang mempunyai hak ke atas hamba wanita. Maka batasan poligami ini dibolehkan sehingga empat bagi yang merdeka. Namu begitu jika dibimbangi tidak boleh berlaku adil maka sebaiknya adalah satu sahaja. Maka adil menjadi syarat kepada poligami. Keadilan di sini termasuk qismah/giliran, makan minum, pakaian dan juga tempat tinggal.

Rumusan :

Islam memperbolehkan bagi lelaki berpoligami secara “mujma’ alaih” serta hukum kufur jika mengingkarinya namun ulama sekata berpendapat bahawa poligami bukanlah “Ajuran Mutlak” untuk dilakukan. Sesiapa yang ingin berbuat demikian perlu menyemak diri sendiri adakah ia berkesanggupan untuk memenuhi syarat-syarat poligami. Jika syarat-syarat ini tidak dapat dipenuhi maka Islam “Melarang Keras” untuknya melakukan poligami.

Pandangan penulis sebaiknya bagi mereka-mereka yang ingin berpoligami menghadiri kursus perkahwinan khusus untuk poligami seperti mana yang telah diwajibkan bagi bakal-bakal pengantin menghadiri kursus perkahwinan. Sijil khas dikeluarkan sesudah habis program kursus berkenaan. Selain itu anak-anak juga perlupenjelasan khusus oleh bakal-bakal “pengantin poligami” sebab-sebab bapa mahu berpoligami. Moga dengan ini kehidupan yang harmoni boleh dikecapi oleh semua isteri dan anak-anak serta kelansungan kehidupan beragama boleh diteruskan.

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Follow by Email