eDomz

asia Fans

banner

PRODUK LUAR NEGARA UNTUK DIBELI

Rabu, 29 Ogos 2012

Survival Masa Hadapan

Asalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera,

Sesungguhnya hari ini 29 Ogos 2012 bersamaan dengan 11 Syawal 1433 Hijriah merupakan titik tolak untuk saya dan kita semua untuk bergerak kehadapan. Setelah selama sebulan kita berpuasa dan blog ini telah menyiarkan artikel-artikel dari blog-blog pilihan dan kini tiba masanya untuk kita membincangkan perkara dan maksud sebenarnya blog ini diwujudkan iaitu Survival atau bahasa mudahnya untuk selamat dan sejahtera di masa kini dan masa hadapan.
 
Tidak dinafikan setelah selesai Aidil Fitri bayak wang telah dibelanjakan dan untuk memikirkan apakah persiapan hari-hari dan minggu-minggu hadapan adalah amat sukar diperkatakan. Bagi yang beringat, mungkin tiada masalah, bagi yang terjebak walaupun sedar, perit rasanya nak cari jalan penyelesaian. Kini adalah masanya untuk memikirkan jalan penyelesaian budget yang telah banyak lari dan kehabisan !!!!
 
Pasti ada yang sudah membuat cadangan nak buat pinjaman, ada yang sudah ke bank-bank untuk melihat baki wang yang ada dan ada juga menggunakan berbagai-bagai cara untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku dan akan berlaku.
 
Bagaimanakah caranya untuk kita sentiasa bersedia dengan masalah yang akan melanda? Ada berbagai-bagai cara di hadapan kita dihidangkan. Di alam maya cyber berbagai-bagai kaedah dihidangkan di hadapan kita. Ada yang boleh dipercayai, ada yang palsu dan ada yang indah dari sebenarnya. Penulis telah mencuba satu program selama hampir setahun namun tewas juga akhirnya kerana mungkin kerana kesilapan teknik dan kehabisan modal. Namun program tersebut masih gah berjalan bagi mereka yang terkena teknik yang betul. Penulis tidak akan berputus asa di atas kegagalan tersebut dan perlu meneruskan. Perjuangan untuk survival kehidupan ini perlu diteruskan walau pun beberapa kali tewas. Sekali tewas tak bermakna akan tewas selamanya. Mari kita berjuang untuk survival kehidupan ......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Follow by Email