eDomz

asia Fans

banner

PRODUK LUAR NEGARA UNTUK DIBELI

Rabu, 1 Ogos 2012

Tazkirah Ramadhan

Alhamdulillah sekali lagi tahun ini kita diberi kesempatan untuk berpuasa sekal lagi di bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan atau disebut bulan puasa memang dinanti-nantikan kedatangannya kerana ia dikatakan ‘ penghulu segala bulan ’. Dalam bulan ini semua umat islam diwajibkan berpuasa , suatu amalan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

Kenapa Ramadhan dipanggil ‘ penghulu segala bulan ‘? Ini adalah kerana dalam bulan Ramadhan ini Allah menurunkan AlQuran kepada Nabi Muhammad SAW. Disamping itu juga dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar ‘ Lailatul-Qadr ’. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan( 83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama lebih 83 tahun.

Nabi Muhammad SAW ada menjelaskan “ Permulaan Ramadhan adalah rahmat , pertengahannya pengampunan manakala akhirnya adalah pelepasan dari seksa neraka” Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat nabi Muhammad SAW. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.

Rejab, Syaaban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab milik Allah, Syaaban milik Nabi Muhammad SAW dan Ramadhan adalah bulan bagi umat Muhammad SAW. Ini bermakna bulan Ramadhan yang kita sedang lalui sekarang adalah bulan yang paling istimewa buat umat Muahammad SAW. Oleh itu gembira menyambut ketibaan Ramadhan sahaja ( belum berpuasa lagi) Allah SWT mengharamkan kita dari dibakar oleh api neraka.Malang bagi sebahagian daripada kita terlalu gembira menyambut Tahun Baru 1 Jan dengan bersukaria tetapi tidak pada 1 Ramadhan.

Disepanjang bulan Ramadhan kita berpuasa, menahan anggota dari melakukan perkara yang membatalkan atau mencederakan puasa kita. Setiap saat dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Pendek kata kita boleh mendapat pahala sepanjang masa dalam bulan Ramadhan. Ini tidak dapat dilakukan dalam bulan-bulan yang lain dan ibadat-ibadat yang lain.

Begitulah hebatnya tawaran dan anugerah Allah sehingga malaikat Jibrail menerangkan kepada Baginda SAW bahawa orang yang tidak mendapat pengampunan Allah pada bulan ini adalah orang-orang betul-betul celaka dan malang. Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang tidak mendapat rahmat Allah dibulan Ramadhan ini.

Malaikat Jibrail mengatakan demikian lantaran amat mudah sekali bagi kita untuk mendapat rahmat Allah pada bulan Ramadhan ini.Hal ini tidak berlaku dalam bulan-bulan yang lain. Mereka yang terlalu ingkar dan melawan Allah saja yang terkecuali dari mendapatkeampunan. Pintu rahmat ditutup baginya.

Sama-samalah kita kita memohon keampunan ke hadrat AllahSWT sempena Ramadhan tahun ini semoga kita memperolehi keselamatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.Amin. Kita belum pasti akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Oleh itu beribadatlah sebanyak mungkin dengan melakukan ketaatan seperti membaca AlQuran , bersedekah dan sebagainya disamping mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.

Ya Allah...terimalah segala amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini. Ampunilah kami sebagaimana Engkau mengampuni umat-umat terdahulu. Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan bulan Ramadhan ini. Kami sedar sabda Rasululullah SAW bahawa mereka yang bergembira dengan kedatangan bulan Ramadhan ini ,Engkau haramkan dari dibakar dari api neraka. Oleh itu kami memohon sepenuh hati sehingga kami juga Engkau jauhkan dari azab dan siksaan api neraka...

Zaman mutakhir ini begitu banyak sekali wabak penyakit dan bala-bala Allah turun di sekitar kita...maka anggaplah Ramadhan Almubarak 1430H adalah yang terakhir buat kita.Sama-samalah kita tingkatkan amal ibadah bagi menuju ke jalan Syurga Allah...Amin Ya Rabbalalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Follow by Email