eDomz

asia Fans

banner

PRODUK LUAR NEGARA UNTUK DIBELI

Rabu, 15 Ogos 2012

Adab Berhari Raya

,



Tidak ada hari yang perlu dan sunnat untuk kita zahirkan kegembiraan melainkan kedua hari raya. Ini terbukti melalui hadis Anas bin Malek ra iaitu katanya,

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kamu semua pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Eidil Adha dan Eidil Fitri.”
(Hadis Riwayat al-Nasaai)

Setiap negara berbeza sambutannya, malah sesetengah Negara Islam sambutan terlalu simple hanya sekadar datang beramai-ramai untuk solat Eid kemudian pulang dan aktiviti seharian seperti biasa. Namun begitu berbeza dengan negara-negara di sekitar Asia Tenggara ini (Malaysia, Indonesi,Selatan Thailand, Brunei dan juga Philipina). Mungkin negara yang kita sebutkan ini adalah dari rumpun Melayu yang kaya dengan budayanya. Namun begitu biarlah kita berhari raya tidak keterlaluan dan biarlah ianya menepati atau hampir kepada sunnah. Yang lainnya mengikut budaya kita yang tidak bertentangan dengan syariat dan sunnah maka sudah tentu dibolehkan.

Antara adab-adanya :

Takbir Raya

Dituntut bagi kita untuk bertakbir Raya bermula tenggelam matahari akhir Ramadhan sehingga imam selesai berkhutbah raya. Firman Allah swt,

“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjukNya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah : 185)

Biasanya pada malam raya Eidil Fitri ini kebanyakkan kita terlupa dan lalai kerana terlalu gembira pulang ke kampong berkumpul ahli keluarga yang jauh sedangkan malam tersebut adalah malam Lailatul Jaezah (Malam Kurnian Hadiah) .Amalan bertakbir ini tersangat dituntut untuk kita amalkan.Malah ianya lebih utama ketika itu dari zikir-zikir yang lain. Amalan bertakbir ini kekadang hilang begitu sahaja. Jika ada pun ianya hanya sesudah solat Insyak berjemaah di masjid atau surau. Jika tidak ke masjid atau ke surau maka takbir ini luput begitu sahaja.

Bagi mereka yang sedang memandu pulang pada malam tersebut tidak salah untuk bertakbir sekali sekala di dalam kenderaan. Malah pada malam tersebut juga dituntut untuk solat malam seperti biasa dan bangun awal serta sunat bertakbir apabila selesai bersolat malam.

Selain dari itu ketika keluar untuk pergi solat Eid Fitri pun masih sunat bagi kita untuk bertakbir. Maknanya jika ada kesempatan pada malam dan paginya jangan dibiarkan untuk tidak diisi dengan amalan takbir ini.

Solat Malam Dan Solat Fardhu Berjemaah

Seringkali solat fardhu berjemaah kita tinggalkan kerana kesibukkan dengan ahli keluarga. Isteri akan sibuk di dapur menyediakan masakan terakhir untuk Hari Raya besoknya. Suami pula sibuk melayan anak-anak bermain bunga api di luar. Anak perempuan yang sulung sibuk dengan Facebook di depan komputernya. Anak lelaki yang kedua pula sibuk dengan H/phone tebarunya sms dengan kawan-kawannya. Dua anak kecil lagi asyik di depah T.V menonton program Hari Raya. Itu untuk orang biasa, namun kita akan dapati imam masjid pula akan sibuk dengan kutipan zakat untuk kali terakhirpada malam tersebut. Bilal pula sibuk melayani menantu dan cucu di halaman rumah.

Hasilnya solat maghrib dan Insya berjemaah akan ketiadaan Jemaah, kalaulah tidak kerana anak-anak muda pelajar universiti yang biasanya sebuk dengan aktiviti keagamaan di universiti pulang ke kapong maka lansung tidak akan ada kedengaran azan berkumandang di masjid dan surau. Merekalah yang azan dan menjadi imam.

Solat Suboh berjemaah pun begitu kerana masing-masing tidur lewat maka suboh berjemaah juga terus terlepas. Sedangkan Ramdhan mengajar kita untuk bangun di waktu sahur selama 30 malam, namun gara-gara malam Raya semuanya terlepas.

Solat suboh berjemaah pagi itu disunatkan bagi kita untuk bersolat di masjid/surau yang terdekat dengan rumah kita jika Solat Eid dibuat di masjid yang jauh.

Mandi Eidil Fitri

Selain dari perkara di atas, kita juga disunatkan mandi Eidil Fitri. Ianya sama seperti mandi-mandi sunat yang lain dan juga sama dengan mandi-mandi wajib. Yang membezkannya dengan mandi-mandi yang lain terletak di atas niatnya sahaja. Dikatakan bahawa baginda akan mandi sebelum berangkat untuk menunaikan solat Eidil Fitri. Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Qayyim.

Sebenarnya tidak perlu bagi kita menunggu sesudah Solat Suboh baru mandi Sunat Eidil Fitri. Malah kata sesetengah ulama dibolehkan kita mandi apabila sudah sepertiga malam. Kata mereka lagi ianya sekitar tujuh atau lapan jam selepas terbenam matahari. Jika kita kira ianya sekitar pukul tiga pagi. Ia juga adalah pandangan Imam Syafie sebegaimana yang dicatikan oleh Dr Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya.

Persoalannya bila masing-massing memikirkan untuk mandi sesudah Solat Suboh sebelum ke Masjid, maka kita akan dapati di tepat yang paip airnya laju sekalipun akan kekurangan air. Ini kerana masing-masing memikirkan untuk mandi di waktu tersebut. Jika lima keluarga yang pulang ke kampong untuk satu rumah, satu keluarga mempunyai empat ke lima orang anak. Bayangkan berapa ribukah yang akan mandi pada waktu tersebut di kampong tersebut. Tidak hairanlah air paip akan perlahan dan mungkin tidak keluar lansung.

Untuk ini sebaiknya kita mandi awal bagi mnyelesaikan masaalah ini.

Makan Sebelum Solat Eidil Fitri

Disunnahkan untuk kita menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan Solat Eidil Fitri. Ini bersesuaian bahawa Hari Raya Eidil Fitri ini adalah hari untuk kita berbuka bagi sebulan berpuasa. Di riwayatkan bahawa Rasulullah saw akan mengabil tamar untuk makan sebelum ke tempat solat Eidil Fitri. Baginda akan mengambil kadar bilangan ghasal (Ganjil) 1 atau tiga atau lima. Sebagaimana hadis yang berbunyi “Hua yakkulu tamraat witaran”.

Juga hadis dari Anas ra, ia berkata, “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pergi tempat solat pada pagi Eidil Fitri hingga baginda makan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata:

“’Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas berkata: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memakannya di dalam jumlah yang ganjil". Amalan sebegini juga menutup prasangka bahawa kita masih berpuasa.

Jadi tidak salah bagi kita menyediakan juadah seperti berbuka puasa sebelum pergi untuk bersolat Eidil Fitri. Apa yang membezakannya hanyalah menunya sahaja namun tamar/kurma jangan ditinggalkan.

Berpakaian Indah
Imam Syafie menyebut di dalam Kitab al-Umm:

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Eidil adha dan Eidil fitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian."

Maka sunat lagi bagi kita memakai pakaian yang indah yang termampu bagi kita asalkan jangan bermegah-megah. Selain itu biarlah pakaian yang dipakai itu menutup aurat kita dengan sempurna , khususnya bagi kaum wanita. Hal ini perlu diambil berat kerana rata-rata pada hari raya khususnya takkala kita bertandang berhari raya kebiasaannya pakaian yang menutup aurat sempurna tidak diambil peduli.

Bukan hanya pakaian kita malah pakaian anak-anak juga perlu menepati syariah.


Berjalan Kaki Menuju Ke Masjid

Masaalah paling ketara akhir-akhir ini bila kita ke masjid untuk solat Eidil Fitri adalah masaalah parking kereta. Kita akan dapati tempat parkig/letak kereta masjid tidak akan muat malah sepanjang jalan di hadapan dan belakang masjid akan penuh sesak dengan kenderaan.

Apa tidaknya, waktu inilah mereka yang balek kampong nak tunjukkan kenderaan masing-masing kepada teman sekampong. Hasilnya laman masjid dana sekitarnya penuh sesak.

Sebenarnya bagi mengatasi masaalah seperti ini terbaik dengan mengikuti sunah Rasulullah saw. Sebagaimana riwayat Saidina Ali ra bahawa Nabi saw menganjurkan pergi ke masjid untuk solat Eidil Fitri degan berjalan kaki jika kadar jauhnya tidak memberatkan. Malah menjadi sunat pergi mengikuti jalan yang lain dan pulang mengikuti yang berbeza.

Imam al-Syafi’e rah juga menjelaskan di dalam kitab al-Umm: Kami mendengar dari al-Zuhri bahawa dia berkata: “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah naik kenderaan baik ketika solat Eid ataupun solat Jenazah”.
Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rah : Imam al-Syafi’e rah di dalam kitabnya al-Umm mengatakan bahawa seorang imam dan makmum disunnahkan untuk mengikuti jalan yang berbeza dengan jalan waktu pergi ketika pulang dari solat Eid. Demikian juga pendapat majoriti pengikut mazhab Syafi’i.

Lafaz Ucapan Hari Raya

Ucapan lafaz hari raya yang lebih tepat dan menuruti sunnah adalah sebagaimana yang di ceritakan olehLafaz ucapan hari raya seperti “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin” sudah menjadi sinonim bagi Umat Islam di Malaysia. Namun, cara dan lafaz yang lebih bertepatan dan menuruti sunnah Baginda ialah berdasarkan apa yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Jadi sebaiknya kita mengikuti lafaz seperti ini kerana ianya lebih mirip kepada berdoa. Maknanya kita salaing doa mendoakan antara satu dean yang lain. Sebagaimana lafaz salam begitu juga dengan lafaz ucapan hari raya. Lafaz ucapan hari raya yang biasa kita ucapkan bukanlah salah tetapi terlbih baik kita ikut yang di sarankan oleh ulama.

Maknanya yang lebih tepat di samping kita mengucapkan ucapan “ Selamat Hari Raya Eidil Fitri Maaf Zahir da Batin” maka jangan lupa jga untuk kita mengucapkan “Taqabbalullah minna waminka”.

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Follow by Email