Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

15 Ciri Penganut Syiah Yang Perlu Diketahui | WAJIB BACA !!!

Imej
dari blog=======>>>>>>>>>>> by   QUE ACHMAD   posted in   SYIAH   Pasti anda ingin mengetahui ciri–ciri penganut agama syiah bukan? Kali ini dibongkar cara mengenali penganut agama syiah yang sesat. Semoga Syiah tidak dapat membiak ke rantau Asia kerana Syiah ini sangatlah berbahaya dan kejam. Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini: [1]. Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam. [2]. Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Oran

[EKSKLUSIF] Kisah Lelaki Ini Wajar Diteladani | Minyak Naik 20 Sen, Gaji RM2500 Tak Cukup

Imej
dari blog  by   QUE ACHMAD   posted in   KISAH BENAR [EKSKLUSIF] Kisah Lelaki Ini Wajar Diteladani |  Minyak Naik 20 Sen, Gaji RM2500 Tak Cukup  | Kehidupan hari ini sememangnya semakin mencabar. Harga minyak yang semakin mahal akibat pengurangan subsidi oleh kerajaan, ditambah pula ramai yang berpendapat gaji RM2500 tidak lagi cukup untuk menampung sara hidup masa kini. Banyak kali mereka yang telah berjaya berkata, fokus dan fikirkan pada penyelesaian bagi setiap masalah. Usah fokus pada masalah itu sendiri. Kami ingin bawakan coretan dari Tuan Faizul Ridzuan ini untuk tatapan anda. Harapan kami agar kisah ini dapat memberi inspirasi dan membuka minda anda agar kekal positif dan bersemangat. Baru-baru ni saya memberikan pandangan saya berkenaan kenaikan harga minyak dan kenapa kita tak patut komplen terutamanya jika kita ada pembaziran dalam perkara lain. Ada yang suka dengan pendapat saya, ada yang benci dan berpendapat yang saya ni lupa diri sebab sa

10 Kesilapan Usahawan Menggunakan Media Sosial Untuk Perniagaan

Imej
Tips  dari blog wangcyber.com Media Sosial adalah satu medium perantaraan untuk kita bersosial – berkomunikasi, berkenalan, berkongsi dan sebagainya. Satu hal yang pasti, ianya tidak dikenali sebagai medium perniagaan, pengiklanan mahupun pelancaran produk. Namun demikian, peluang yang wujud untuk mengaplikasikan media sosial sebagai medan untuk perniagaan amat luas malahan berkembang setiap tahun. Untuk artikel kali ini, saya akan mendedahkan anda dengan 10 kesilapan berniaga dalam Media Sosial. Kepentingan artikel kali ini adalah: Mengelakkan promosi perniagaan anda menemui jalan buntu Mengesan kesilapan yang tidak harus dibuat Mengelakkan anda dibenci/ dianggap spammer 1. Gila Beriklan/ Promosi Media sosial adalah untuk bersosial dan bukannya untuk mengiklankan produk anda. Terdapat pengguna yang suka mempromosikan iklan mereka di pages orang lain dengan iklan produk atau kisah kejayaan mereka membuat duit dengan internet. Ianya tidak salah, nam

Pendapatan Pasif: Rahsia Kekayaan Sebenar

Imej
LAGI ARTIKEL DARI BLOG USAHAWAN.COM Penasihat kewangan dan ramai jurulatih serta tokoh terkenal akan memberitahu anda yang untuk benar-benar mencapai kebebasan kewangan, anda mesti mempunyai pendapatan pasif yang cukup dan melebihi perbelanjaan anda. Bagus bunyinya, kan? Bagi memudahkan anda faham, pendapatan boleh dibahagikan kepada empat kategori (walaupun ada yang kata lebih): pendapatan portfolio, pendapatan dituaskan, pendapatan aktif dan pendapatan pasif. 1. Pendapatan Aktif, seperti yang boleh anda bayangkan, adalah pendapatan yang memerlukan anda untuk muncul bagi mendapatkan upah, wang yang diperoleh hasil daripada tenaga dan masa individu itu sendiri. Inilah cara bagaimana kebanyakan orang menjalani kehidupan mereka – sebagai pekerja. 2. Pendapatan Portfolio merupakan faedah, dividend dan keuntungan modal yang datangnya daripada pemilikan saham, bon dan saham amanah. Sebagai contoh, simpanan Tetap, ASB,ASW,ASG dan sebagainya. Penyimpan

Rahsia Bisnes Orang Cina

Imej
Masyarakat Cina sememangnya begitu terkenal dengan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bukan hanya masyarakat Cina di negara kita, malah boleh dikatakan hampir di seluruh dunia kita dapat melihat masyarakat Cina memonopoli bidang perniagaan. Produk-produk yang terdapat di pasaran hari ini juga kebanyakkannya datang dari negara Tembok Besar itu termasuklah barang-barang keperluan rumah, tekstil dan pakaian, serta peralatan-peralatan IT terkini. Mereka juga mampu untuk menjadikan sesuatu perniagaan yang bermula hanya dengan kecil-kecilan menjadi lebih maju dan luas. Pendek kata, keistimewaan kaum Cina ini adalah daripada aspek strategi mereka menjalankan perniagaan tersebut. Hal ini turut menjadikan kaum Cina dipandang begitu tinggi kerana mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri dalam menjalankan sesuatu perniagaan yang mereka ceburi. Apabila dikaji secara mendalam, apa yang dapat dirumuskan adalah kemahiran dalam perniagaan atau bisnes bukanlah suatu

Strategi Daripada Peniaga Kecil Kepada Jutawan

Imej
sisipan dari blog..usahawan.com Perniagaan merupakan satu peluang dan ruang yang benar-benar boleh memberikan pulangan lumayan khsusus bagi mereka yang serius dalam menjalankan bisnes yang diceburi. Tidak kiralah berniaga apapun, yang penting prospek perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk seseorang itu bergelar jutawan. Fakta sendiri telah membuktikan bahawa majoriti jutawan adalah lahir daripada golongan para peniaga. Contohnya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari merupakan antara jutawan Melayu terkemuka di Malaysia yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan. Begitu juga dengan pelakon Ezany Nizariff yang memiliki kilang kicap dan belacan berkat usaha gigihnya dalam perniagaan lantas berjaya meraih pulangan yang lumayan. Menariknya, hanya dengan belacan sahaja sudah mampu untuk mengangkat seseorang itu menjadi jutawan!! Hatta peniaga kecil yang menjalankan perniagaan mengikut startegi yang betul juga sebenarnya mampu untuk bergelar jutawan pada masa a

Bakar diri dibebani hutang

Imej
Berita dari Harian Metro   Bangkok: Seorang wanita membakar dirinya sendiri di sebuah pusat khidmat masyarakat berdepan dengan Rumah Kerajaan ketika mengemukakan aduan mengenai bebanan hutangnya semalam. Sangvean Raksaphet, 52, memberitahu ketua pusat khidmat itu, dia meminjam wang daripada seseorang dengan mencagarkan geran tanahnya. Apabila gagal membuat bayaran, dia cuba berunding tetapi pemberi pinjaman menuntut bayaran Bht1.5 juta (RM150,000) daripadanya. Mengesyaki dia ditipu, Sangvean membuat aduan ke pusat berkenaan yang diletakkan di bawah bidang kuasa Pejabat Setiausaha Tetap Perdana Menteri. Ketika petugas di pusat itu menghubungi penolong pegawai daerah berkaitan bank mendapatkan butiran lanjut, Sangvean bertanya mengapa dia tidak dibantu. Wanita itu kemudian mengeluarkan sebotol minyak dan menyiram dirinya sendiri sebelum mencucuh dengan pemetik api. Jurucakap polis berkata, beberapa anggota keselamatan membantu memadamkan kebakaran dan Sangvean ke