10 Kesilapan Usahawan Menggunakan Media Sosial Untuk Perniagaan

Tips dari blog wangcyber.com


duh

Media Sosial adalah satu medium perantaraan untuk kita bersosial – berkomunikasi, berkenalan, berkongsi dan sebagainya. Satu hal yang pasti, ianya tidak dikenali sebagai medium perniagaan, pengiklanan mahupun pelancaran produk. Namun demikian, peluang yang wujud untuk mengaplikasikan media sosial sebagai medan untuk perniagaan amat luas malahan berkembang setiap tahun. Untuk artikel kali ini, saya akan mendedahkan anda dengan 10 kesilapan berniaga dalam Media Sosial.

Kepentingan artikel kali ini adalah:
  • Mengelakkan promosi perniagaan anda menemui jalan buntu
  • Mengesan kesilapan yang tidak harus dibuat
  • Mengelakkan anda dibenci/ dianggap spammer

1. Gila Beriklan/ Promosi

Media sosial adalah untuk bersosial dan bukannya untuk mengiklankan produk anda. Terdapat pengguna yang suka mempromosikan iklan mereka di pages orang lain dengan iklan produk atau kisah kejayaan mereka membuat duit dengan internet. Ianya tidak salah, namun apabila anda melakukannya secara besar-besaran di setiap pages kenalan anda, setiap hari malahan setiap jam, anda boleh menyebabkan kenalan anda menganggap anda spammer. Bersosial hanya untuk mengiklankan produk.
Saya mencadangkan anda memiliki jadual tetap untuk mempromosikan produk anda. Anda boleh memilih masa puncak seperti waktu tengahari (lunch) atau sekitar 8 malam (waktu perdana) untuk promosi iklan. Waktu-waktu lain, gunakan untuk bersosial dengan memberi komen di wall orang lain, gambar dan sebagainya tanpa menyelitkan sebarang unsur promosi.

2. Membeli Senarai Rakan

Memiliki ramai kawan tidak salah, namun membeli kawan tidak pernah kita dengarkan sebagai sesuatu yng mesra. Wujud kejanggalan di situ – membeli kawan. Kita selalu melihat iklan seumpama ini, “1000 UID Facebook”, “100 kawan twitter” di laman iklan ServisMalaysia, iLancee dan sebagainya. Ianya tidak salah namun tidak praktikal.
Bayangkan jika senarai tersebut adalah ID luar negara walhal anda berniaga dalam Malaysia. Bayangkan jika kawan-kawan tersebut bukanlah akaun manusia sebenar melainkan bot atau akaun palsu?
Saya yakin bahawa pengiklanan terbaik ialah melalui mulut ke mulut. Jika anda membina integriti dan personaliti menarik, tidak hairan jika ramai yang nak menjadikan anda kawan. Anda boleh memulakannya dengan memberi komen yang menarik di gambar kenalan-kenalan anda, di wall mereka dan di mana sahaja trafik yang banyak. Komen menarik akan menyakinkan orang lain untuk mengenali anda yang menarik.
eg. Memberi komen di laman web ini dengan aktif mungkin membina persahabatan anda dengan ahli WC. Bukankah ianya satu kelebihan andai ahli WC mengenali anda? Siapa tahu anda dipilih untuk mereview produk daripada ahli WC? – Percuma access berbanding anda kena beli produk terlebih dahulu tanpa ujikaji. Tak rasa rugi?


3. Kurang Interaksi

Satu kesilapan yang terbesar yang selalu dilakukan oleh marketer ialah tidak berinteraksi dengan pengguna lain. Apabila ada yang bertanyakan produk anda, anda harus memberi reaksi. Dengan berinteraksi menjadikan promosi anda hidup dan anda membina kepercayaan dalam diri orang lain.
Saya sendiri tidak suka membeli gig atau produk daripada orang yang “sombong”. Berinteraksi dengan potential pelanggan anda. Ingat, setiap reply adalah potensi untuk perniagaan anda.

4. Menjadi robot

Ada marketer yang suka mempromosikan produk mereka namun kegagalan terbesar mereka ialah mereka hidup dalam dunia mereka sendiri. Mereka tidak berkomen di post orang lain, tidak like post kawan dan sebagainya. Bagaimana orang berani untuk mengenali anda dan produk anda jika akaun anda “mati”?
Poin ini agak sama dengan poin-poin di atas namun anda pasti tahu bahawa menjadi robot tidak memberi kelebihan kepada anda berbanding pesaing anda. Bayangkan jika setiap post anda tiada komen daripada orang lain. Mungkinkah anda boleh dipercayai? Mungkinkah produk anda akan terjual?

5. Mengehadkan Peluang Anda

Dalam laman sosial, kita selalu meletakkan iklan seperti berminat boleh email saya, PM saya, whatsapp di nombor ini. SMS tidak akan dilayan. Di laman sosial, kita seharusnya membuka ruang seluas-luasnya untuk orang lain menghubungi kita.
Saya pernah menghubungi seorang marketer untuk produk sebab nak beli (dekat RM800+) dengan sms. Meskipun saya sedia maklum mereka prefer whatsapp atau panggilan sahaja, saya tetap nak sms. Sms lebih memudahkan saya serupa meninggalkan pesan dan saya tidak install whatsapp/mms atas sebab peribadi.
Sedar atau tidak, ramai tauke-tauke besar tidak suka menelefon sebab menganggu ruang masa mereka dan mungkin tak suka bazir kredit mereka (kaya sebab kedekut?). Di Sabah contohnya, tauke kaya suka menggunakan henfon ala-ala 3310 kerana masalah line telefon.


6. Negatif dan Tidak Mesra

Pernah tak anda berjumpa dengan orang yang suka menceritakan keburukan orang lain? Satu hal yang tidak disedari oleh orang ini sebenarnya ia menonjolkan keburukan diri sendiri iaitu “suka memburukkan orang lain”. Mengumpat tidak pernah menjadi satu poin penting dalam agama, malahan dari segi moral juga, menolak mengumpat sebagai komponen kebaikan. Membina aura negatif di sekeliling anda hanya akan menjauhkan orang lain untuk mengenali anda dan produk anda.
Sebagai peniaga, anda harus pandai menggunakan elemen positif. Anda boleh mereview produk yang tidak baik dengan cara positif, pendekatan yang lebih mesra. Bina kepercayaan untuk orang lain mengenali anda.

7. Saya, Bisnes Saya dan Kejayaan Saya

Segala posting anda adalah berkaitan bisnes anda. Ini adalah kesilapan kerana hampir semua orang tidak peduli akan orang lain melainkan diri mereka sendiri. Anda pergi melancong ke Paris dengan kejayaan anda? Anda beli kereta mewah dengan kejayaan anda? Tiada siapa peduli akan hidup anda.
Saya galakkan anda berkongsi tips, beri post bermanfaat untuk mendekati prospek anda. Orang boleh melancong dengan produk anda? Orang boleh beli kereta mewah kerana produk anda? Ini adalah apa yang orang nak dengar.

8. Katak Bawah Tempurung

Anda harus keluar dari dunia anda. Bayangkan anda bina sebuah blog perniagaan tanpa melakukan ping, tanpa melawat blog orang lain, tanpa beri komen dan banyak lagi. Adakah anda rasa orang lain akan datang ke blog anda? Meskipun blog anda memiliki post paling berguna di dunia, mungkinkah orang akan tahu?
Anda harus keluar ke dunia luar. Dekatkan diri dengan prospek anda secara peribadi, bina rangkaian anda.

9. Tidak Fokus

Anda harus ada fokus bila memasarkan produk anda di media sosial. Jika anda menjual produk “buat duit online”, jangan meleret dengan post-post berkenaan permainan bola sepak. Anda harus melakukan post yang boleh diselitkan tentang perniagaan anda. Ingat, promosi hanya kepada yang berminat. Jangan buang masa kat orang yang memangnya tidak berminat.
Eg. Berbanding “selamat pagi semua”, anda boleh menambah “Selamat membuat duit secara online semua”.

10. Silap akaun

Hal ini jarang berlaku namun boleh berlaku. Anda telah membaca sebuah posting di blog orang lain dan anda ingin meninggalkan komen. Anda menaip dengan sekhusyuk mungkin, malahan poin-poin anda sangat bernas. Jika orang membaca komen anda, orang pasti akan datang ke blog anda. Anda tekan confirm.
Alamak! Anda buat silap. Anda menggunakan akaun untuk blog hiburan anda walhal anda ingin link tersebut ke blog bisnes anda. Tiada option untuk padam atau edit. Trafik yang sepatutnya ke blog bisnes anda akan beralih ke blog hiburan anda lalu menjadi sia-sia.

Kesimpulan

Sebagai marketer, gunakan media sosial sebaik mungkin. Lakukan sedikit penyelidikan terlebih dahulu untuk setiap teknik yang anda ingin gunakan dan jangan hadkan peluang anda untuk berjaya.

BERMINAT MENGUBAH DIRI ANDA........TAMBAHKAN ILMU


----->>sila click ======----->> http://bit.ly/1w1Fv5r


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah