Pendapatan Pasif: Rahsia Kekayaan Sebenar
Penasihat kewangan dan ramai jurulatih serta tokoh terkenal akan memberitahu anda yang untuk benar-benar mencapai kebebasan kewangan, anda mesti mempunyai pendapatan pasif yang cukup dan melebihi perbelanjaan anda. Bagus bunyinya, kan?
Bagi memudahkan anda faham, pendapatan boleh dibahagikan kepada empat kategori (walaupun ada yang kata lebih): pendapatan portfolio, pendapatan dituaskan, pendapatan aktif dan pendapatan pasif.
1. Pendapatan Aktif, seperti yang boleh anda bayangkan, adalah pendapatan yang memerlukan anda untuk muncul bagi mendapatkan upah, wang yang diperoleh hasil daripada tenaga dan masa individu itu sendiri. Inilah cara bagaimana kebanyakan orang menjalani kehidupan mereka – sebagai pekerja.
2. Pendapatan Portfolio merupakan faedah, dividend dan keuntungan modal yang datangnya daripada pemilikan saham, bon dan saham amanah. Sebagai contoh, simpanan Tetap, ASB,ASW,ASG dan sebagainya. Penyimpan boleh mendapat keuntungan sehingga 7% dari jumlah simpanan yang dibuat.
3. Pendapatan dituaskan adalah dihasilkan apabila satu aktiviti daripadanya mampu menjana lebih banyak wang dengan menarik bilangan penonton yang disasarkan. Seorang penceramah di satu kursus atau persidangan sebagai contoh, mungkin sebolehnya berusaha untuk mengatur dan memberi ucapan kepada 20 orang seperti 1,000 orang tetapi boleh memperoleh lebih banyak wang dengan kumpulan yang lebih besar.
4. Pendapatan pasif ialah pendapatan yang memerlukan pelaburan awal terlebih dahulu dan kemudiannya terus mendapat pendapatan berterusan lagi dan lagi manakala penglibatan secara terus daripada pemilik bisnes makin berkurangan. Usaha awal ini seakan-akan anda mencipta mesin duit yang membawa masuk wang secara berterusan dengan penglibatan secara fizikal semakin berkurangan.
Seperti yang anda lihat, pendapatan aktif menghendaki dan memerlukan masa anda, walaupun anda boleh memperoleh kenaikan gaji dan juga kenaikan pangkat, pendapatan anda terhad kerana hanya terdapat anda seorang sahaja. Dengan pendapatan pasif, bagaimanapun, anda boleh mencipta pendapatan dari pelbagai sumber dan terus untuk menambah lagi dan lagi mesin yang menjana wang.
Kebanyakan orang hanya akan dapat gaji sekiranya mereka terus bekerja. Begitu juga dengan pendapatan peniaga kecil. Anda sebenarnya belum mencapai kebebasan kewangan kerana jika anda tidak bekerja, anda tiada pendapatan untuk menyara hidup anda secara berterusan (sambil mengekalkan aset pada tahap yang sama).
Kita lihat pesara sebagai contoh. Ramai yang pada mulanya tidak bekerja pada awal persaraan. Tetapi selepas dua tiga tahun, mereka kembali bekerja kerana tahap kewangan mereka telah menyusut semula. Justeru pendapatan pasif penting untuk membolehkan seseorang terus meraih pendapatan walaupun tidak lagi bekerja.
Antara contoh beberapa bentuk pendapatan pasif ialah:
- Aliran Tunai Positif Daripada Hartanah: Hartanah adalah apa yang kebanyakan orang fikirkan apabila bercerita tentang pendapatan pasif. Tetapi, ia hanya dianggap pendapatan pasif apabila sewa yang anda terima adalah lebih tinggi daripada pinjaman perumahan, cukai, kos penyelenggaraan dan perbelanjaan yang terlibat. Jika tidak, sewa hartanah anda hanyalah merupakan liabiliti. Anda juga boleh membuat wang dengan spekulasi terhadap kenaikan harga asset tersebut. Pendapatan pasif boleh dijana daripada hartanah kediaman ataupun komersil.
- Menjadi Seorang Penulis: Daftar hak cipta bahan-bahan yang menghasilkan royalti, seperti buku atau e-book, muzik atau lirik, foto dan gambar merupakan satu lagi cara ramai usahawan mencipta pendapatan pasif. Robert T Kiyosaki pernah menulis dalam bukunya “Rich Dad, Poor Dad” bahawa sumber kekayaan pelbagai jutawan dunia adalah daripada pendapatan pasif. Pendapatan pasif adalah pendapatan hasil daripada pekerjaan yang sedikit dan usaha sedikit menjana pendapatan berpanjangan. Apa yang beliau tidak pernah ceritakan kepada kita, sumber kekayaan beliau adalah daripada pendapatan pasif royalti buku. Buku beliau sudah diterjemahkan kepada lebih daripada 32 bahasa. Beliau hanya melabur sedikit masa pada penyelidikan untuk penulisan bukunya. Walaupun pembaca di Malaysia tidak membaca buku, buku sukar dijual dan menjadi seorang penulis tidak mungkin boleh mendapat pendapatan lumayan., hakikatnya sangkaan-sangkaan ini hanyalah mitos-mitos belaka. Berdasarkan situasi semasa, sudah ramai individu penulis yang sudah bersenang lenang dengan wang hasil royalti bukunya. Mereka menjana pendapatan puluhan ribu malahan ada yang ratusan ribu ringgit satu tahun!
Kerjaya dalam bidang penulisan juga sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:
1) Penulis buku –menghasilkan karya yang diterbitkan dalam bentuk buku
2) Kolumnis – menghasilkan artikel untuk majalah dan juga e-majalah
3) Blogger – mempunyai blog yang memuatkan hasil tulisan sendiri
4) Penyunting – menjalankan tugas menyunting hasil tulisan penulis lain
5) Penterjemah –melakukan tugas menterjemah sesuatu hasil tulisan/karya
2) Kolumnis – menghasilkan artikel untuk majalah dan juga e-majalah
3) Blogger – mempunyai blog yang memuatkan hasil tulisan sendiri
4) Penyunting – menjalankan tugas menyunting hasil tulisan penulis lain
5) Penterjemah –melakukan tugas menterjemah sesuatu hasil tulisan/karya
Penulis buku, kolumnis dan blogger memerlukan anda berfikir, mencari idea dan menulis secara aktif. Manakala penyunting dan penterjemah pula tidak perlu menghasilkan karya atau hasil tulisan, tetapi hanya perlu memeriksa dan membaiki karya penulis lain. Namun kerjaya sebagai penyunting dan penterjemah mempunyai nature kerja yang lebih kurang serupa dengan penulis.
Bagaimana pun, passive income hanya tertakluk kepada penulis buku yang menerima bayaran royalti setiap tahun selagi mana karya seseorang penulis itu diterbitkan. Penyunting, penterjemah dan kolumnis akan menerima bayaran dengan jumlah tertentu yang dipersetujui bagi setiap tugasan yang disiapkan. Blogger pula biasanya menjana pendapatan melalui pautan iklan-iklan, atau melalui program affiliate yang diletakkan di dalam blog mereka.
- Lesenkan Paten: Memiliki satu idea yang hebat ataupun sebuah ciptaan. Lesenkan ia dan peroleh bayaran bila-bila masa apabila seseorang menggunakan paten yang anda lesenkan.
- Buat niche website atau blog, dan letak Google Adsense. Selagi ada orang masuk dan klik pada iklan, selagi itu akan dapat duit. Hanya perlu bersusah payah semasa membuat kajian keyword dan pembinaan website sahaja.
- Buat satu website ‘review’ produk affiliate. Dengan produk affiliate, kita tidak perlu menguruskan pembeli. Jika ada jualan (orang beli melalui link affiliate kita), komisen akan terus masuk ke akaun bank kita pada tempoh tertentu seperti sebulan sekali.
- “Recurring Affiliate Program”. Akan mendapat bayaran selagi pembeli membuat bayaran. Ini biasanya ada pada produk berbentuk ‘membership site’ atau sistem online di mana bayaran yang perlu dilakukan oleh pelanggan pada setiap bulan, seperti Getresponse.com dan Aweber.com.
- Hasilkan ebook dan website jualan untuk ebook tersebut. Ini yang paling saya suka. Kita hanya perlu luangkan masa untuk menyiapkan ebook, laman web dan ‘promosi automatik’. Kemudian terus menerus mendapat bayaran selagi ebook itu dijual.
- Produk Bayar Untuk Guna: Mesin vendor, dobi menggunakan syiling, kedai permainan video dan unit stor boleh menghasilkan pendapatan pasif. Kebanyakan mesin layan diri ini berkonsepkan milik sepenuhnya dan sesuai dimiliki semua golongan masyarakat. Proses menjana pendapatan menjadi lebih mudah kerana ia tidak memerlukan pekerja, premis mahupun masa yang banyak untuk menguruskannya. Syarikat pengurusan juga menyediakan khidmat nasihat, latihan dan khidmat runding cara aspek pemasaran yang bersesuaian dengan perniagaan masing-masing.
- Pemilik Telefon Awam, sama seperti mesin pemilik air. Setiap minggu mereka akan bawa guni untuk mengambil wang syiling yang terdapat di dalam telefon tersebut.
- Bina Satu Laman Web Tempahan Pembelian Automatik: Bina satu laman e-dagang yang boleh secara efektif proses dan memenuhi pesanan dengan penglibatan yang sedikit daripada anda bagi menghasilkan beberapa pendapatan pasif. Jual produk yang sentiasa dicari-cari sepanjang zaman.
- Bina Satu Bisnes Yang Berjaya: Istilah ini bermaksud satu bisnes yang boleh dijalankan dengan atau tanpa penglibatan yang banyak daripada anda. Berapa kerap, contohnya anda melihat pemilik francais McDonalds di lokasi? Satu francais yang menghasilkan satu aliran tunai yang positif dan mempunyai satu kumpulan untuk menjalankan bisnes adalah contoh menghasilkan pendapatan positif kepada pemiliknya.
Ingat bahawa pendapatan pasif tidak semestinya bermaksud tiada langsung penglibatan daripada anda. Banyak kali ia melibatkan satu pelaburan awal yang besar, tetapi ia menghasilkan lebih minimum penglibatan fizikal pemilik diperlukan selepas mesin wang anda telah stabil.
Ada pakar yang mengatakan bahawa rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki. Para jutawan bebas untuk melihat anak-anak membesar, menonton wayang, sarapan pagi di warung, bersantai di pantai tanpa gangguan dan shopping tanpa perlu beratur!
Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif, mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan. Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang di sekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka. Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif. Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakan daripada kita.
Ha, berapa peratus kah hasil pendapatan anda adalah pasif ?
Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk pilih yang mana satu, sila lihat jadual di bawah ini:
Dari segi….
|
Pendapatan Pasif
|
Pendapatan Aktif
|
Masa Bersama Keluarga
|
Bila – bila anda boleh melihat anak-anak anda membesar dan mendidik mereka dengan lebih sempurna.
|
Hanya 2jam dapat diluangkan bersama anak-anak itu pun kalau tidak buat OT.
|
Jumlah RM Sebulan
|
Tidak tetap dan sentiasa meningkat bergantung kepada jenis pelaburan.
|
Tetap dan meningkat pada kadar yang sangat sedikit, tak padan dengan kadar kenaikan harga barang keperluan.
|
Tekanan Hidup
|
Kurang tekanan tetapi amat berisiko.
|
Kurang risiko tetapi amat tinggi tekanan jika tidak mengurus masa dengan betul.
|
Jenis pekerjaan
|
Pelaburan Hartanah, Pelaburan Simpanan, Pelaburan Mesin Vendor, Pelaburan emas, serta bidang perniagaan dan perkhidmatan
|
Doktor, Pensyarah, Pekerja am, Pemandu Lori, dan sebagainya.
|
Masa bekerja
|
Masa bekerja kurang dari 5jam sehari, namun pendapatan harian boleh mencecah RM300 – RM400
|
Masa bekerja 8jam sehari, kadangkala terpaksa buat kerja lebih masa untuk menampung kos hidup. Gaji tetap dan tidak perlu risau risiko sales kurang.
|
Risiko dibuang kerja
|
Tiada sama sekali
|
Tinggi (bergantung kepada majikan)
|
Mesti anda sekarang sudah berkira-kira untuk mulakan perniagaan internet memandangkan itu yang paling mudah, bukan?
Tapi, adakah perniagaan internet itu menjana pendapatan pasif?
Ya!.. jika perniagaan anda tidak memerlukan anda berada di depan komputer sepanjang masa atau setiap hari. Perniagaan internet akan menjadi pendapatan pasif jika anda boleh meninggalkannya selama seminggu dan pergi bercuti, dan dalam masa yang sama, wang terus mengalir masuk ke dalam akaun bank anda. Dengan syarat, semua proses telah diautomatikkan, iaitu, semua urusan dari segi penerimaan order, penerimaan & pengesahan bayaran, hinggalah ke penghantaran produk kepada pelanggan. Jika semua proses itu dapat anda “automatik” kan.. maka, ya, perniagaan internet anda adalah merupakan pendapatan pasif.
Tetapi, jika perniagaan internet anda memerlukan anda menghadap komputer setiap hari, di mana anda perlu menyemak order, mengesahkan penerimaan bayaran, dan menghantar produk anda kepada pelanggan secara manual. Maka, perniagaan internet anda belum lah boleh dianggap sebagai suatu pendapatan pasif.
Ulasan
Catat Ulasan