Teknik Pemasaran Produk Affiliate
Tips Affiliate 1 # Bina Perhubungan yang baik
Fokus pada perhubungan. Mengapa? Pemasaran produk Affiliate memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi kepada anda sebelum pengguna membeli produk tersebut. Apabila rakan anda memperkenalkan sesuatu produk kepada anda sebagai contoh “Buat duit Internet Tanpa Modal” dan dalam masa yang sama keyakinan anda terhadap teknik yang saya gunakan amat tinggi, sudah tentu anda akan mengikuti perkembangan blog saya dan akan membuat belian “Panduan Pemasaran Affiliate” daripada blog saya. Itu contoh sahaja..
Tips Affiliate 2 # Bina Traffik berkualiti
Fokus juga untuk membina traffik akan datang. Bagaimana? Lebih banyak traffic bermakna lebih banyak mata yang membaca dan dalam masa yang sama lebih tinggi potensi untuk pembaca membeli produk yang anda promosikan.
Tips Affiliate 3 # Fokus kepada penyelesaian masalah
Kenalpasti produk yang sesuai bagi menyelesaikan masalah atau ubat mujarab kepada pembaca. Sekiranya pembaca ingin menjadi pakar Affiliate, atau sedang mencari-cari tips pemasaran affiliate, pastikan produk Affiliate yang anda promosikan amat bersesuaian dan berkesan untuk dipraktikkan saya ambil contoh "Panduan Pemasaran Affiliate" cara Rahman Basri. Ceritakan mengenai kebaikan dan kelebihan produk secara jujur agar pembaca lebih yakin dengan anda. Saya pasti anda akan memperolehi follower anda sendiri yang dahagakan tips-tips dan nasihat daripada anda.
Fuhhh..dah puas membaca??...harapan saya selepas membaca artikel ini anda lebih memahami bagaimana sebenarnya perjalanan kerja buat duit melalui internet ini dijalankan.
Ulasan
Catat Ulasan