16 Ramadhan

Asalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.,

Salam sejahtera kepada pengunjung-pengunjung blog survival. Blog survival pada asalnya bertujuaan untuk mengutarakan langkah-langkah atau  cara untuk survival pada zaman ini.Walau bagaimanapun, rancangan tersebut telah diubah demi keperluan dan perkembangan dunia masa kini.

Pada hari ini ialah 16 Ramadhan 1433 hijrah,  telah masuk 16 harilah jumlahnya hari umat Islam di Malaysia berpuasa. Tinggal berbaki 14 atau 13 hari lagi sebelum bulan Shawal muncul. Agaknya telah berapa banyak terawaikh yang telah tertinggal dengan sengaja atau tidak sengaja. Penulis sendiri tertinggal 3 hari. Rugi rasanya. Masih adakah Ramadhan untuk penulis pada tahun hadapan? Bagaimana dengan pengunjung blog ini? Masih istiqamah dengan penuh terawikhnya. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya mengekalkan terawikh sehingga  hari ini.

Sedarkah kita sesungguhnya Ramadhan adalah satu bulan yang sangat mengesan akan amalan kita sepanjang bulan-bulan selepas Ramadhan. Sekiranya kita bersungguh-sungguh memanafaat bulan Ramadhan ini, insya'allah bulan-bulan berikutnya kita akan terselamat dari godaan syaitan mau pun nafsu. Seandainya Ramadhan ini tak ada beza dengan bulan-bulan lainnya, maka bulan-bulan berikutnya kita akan terdedah dan tewas dengan pujukan rayu shaitan dan nafsu. Maka gunalah sepenuhnya hari-hari berbaki Ramadhan ini dengan sepenuhnya. Lengkapkan terawihnya, khatamkan qura'annya, banyakkan sedekahnya, perbanyakkan solat-solat sunatnya, perbasahkan lidahnya dengan zikirullah dan perhebatkan doa-doa kehadrat illahi.

Hari-hari berbaki ini, umat Islam akan mulalah sibuk untuk persiapan menyambut Aidil Fitri. Surau dan masjid yang sudah mula lengang akan menjadi lebih lenggang pada hari mendatang ini. Beruntunglah kepada mereka yang tidak terkesan dengan persediaan Shawal.

Minggu-minggu hadapan juga akan banyaklah lagi majlis iftar diadakan oleh rakan sepejabat, rakan persekolahan dan berbagai-bagai lagi. Sayugia dinasihatkan, jaga-jagalah solat maghribnya. Janganlah nanti sibuk beriftar dan rancak berborak, solat magribnya pun luput. Maka sia-saialah puasa kita.

Saudara pengunjung blog,

Saya ingin meminta maaf kerana 2/ 3 hari ini, tidak ada post-post baru di blog ini. Nampaknya blog-blog ilmu lain  sudah mula tiada artikel yang tertulis. Mungkin kerana sibuk dan lain-lainnya. Blog ini mengambil pendekatan berkongsi artikel dengan blog-blog lain. Ini memudahkan pengunjung blog membaca di satu blog sahaja dan sebenarnya pengunjung telah merata blog-blognya.

Sekiranya diperhatikan betul-betul, blog ini menumpukan artikel-artikel berbentuk ilmu dan rencana.Artikel-rtikelnya adalah menjurus kepada artikel umat akhir zaman dan beberapa pengetahuan berkenaan puasa. Diharap pengunjung-pengunjung sekaian telah mendapat manfaatnya dan terus membaca artikel-artikel mendatang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah