1001 Soalan Berkenaan IM?

Posting asal dari laman wangcyber.com

Pernahkah anda rasa ingin bertanyakan sesuatu soalan mengenai "Perniagaan Internet" dan "Cara Buat Duit di Internet" tetapi berasa malu? rendah diri?.. ataupun berasa was-was dan takut untuk bertanyakannya?
 
Mungkin anda pernah bertanyakan soalan kepada individu-individu yang telah berjaya tetapi soalan anda tidak terjawap.. maklum sahajalah.. tidak semua diantara mereka yang berkesempatan untuk membalas soalan anda kerana mereka juga mempunyai komitmen dan sibuk menguruskan perniagaan serta keluarga mereka.
 
Jika anda ingin bertanyakan kepada rakan-rakan anda, mungkin anda tidak akan menemui jawapan yang tepat.. kerana kemungkinan, mereka juga tidak mahir mengenai perkara tersebut dan kurang pasti… sama seperti anda. Jika anda ingin bertanyakan secara public pula, mungkin ada perasaan takut dan malu terlintas dalam diri. Ditambahkan pula ada sesetengah pihak suka memperkecilkan golongan yang baru ingin bermula seperti anda. Hmm.. agak menyeramkan!
Tetapi, satu hakikat yang anda perlu tahu:
Malu Bertanya, Sesat Jalan. Silap sesat.. termasuk pula ke lubang &^$# dan menjadi mangsa "skim taik cepat kaya"..
Jadi, untuk membantu anda agar tidak tersesat jalan..
 
Kini, pihak WangCyber dan IMMalaysia.com ingin membantu anda dengan menjawab segala persoalan yang timbul didalam fikiran anda mengenai dunia Perniagaan Internet. Tidak kira semudah mana ataupun sesukar mana pun soalan anda.
 
Pada hari ini, 19 Februari 2008, Pihak WangCyber dan IMMalaysia berbesar hati untuk melancarkan sebuah projek khas bagi menjawab segala persoalan anda mengenai "perniagaan internet" dan "buat duit dengan internet". Anda boleh bertanyakan apa jua soalan dan kami akan sedaya upaya cuba menjawabnya dengan lengkap.
Melalui projek ini, kami akan mengumpulkan semua persoalan dan memberikan jawapannya di dalam sebuah ebook. Ebook ini pula akan diedarkan secara percuma sebagai rujukan kepada semua orang.
 
Usah bimbang.. Kami tidak akan mendedahkan nama anda atau alamat email anda di dalam ebook ini nanti.. Kami hanya akan berkongsikan soalan dan jawapan kepada soalan anda. Kami akan cuba menjawab semua soalan dengan sebaik mungkin. Yang paling penting, kami tidak akan memperkecil-kecilkan soalan anda di dalam jawapan kami nanti.
 
Jadi, inilah masanya untuk anda bertanyakan apa jua masalah atau keraguan yang telah lama terbuku di hati anda tanpa perlu rasa malu, takut atau rendah diri!! Bersedialah ke ruang pertanyaan kami untuk bertanya tanpa sebarang had!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah