Selamat Jalan Kakakku...
28 September 2012 jam 9.15 pagi kakak kembali kepada penciptanya. Perjalanan di alam akhirat yang baru bermula. Tiada harta dibawa bersama. Hanya doa dan amalan saja dibawa buat bekal untuk dipersembah di hadapan Allah swt.
Tiada sebarang pesan sempat diberi kepada adik-adik yang pernah disayangi. Dahulu di zaman kanak-kanak, akaklah pengganti emak tak kala emak dan abah sibuk dan tak menang tangan.
Kini masanya telah tiba giliran untuk akak mengikut langkah emak dan abah. Insya'allah kami yang ditinggalkan pasti akan mengekorinya selepas ini. Hanya waktu sahaja menjadi penentu. Semoga roh akak dirahmati allah dan akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Amin Ya rabal alamin.
Ulasan
Catat Ulasan