berhala dahulu dan berhala sekarang

Dahulu manusia menyembah berhala menjadikan mereka musyrik, Tetapi kini manusia menjadikan bermcam-macam perkara lain sebgai berhala sembahan baru mereka tanpa mreka sedari. Maka benarlah bilangan orang-orang beriman kebelakangan ini semakin mengecil dan Islam diperkotak katikkan tanpa pembela yan gsebenarnya. Satu artikel dari blog mencari kebenaran untuk bacaan Hari Malaysia.

al quran boleh diguna pakai hingga kiamat ,jadi apakah hubung kait al quran dalam kehidupan kita hari ini ?
dulu aku baca al quran pun tak boleh jauh la kalau nak menghayatinya ,adanya tafsir al quran pun aku tak tahu
jadi apakah yg allah maksudkan dalam al quran tentang menyembah berhala ?
pada zaman dulu terang2 la berhalanya adalah patung2 yg disembah sebagai tuhan jadi pada zaman sekarang hanya cina india siam atau agama budha yg sembah berhala .tetapi mereka bukanya beragama islam dan bukanya membaca al quran
jadi kalau macam tu firman allah dalam al quran pasal sembah berhala ,kita terlepas la ya padahal kita yg beragama islam dan kita yg membaca al quran

kalau yg aku paham mcm ni
tinggi mana kedudukan allah swt didalam hati kita
adakah allah swt yg paling tinggi dalam hati kita atau benda2 kesayangan kita anak2 kita rumah kita kereta kita motor kita jam kita etc yg paling tinggi didalam hati kita

ini pengalaman aku suatu ketika dulu
aku main set stereo untuk layan muzik harganya tak payah cakap la
satu hari tu aku p la kedai sound system di ampang point ,borak2 dgn taukey kedai tu dan dia pun promote la kat aku satu kabel interconnect baik punya ,harga pun baik la jugak
masa tu tak masuk waktu asar lagi so lepas beli aku pun balik rumah time tu dah masuk waktu asar
jadi aku pun solat la dulu sebelum nak pasang kabel yg baru dibeli
dalam solat tu bermula dialog yg dikatakan bisikan syaitan
memang tak kusyuk la solat asar sebab tak sabar2 nak dengar sound dari kabel baru

maknanya pada masa tu kabel interconnect tu la yg paling tinggi dalam hati aku
dan kedudukan allah swt tak tahu la dimana dalam hati aku pada masa tu
jadi ini lah akibat nya apabila kita tak pernah mentauhidkan allah swt didalam hati kita

kerana makanan hati ialah zikir dan makanan untuk badan selalu pulak kita sumbat
kita akan lemah jika tak makan atau lambat makan
samalah dengan hati kita ,jika kita tak mengingati allah swt dia pun akan lemah
maka mudah lah musuh allah iaitu syaitan menyerang kita pada masa tu
dan itulah berhala pada zaman sekarang iaitu sesuatu yg kita sembah dan meletakanya tinggi didalam hati kita selain allah swt

marilah sama2 kita mengangkat kedudukan allah swt didalam hati kita dengan kembali mentauhidkan allah dihati setiap masa disamping menjaga yg fardu ...
inshaallah

Read more at http://mencariygbenar.blogspot.com/2011/07/berhala-dahulu-dan-berhala-sekarang.html#Xlq6ceUtdUJOXZbh.99

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah