Politik Matang
Hari ini 4 September 2012 dan bermakna telah lewat 4 hari Malaysia menyambut hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 55. Sekiranya dibandingkan umur seorang insan 55 tahun itu, pastilah insan itu seorang yang amat matang dan telah masuk di kalangan orang yang memberi nasihat dan menantikan masa untuk bersara.
Namun politik Malaysia jauh dari kematangan sebenarnya, jika dibandingkan dengan politik luar negara dan maju seperti Amerika Syarikat, England, Korea Selatan , Jepun dan India. Walau pun Malaysia sering mendabik dada Malaysia adalah terkedepan dari semua segi termasuk politik namun realitinya adalah sebaliknya. Mungkin sistem Politik Malaysia boleh disamakan dengan sistem politik Negara-Negara Afrika, Amerika Selatan dan negara-negara Asia Barat.
Soalnya apakah sebenarnya dimaksudkan politik matang? Banyak tafsiran berhubung politik matang dan tafsiran itu pula bergantung siapa pihak yang menafsirkannya. Kalau pemerintah yang manafsirkan maka politik Malaysia sekarang adalah matang dan bertamadun dan berstatus dunia. Manakala tafsiran pembangkang pula politik Malaysia adalah mundur dan sama dengan politik negara-negara Afrika terutamanya negara Zimbabwe. Tafsiran sebenarnya pastilah jelas kalau kita mengambil kira perjalanan politik di negara membangun seperti negara-negara eropah ataupun Jepun dan Korea selatan atau pun India. Walau pun masih terdapat kewujudan politik yang sedikit tidak matang namun ia jauh dari melepasi standard biasa politik matang.
Tafsiran kita sebagai orang awam dan bukan pakar politik bolehlah menafsirkan politik mtang ialah politik yang adil dan orang yang berpolitik tersebut adalah bertamadun dan mengutamakan kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. Bagi pemerintah mestilah menganggap pihak pembangkang sebagai rakan berpolitik dan bukan sebagai musuh yang patut dihapuskan. Pembangkang pula menganggap pemerintah sebagai rakan dan membangkang demi pemerintah memperbaiki cara pemerintahan dan jauh sekal menganggap pemerintah sebgai musuh mereka yang mesti dihapuskan. Umumnya berpolitik untuk kesejahteraan rakyat adalah diutamakan.
Begitulah yang terjadi di USA dan England. Peralihan kuasa pemerintahan dari parti Demokrat dan Republikan sering terjadi di USA tanpa mewujudkan huru hara dan mereka saling bersilih ganti meneraju pemerintahan. Pemerintahan yang diberi peluang memerintah selama 5 tahun untuk melaksanakan dasar sekiranya berjaya dengan dasarnya maka permintahan tersebut dikekalkan oleh rakyat namun sekiranya gagal pastilah pemerintahan lain pula akan mengambil alih. Begitulah juga terjadi di negara England, Eropah, Jepun, Korea dan India. Malaysia pula bagaimana? Kita pasti maklum apa yang telah terjadi di Malaysia.
Seharusnya kerajaan yang memerintah Malaysia perlu berlapang dada untuk mewujudkan politik matang di Malaysia. Merekalah yang berkuasa dan merekalah yang mesti memulakan langkah dahulu sebelum pembangkang pula mengikuti langkah politik matang pemerintah. Alasannya ialah segala aparatus dan sistem Politik negara dikuasai oleh pemerintah. Sehubungan dengan itu, merekalah yang berupaya merubahnya mengikut acuan politik matang. Tanpa langkah pertama dari pemerintah, pembangkang juga terpaksa menari mengikut rentak parti pemerintah dan yang akan menimpa risiko besarnya ialah rakyat jelata. Kesudahannya apa yang dikhuatirkan ialah Malaysia akan tertinggal bukan sahaj dari segi politik malahan ekonomi,pelajaran, teknologi dan segalanya dengan negara-negara lain . Adalah amat dikhuatiri Malaysia kelak menjadi negara yang tiada daya saing dan akan mengakibatkan Malaysia berdepan dengan inflasi, FDI yang rendah dan segal yang tidak menentu. Kini terpulanglah kepada pemerintah, pembangkang dan rakyat menentukan politik matang di Malaysia demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
Ulasan
Catat Ulasan