PELAJAR PEREMPUAN 15 TAHUN PANJAT TINGKAP RUMAH TEMAN LELAKI KERANA NAFSU...

Kegawatan umat Islam semakin parah terutamanya di negara bertuah Malaysia ini. Betapa gawatnya keimanan Umat Islam terus runtuh dan runtuh tanpa sesiapa pun yang peduli untuk memulihkannya atau berfikir bagaimana menghentikan kerendahan keimanan ini. Kita masih bertelagah hal-hal pemrintahan tetapi sepi untuk mencari jalan penyelesaian akan masalah yang sedang melanda dan semakin teruk dikalangan umat Islam. Apakah program-program yang kita jalankan untuk memulih umat yang sedang rosak ini? Atau kita tak peduli kerana yang terjadi adalah anak orang lain !!!! Sama-samalah kita renungkan dan mula berjuang untuk pemulihan umat ini !!! Petikan ceita di bawah adalah contoh kerosakan umat yang dilaporkan.......Banyak lagi yang berlaku yang tidak dilaporkan.......
 
TAMPIN – Hanya kerana mahu memadu kasih, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di bandar ini ponteng sekolah.

Tujuannya hanya kerana mahu menemui kekasihnya berusia 17 tahun di Kampung Keru, dekat sini, 13 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pelajar perempuan itu sanggup memanjat tingkap rumah kekasihnya bagi melampiaskan nafsu ketika umat Islam lain berpuasa.

Menurut sumber, ketika kejadian ibu remaja lelaki terbabit sedang tidur selepas bersahur dan langsung tidak menyedari kehadiran remaja perempuan itu yang masuk secara sembunyi melalui tingkap.

“Namun, perbuatan terkutuk remaja berkenaan disedari jiran tetangga setelah dia keluar dari rumah kekasihnya dari tingkap sama sekitar jam 1.30 petang.

“Susulan kejadian tersebut, ibu remaja perempuan berkenaan yang dimaklumkan mengenai perbuatan terkutuk anaknya itu mendesak anaknya menceritakan perkara sebenar sebelum akhirnya remaja perempuan itu menyatakan dirinya telah dirogol tetapi atas dasar suka sama suka,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan ibu mangsa membuat laporan polis pagi 23 Ogos lalu.

Katanya, siasatan polis telah membawa kepada penahanan suspek lelaki di rumahnya di Kampung Keru.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 13 Ogos lalu antara jam 7 pagi hingga 1.30 petang di rumah suspek dan mangsa pula dihantar ke Hospital Tampin (HT) untuk menjalani pemeriksaan.

“Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam (kelmarin). Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

“Oleh itu, saya tegaskan kepada mana-mana individu yang melakukan persetubuhan dengan remaja bawah umur walaupun atas dasar suka sama suka atau dengan kerelaan ia adalah satu kesalahan," katanya. - sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah