Berjaya Dari Perspektif Orang Berniaga


Mari kita kita baca dan mengambil beberapa maklumat sebagai panduan untuk kita bergerak kehadapan dalam alam perniagaan. Sesungguhnya 9/10 sumber rezeki itu berada di alam perniagaan. Pendapatan makan gaji cuma 1/10 dari sumber rezeki. Itulah sumber yang kita berharap dari tahun ketahun, tahun ke tahun. Kita perlu membuat langkah pertama untuk berjaya. Berfikir , bermenung dan terus menung tidak akan merubah apa-apa. Lebih baik tewas dengan mencuba daripada duduk diam dengan tidak berbuat apa-apa. Manalah tahu, bila rezeki kita sampai, booom berjayalah kita. Jangan lupa pulak rezeki itu dari Allah swt dan tidak lupa pula menginfakkannya pula kepada yang sangat memerlukan. Ikutlah falsafah Tan Sri Syed Mukhtar yang sentiasa menyedekahkan rezeki kepada orang yang memerlukan.
 
 
Jum kita teruskan pembacaan untuk motivasi dan maklumat bersama.................
 
Ini pulak sebuah artikel dari blog
Misteriousgrapersz
Pada orang yang berniaga, tahap kejayaan ialah apabila korang bergelar jutawan. Selagi belum bergelar jutawan, korang masih belum berjaya biar serajin mana pun korang berniaga. Seorang ahli perniagaan diukur pada kereta jenis apa yang dipandunya atau apakah dia dipandukan untuk ke mana2, rumah jenis apa yang didiaminya, sekerap mana dia pergi melancong.

Perspektif orang berniaga terhadap kejayaan sangat berbeza dengan orang akademik. Pada orang berniaga, apa guna kelulusan yang berjela-jela kalau pendapatannya ciput, tak seberapa, terhad pula tu. Falsafah orang berniaga, sijil tak ada pun tak apa asalkan duitnya banyak. Dalam hidup yang lebih diperlukan adalah duit bukan sijil. Duit boleh digunakan untuk semua keperluan sedangkan sijil hanya berguna untuk memohon pekerjaan. Seorang peniaga malah boleh menyediakan pekerjaan untuk orang akademik misalnya Tan Sri Dato Dr. Lim Kok Wing yang menubuhkan Universiti Limkokwing dan Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah yang menubuhkan Sunny Education Group.
Falsafah orang berniaga,
sijil tak ada pun tak apa
asalkan duitnya banyak.


Pada orang berniaga,
apa guna kelulusan yang berjela-jela
kalau pendapatannya ciput,
tak seberapa, terhad pula tu.

Yayasan Jeffrey Cheah menyaksikan pemindahan ekuiti bernilai kira2 RM700 juta milik Sunway Education Group yang bukan berasakan keuntungan, terdiri daripada Sunway University College, kampus Sunway Monash University, Sekolah Perubatan Jeffrey Cheah dan Sekolah Antarabangsa Sunway. Yayasan Jeffrey Cheah sebagai entiti bukan berasaskan keuntungan memastikan asset, dana dan lebihan operasi akan digunakan ke arah menyediakan pendidikan berkualiti kepada generasi masa depan.

Owh, alangkah hebatnya, menubuhkan yayasan bukan berasaskan keuntungan.

Bukankah perniagaan itu menjamin rezeki?
Jika jujur dan memang berniaga kerana Allah,
korang tak harus berhenti.


Lakukan
  1. Fikir kejayaan bukan kegagalan.
  2. Besarkan imaginasi kecilkan angan2.
  3. Bertindaklah jangan bercakap je.
Kekalkan
  1. Emosi yang stabil.
  2. Usaha yang berterusan.
  3. Doa pada setiap tindakan.
Elakkan
  1. Skim cepat kaya.
  2. Angan2 tanpa usaha.
  3. Mengkhianati manusia.
Tingkatkan
  1. Usaha sedia ada.
  2. Ilmu bantu dan minda cemerlang.
  3. Ibadah2 sunat.
Pastikan
  1. Semua kegagalan kecil bukan penghalang.
  2. Semua kegagalan kecil adalah kejayaan lebih besar.
  3. Semua halangan adalah membuka peluang.

Letakkan
  1. Diri korang ke puncaknya.
  2. Kejayaan korang adalah hadiah kegagalan silam.
  3. Hidup itu nikmat.

Dunia hari ini adalah untuk orang rajin, bukan lagi untuk orang yang malas lagi selesa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah