Rebranding Dakwah

sebuah arikel dari insan berdakwah....


“Mengapa usaha memahamkan generasi muda hari ini tentang dakwah mesti berbeza dengan usaha kepada generasi 10 atau 20 tahun yang lalu?” salah seorang peserta bertanya kepada saya.

Tajuknya adalah berkaitan dengan Penjenamaan Semula Dakwah (Rebranding Dakwah).

Soalan itu tepu dengan isu.

Kepantasan teknologi maklumat, sistem pengangkutan dan serba serbinya, menjadikan perbezaan umur 10 tahun itu cukup besar dan membentuk jurang generasi yang signifikan.

Saya menjawab soalan yang ditanya itu dengan cerita.


15 TAHUN YANG LALU

“Assalamualaikum” saya memberi salam.

“Waalaikum salang. Nok bercakap dengang siapa?” jawab seorang perempuan usia pertengahan dengan loghat Terengganu yang pekat.

“Dengan Shamsuding, mokcik. Anok Pok Amang!” saya membalas.

“Pukul berapa mu nok cakap?” tanya beliau lagi.

“Pukul 4, buleh dok mokcik?” saya cuba mencadangkan masa.

“Insya Allah. Mu telepong balik deh pukul empak!” jawab makcik berkenaan.

“Alhamdulillah. Terima kasih mokcik. Assalamualaikum” saya lega.

Mungkin dialog di atas menimbulkan kehairanan jika dibaca pada tahun 2009. Tetapi itu adalah perkara biasa yang pernah penulis alami 15 tahun lalu semasa mahu bercakap dengan seorang rakan yang tinggal di Marang. Hanya ada satu telefon awam sahaja di kampung berkenaan. Makcik yang rumahnya terletak di sebelah telefon ini, menjadi kenalan saya secara tidak langsung semata-mata kerana beliau menjadi orang tengah untuk saya bercakap dengan Syamsuddin.

SALING MEMERLUKAN

Kebanyakan aktiviti, memerlukan kita untuk saling perlu memerlukan, bertolong-tolongan serta berinteraksi antara satu sama lain. Tetapi suasana itu bukan lagi suasana yang mendominasi kehidupan masyarakat kita di tahun 2009. Khususnya di kalangan remaja. Jika dahulu, hanya ada satu radio kotak kayu di kampung, justeru untuk mendengar radio, semua orang harus bertemu, dan berkumpul. Interaksi berlaku.

Kini suasana itu digantikan dengan Ipod atau Walkman yang menyumbatkan telinga setiap pemilik untuk berada di dunianya sendiri, terpisah daripada segala yang berada di sekeliling. Ia membunuh interaksi. Jika dahulu, kebanyakan permainan yang menghibur petang kanak-kanak adalah permainan yang memerlukan mereka untuk bermain bersama-sama. Galah panjang, konda kondi dan banyak lagi. Ia merangsang interaksi. Interaksi adalah proses yang mengembangkan potensi pemikiran, emosi, fizikal dan spiritual seorang manusia. Kerana itu, bayi amat memerlukan kepada interaksi bersama ibu bapa dan manusia yang ada di sekitarnya. Seorang bayi yang dibesarkan tanpa interaksi yang memenuhi keperluan naluri ini, membesar dengan kecacatan jati diri yang serius.


Malah ketiadaan interaksi akan menghilangkan cermin bagi seseorang untuk meneroka potensi dirinya. Sama ada dirinya sentiasa ‘perasan bagus’ atau tenggelam dalam kelemahan kerana gagal mengeluarkan potensi diri yang sebenar.

“Souls are like athletes who need opponents worthy of them if they are to be tried and extended and pushed to the full use of their powers” – Thomas Merton

Interaksi inilah yang dibunuh oleh cara hidup semasa.

Justeru, Islam mengangkat interaksi dan pergaulan yang menjadi keperluan fisiologi, emosi, mental dan spiritual ini sebagai tuntutan agama. Interaksi dinobatkan sebagai amal yang afdhal bagi setiap Mukmin. Sabda nabi muhamad saw “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

IMPLIKASINYA

Implikasi kemunduran interaksi dan pergaulan amat melata.

Ia membentuk sikap tidak peduli (Aku Tidak Pedulisma?) dan amat mementingkan diri sendiri (self centered).

Bermula daripada terhakisnya hubungan sesama ahli keluarga, merosotnya kerukunan tetangga, hinggalah menjurus kepada sulitnya seruan dakwah dijadikan agenda kehidupan.

“Usaha untuk menjernihkan fikrah tentang dakwah, bukan lagi soal memberikan kefahaman kepada rakan-rakan kamu tentang dakwah, malah ia memerlukan satu usaha untuk mengubah cara hidup (lifestyle) amilin dakwah GEN-Y ini. Itulah cabaran besarnya!” saya menyimpulkan penjelasan.

Besar isunya.

Tamrin fikrah GENERASI IPOD bukan sekadar menghuraikan maksud dalil-dalil yang bercakap tentang dakwah. Tetapi merancang satu latihan amali yang boleh meyakinkan generasi muda ini untuk keluar daripada kepompong zon selesa mereka, ‘menyusahkan diri’ dengan mengambil peduli terhadap orang lain… iaitu sesuatu yang sangat bertentangan dengan apa yang telah didefinisikan sebagai kehidupan oleh GEN-Y ini.

“Macam mana caranya?” tanya peserta kursus amilin dakwah tersebut kepada saya.

“Saya tiada jawapan mudah. Tetapi apa yang saya lakukan sekarang kepada kalian, itulah sebahagian ikhtiar yang boleh dipertimbangkan,” saya menjawab.


Tetapi zaman berlalu dan permainan itu digantikan dengan Playstation. Jika di suatu ketika, Playstation II masih dimainkan sekurang-kurangnya dengan seorang regu, tetapi kini dengan kemunculan PSP, Playstation juga menjadi permainan peribadi yang mengheret pemiliknya masuk ke satu dunia yang terpisah daripada persekitaran. Ia membunuh interaksi. Sekarang interaksi itu terbantut lagi dengan penghasilan Ipad, Samsung galaxy note dan bermacam jenis teknologi yang mengasingkan manusia dari berinteraksi.

Satu kajian daripada US tentang impak Ipad terhadap masyarakat, mereka menyatakan masyarakat menjadi lebih individualistik, tidak menghiraukan orang lain dan hidup dalam dunia mereka sendiri....persaudaraan sesama keluarga menjadi lebih renggang, ramai orang lebih selesa hidup sendirian sambil melayan masyarat mereka dalam facebook, google plus, youtube, blogger....
Jadi para pendakwah seharusnya mendekati mereka dengan memasukkan diri dalam kelompok masyarakat siber mereka...hanya dengan itu sahaja dakwah dapat disampaikan supaya ikatan persaudaraan sesama islam menjadi lebih kukuh dan mesej-mesej dakwah dapat disalurkan pada orang bukan islam dengan lebih mudah.

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" - Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi...
Jadi Ayuh! semua...jalankan tanggungjawap kita berjihad di jalan Allah dengan berdakwah.

Dakwah bukan semata-mata kewajipan. Ia adalah wasilah memberi yang menghadiahkan makna hidup. Kepuasan. Dakwah bukan semata-mata akibat tekanan persekitaran dan segala faktor luaran. Tetapi ia adalah dakwah yang inside-out. Dakwah bukan stress, kerut dahi, bermuram durja, tetapi ia boleh ceria, mendamaikan juga menenangkan. Dakwah itu bisa menyeronokkan. Anda mampu menikmatinya.


Firman Allah yang bermaksud :
" Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara baik. Sesungguhnya TuhanMu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.".


Mulakan dengan mekanisma Solat Berjemaah!, share segala mesej-mesej dakwah dalam facebook, twitter, google plus dan punyailah blog dakwah anda sendiri....gunakan kreativiti anda dengan ilmu yang anda ada, sejarah kesilapan yang anda pernah lakukan untuk sampaikan mesej-mesej Islam, dan pengajaran...
Dekatilah generasi Y yang masih lagi muda dan mudah terpengaruh dengan alam sekitar yang semakin mencabar...Bukankah nabi sudah berpesan, sampaikan walau sepotong ayat...
kasihanilah mereka yang dahagakan pengisian rohani...
dekatilah mereka dengan cara yang hikmah...

Penyampaian cerita terutama yang berunsur pengajaran adalah satu daripada kaedah dakwah untuk menimbulkan rasa insaf seterusnya meningkatkan keimanan ke arah menyucikan akhlak supaya menjadi insan lebih baik. Ketika menyampaikan dakwah dan peringatan, kita harus mengemukakan kesempurnaan islam dengan lengkap dan menyeluruh tanpa memisahkan antara satu bahagian dengan bahagian yg lain sebab islam adalah penutup agama segala agama. Untuk mewujudkan cita-citadalam memperkenalkan dan mengembangkan dakwah, seorang da’I harus memiliki sifat-sifat asasi dan harus berpegang pada uslub atau cara yang benar dan baik dalam melaksanakan dakwahnya. Bedakwah dengan cara yang berhikmah dan mengikut uslub yang benar akan mendapat impak atau kesan yang positif daripada pandangan masyarakat. Antara kesan dakwah islamiyah kepada masyarakat ialah :

MENGUBAH SIKAP MASYARAKAT KEARAH KEPERIBADIAN YANG MULIA.
Berdakwah dengan berhikmah mampu mempengaruhi keperibadian masyarakat kearah kebaikan. Misalnya dari segi Adab, pendakwah boleh memberi pengetahuan kepada masyarakat dan memberi contoh dan teladan yang baik merujuk kepada sunnah Rasulullah SAW.

PENDEKATAN MASYARAKAT KEPADA ALLAH.
Kesan dakwah juga boleh membuat masyarakat dapat mendekatkan diri kepada pencipta yakni Allah SWT. Menyeru masyrakat pergi masjid,membaca Al-Quran dan membuat ceramah-ceramah agamah mengenai dakwah rasulullah SAW dan para sahabat ia mungkin mampu menarik Minat masyarakat untuk mengenal dan mendalami islam dan ia merupakan satu kesan yang amat positif.

MENGURANGKAN GEJALA SOSIAL
Pendekatan dakwah dalam gejala social juga mampu mengurangkan gejala social yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja. Pendakwah boleh member pengetauan kepada masyrakat mengenai tanggungjawab menegakkan yang makruf dan membasmi yang mungkar di kalangan masyarakat.

Sumber
Al Quran, Hadis
RUJUKAN:
- Fiqh Dakwah,jilid 1,Syaikh Musthafa Masyhur, Al-I’thishom Cahaya Umat.
- Fiqh Dakwah,jilid 2,syaikh Musthafa Masyhur, Al-I’thishom Cahaya Umat.
-Dakwah Gerakan Islam Alaf baru,Ahmad Redzuwan Mohd Yunus,Badlihisham Mohd Nasir,Berhanundin Abdullah,UKM1970.
http://saifulislam.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah