8 Pahala Besar yang Allah SWT telah tawarkan

 

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183262_463145163716709_75783523_n.jpg

Inginkah anda berada paling hampir di sisi Allah SWT ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Hamba Allah yang paling hampir dengan Allah SWT adalah ketika hamba yang sujud kepada Allah SWT, oleh yang demikian marilah kita memperbanyakkan sujud kepada Allah SWT dalam semua perkara- Kita sujud kepada Allah SWT disaat membina rumah tangga- Kita sujud kepada Allah SWT semasa melakukan perniagaan- kita sujud kepada Allah SWT semasa bertugas di pejabat- Kita sujud kepada Allah SWT semasa memakai pingat-pingat kebesaran/ciptaan manusia – Kita sujud kepada Allah SWT semasa meguruskan jenazah, segala-galanya kita mengharapkan keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT, kita tidak jadikan semua arahan Allah SWT sebagai peluang perniagaan dan memeras untung sesama umat Islam.

Inginkah anda pahala haji ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Menunaikan umrah semasa bulan Ramadhan mendapat pahala sebagaimana pahala haji.

Inginkah anda membina rumah di dalam Syurga ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa membina masjid untuk Allah, Allah SWT akan membina baginya sebuah Mahligai di dalam Syurga.

Inginkah anda keredhaan Allah SWT ?

Rasulullah SAW telah bersabda : sesiapa yang makan dan minum yang disertakan dengan pujian kepada Allah SWT akan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

Inginkah anda doa dimakbulkan ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Doa diantara azan dan iqamah tidak akan ditolak.

Inginkah anda mendapat pahala puasa selama setahun ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa berpuasa setiap bulan sebanyak 3 hari,maka dia akan mendapat pahala seperti berpuasa setahun.

Inginkah anda pahala sebesar bukit ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa berada disisi jenazah dan menunaikan solat jenazah keatasnya serta menguburkannya dia akan mendapat pahala seperti 2 Qirat, sahabat bertanya apakah itu 2 Qirat, Rasulullah SAW menjawab : 2 Qiraat adalah 2 bukit yang besar.

Inginkah anda bersahabat dengan Rasulullah SAW di dalam Syurga ?

Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa memelihara anak yatim dia akan bersahabat dengan Rasulullah SAW sebagaimana rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah