Agama Di Akhir Zaman Sentiasa Bertukar-Pagi Islam Petang Menjadi Kafir


http://upload.islam2all.com/Tempfiles/islam2all12637830832.jpg

Bersegeralah beramal soleh kerana fitnah akan berlaku seperti kegelapan malam, sehingga seseorang mukmin diwaktu pagi akan berubah menjadi kafir diwaktu petang, diwaktu petang bersifat mukmin dan menjadi kafir diwaktu pagi, sanggup menjual agama dan maruahnya dengan nilai-nilai dunia.

Semuanya telah berlaku dengan permainan dunia sekarang, seseorang sanggup melakukan apa sahaja, asalkan mendapat duit, sanggup berlakon menjadi warak dan alim kerana mencari habuan dunia… sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui, pasti Allah SWT mampu menilai harga keimanan seorang yang berlakon dengan Pejuang Islam yang sebenar

Betapa benarnya hadis nabi saw. Manusia bertopengkan Islam begitu lumrah dan acapkali mendabik dada sebagi pejuang Islam sebenarnya. Wal hal mereka adalah pejuang hawa nafsu dan jauh dari menyimpang akan untuk memertabatkan Islam. Dahulu berkokok ke sana ke mari   atas nama Islam, tetapi sekarang menjadi pencaci dan penfitnah tanpa rasa bersalah di hadapan Allah swt. Betapa benarnyanya nanti 70,000 ulama akan mengikut Dajal pada akhri zaman dan gambarannya telah Allah tunjukkan sekarang ini. Terserahlah kita untuk memilih jalan yang benar.........
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah