tips mengukuhkan kedudukan kewangan

 
Bayangkan….

Isteri anda adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan sedang sarat mengandung, bulan hadapan, anda akan menyambut cahaya mata anda yang ke-4. Sebagai satu-satunya pihak yang menjadi punca rezeki untuk keluarga, hari ini anda bangun tidur dan mula bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja.
Setibanya di tempat kerja, anda lihat rakan-rakan anda berkumpul di hadapan pintu gate tempat kerja anda. “Eh?” Kenapa nie? Pak guard tertinggal kunci pintu gate lagi ke?”… bisik hati anda.
“Kenapa nie wak? Pak guard tinggal kunci lagi ke?” anda bertanya kepada rakan sekerja anda yang umurnya sudah agak veteran sedikit.
“Tinggal kunci apanya?.. Kilang kita nie dah tutup!.. Dah Bangkrap!”.. ujar wak dengan nada sedikit tinggi
“Bangkrap?”

Jeng! jeng! jeng! (muzik latar dari filem p. ramlee)
 
 
Dalam kehidupan hari ini, ramai yang beranggapan, apabila mereka mempunyai satu pekerjaan, kedudukan kewangan serta kehidupan mereka akan “selamat dan terjamin”. Hakikatnya , untuk mendapatkan kedudukan kewangan yang kukuh dan lebih selamat, kita memerlukan beberapa perkara.

1) Memiliki Dana Kecemasan Yang Mencukupi.

Untuk mencari pekerjaan baru setelah diberhentikan kerja bukanlah sesuatu yang mudah pada hari ini. Hari ini diberhentikan kerja, esok dah boleh dapat kerja baru di tempat lain… ia tidak semudah itu. Selalunya ia akan mengambil masa antara 1-3 bulan untuk anda mendapatkan pekerjaan yang baru. Pada waktu-waktu begini, dana kecemasan menjadi sangat penting.

2) Memiliki Lebih dari satu punca pendapatan

Kebanyakkan orang hanya memiliki satu sahaja punca pendapatan, iaitu pekerjaan mereka. Jika sesuatu ancaman berlaku terhadap punca rezeki mereka yang satu ini seperti ,
  • dipecat kerana masalah disiplin diri
  • dibuang kerja kerana faktor pengurangan kos oleh pihak majikan,
  • dianiaya dan akhirnya dipecat akibat bahana politik pejabat
  • ditangkap dan dipecat kerana aktiviti salahlaku seperti, rasuah, penyalahgunaan kuasa , bunuh dan liwat
Maka, mereka akan terkapai-kapai dan kedudukan kewangan mereka akan berada pada tahap yang bahaya. Oleh itu, adalah amat penting untuk anda mempunyai pelbagai punca pendapatan di dalam hidup anda. Jangan terlalu bergantung kepada satu punca pendapatan (kerja makan gaji).

3) Mempunyai perlindungan kewangan yang mencukupi

Hidup ini tidak selalu cerah! Ada masa kita sihat dan ada masa kita sakit. Ada masanya kita gembira dan ada masanya kita bersedih. .
Rumah terbakar, kereta hilang, anak sakit, kemalangan jalan raya, masuk hospital, adalah beberapa contoh risiko dalam kehidupan yang bukan sahaja menganggu emosi dan fizikal, tetapi, turut juga menganggu kedudukan kewangan. Oleh itu, kita perlulah bersiap sedia dan menyediakan payung sebelum hujan. Insuran & takaful, adalah merupakan “alat” yang terbaik untuk menjadi “payung” bagi kedudukan kewangan kita. Walaupun payung itu tidaklah dapat menjamin kita sepenuhnya untuk tidak “basah” langsung , tapi sekurang-kurangnya, payung itu boleh mengelakkan kita dari basah kuyup (orang utara kata basah lencun kot?).

Jadi… mari kita sama-sama fikir-fikirkan, jika hari ini tiba-tiba syarikat tempat saya bekerja menutup operasinya dan saya dibuang kerja, bolehkah kewangan saya “survive”?

Bagi yang bekerja & berniaga sendiri, jika hari ini tiba-tiba perniagaan anda “bungkus” adakah kewangan anda masih boleh survive?

Akhir kata, simpan duit banyak-banyak, buat kerja/perniagaan part time (bagi makan gaji) , pelbagaikan cabang perniagaan (bagi yg berniaga) , buat sedikit pelaburan (hartanah & saham, bukannya skim cepat kaya, atau pelaburan internet) dan akhir sekali, jangan lupa beli insuran.

Ke arah kewangan yang sihat & selamat! (hmmm.. best juga slogan nie

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah