Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Tanda-tanda Lemah Iman

  1) Terus menerus melakukan dosa dan tidak merasa bersalah 2) Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca Al-Qur'an 3) Berlambat-lambat dalam melakukan kebaikan , seperti terlambat untuk melakukan shalat 4) Meninggalkan sunnah 5) Memiliki suasana hati yang goyah, seperti bosan dalam kebaikan dan sering gelisah 6) Tidak merasakan apapun ketika mendengarkan ayat Al-Qur'an dibacakan, seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukumanNya dan janji-janjiNya tentang kabar baik. 7) Kesulitan dalam berdzikir dan mengingat Allah 8) Tidak merasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah 9) Menginginkan jabatan dan kekayaan 10) Kikir dan bakhil, tidak mau membagi rezeki yang dikaruniakan oleh Allah 11) Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan, sementara dirinya sendiri tidak melakukannya 12) Merasa senang ketika urusan orang lain tidak berjalan semestinya 13) Hanya memperha...

Kata-kata nasihat Ibnu Qayyum

Imej
  Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya. Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.  

10 Peringatan Bumi

  Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara. 1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak. 2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku. 3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku. 4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku. 5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku. 6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku 7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku. 8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita. 9. Engkau hidup di dunia bersiramkan...

Selamat Jalan Kakakku...

Imej
28 September 2012 jam 9.15 pagi kakak kembali kepada penciptanya. Perjalanan di alam akhirat yang baru bermula.  Tiada harta dibawa bersama. Hanya doa dan amalan saja dibawa buat bekal untuk dipersembah di hadapan Allah swt. Tiada sebarang pesan sempat diberi kepada adik-adik yang pernah disayangi. Dahulu di  zaman kanak-kanak, akaklah pengganti emak tak kala emak dan abah sibuk dan tak menang tangan. Kini masanya telah tiba giliran  untuk akak mengikut langkah emak dan abah. Insya'allah kami yang ditinggalkan pasti akan mengekorinya selepas ini. Hanya waktu sahaja menjadi penentu. Semoga roh akak dirahmati allah dan akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang  soleh dan solehah. Amin Ya rabal alamin.

Pengalaman Bersama Ustaz PAS

Imej
  Sekitar tahun 1994, pihak pengurusan pejabat tempat aku bekerja mengarahkan aku memerhatikan perjalanan Kursus Khas Untuk Nelayan,di satu tempat di Kuala Terengganu. Satu syarikat di pilih untuk mengendalikan kursus berkenaan. Bila aku sampai di Pusat Latihan berkenaan barulah aku tahu bahawa kursus berkenaan dikendalikan oleh syarikat milik seorang ustaz yang memang terkenal di Lembah Kelang sebagai seorang Penceramah Bebas. Pada ketika itu beliau menyandang Yang DiPertua PAS di satu daerah di Lembah Kelang. Kedatangan aku di sambut baik oleh ustaz beserta beberapa orang temannya yang juga sebagai fasalitator kursus berkenaan. Aku amat memahami kerana ramai teman-teman di pejabat aku adalah penyokong kuat Parti Pas selain itu sebahagian ahli keluarga aku di Kedah pun sememangnya orang kuat parti berkenaan. Sepanjang perjalanan kursus berkenaan, peserta diterapkan dengan aktiviti kerohanian. Malah setiap peserta diwajibkan untuk solat 5 waktu. Setiap hab...

Wajah Yang Bercahaya

  Bagaimanakah ciri-ciri orang yang bakal masuk Surga atau masuk Neraka? Salah satunya digambarkan Allah lewat idiom cahaya. Orang-orang yang beriman dan banyak amal salehnya, kata Allah, akan memancarkan cahaya di wajahnya. Sebaliknya, orang-orang yang kafir dan banyak dosanya akan 'memancarkan' kegelapan. Hal itu dikemukakan olehNya di ayat-ayat berikut ini: QS Al Hadiid (57) : 12 "Pada hari dimana kalian melihat orang-orang beriman laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanannya." QS. Yunus (10) : 27 “… seakan-akan wajah mereka ditutupi oleh kepingan-kepingan malam yang gelap gulita, mereka itulah penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya.” Kenapakah orang-orang yang beriman dan banyak pahalanya memancarkan cahaya, sedangkan yang banyak dosa 'memancarkan' kegelapan alias kehilangan cahaya? Ini memang rahasia yang sangat menarik. Allah sangat sering menggunakan istilah cahaya di dalam Al Qur’an. Dia...

Kisah Luqman Al-Hakim - Pandangan Manusia Yang Berbeza

Pada suatu hari, Luqman al-Hakim dan anaknya pergi ke pasar di mana Luqman ingin memperlihatkan kepada puteranya perbadingan antara pandangan manusia dan pandangan Tuhan. Luqman dan anaknya membawa seekor keldai. Luqman naik ke atas keldai mengenderainya, sedangkan puteranya berjalan kaki mengiringi keledai tersebut. Waktu manusia melihat keadaan tersebut, maka mereka berkata, "Inilah orang tua yang tidak kasihan kepada anaknya. Dia bersenangan di atas keldai, sedangkan anaknya berjalan kaki." Maka Luqman menaikkan anaknya duduk di atas keldai bersama-sama dengannya. Luqman di depan anaknya di belakang. Tidak lama kemudian dilihat oleh manusia yang lain, mereka berkata, "Wah! Dua orang di atas keldai. Kenapa tidak dinaiki tiga orang sekaligus? (Supaya keldai cepat matinya)." Luqman pun turun dari keldai dan anknya sajalah yang berada di ats keldai itu. Tidak lama kemudian manusia yang lain berkata pula, "Wah! Orang tua berjalan kaki dan puter...

Ilmu Itu Cahaya, Jahil Itu Bahaya

  JANGAN BANGGA DAN SOMBONG, MERASA DIRI HEBAT! Di akhir zaman ini ramai dari kalangan ahli abid (mereka yang banyak amal ibadahnya) tertipu dengan banyaknya ibadah yang telah mereka lakukan. Perkara ini terjadi apabila si ahli abid melakukan setiap ibadah yang dikerjakannya tanpa merasakan perbuatan dan amalannya itu adalah dengan izin dan rahmat Allah jua. Tanpa keizinan Allah, tanpa rahmat dan kasih sayang Allah serta tanpa kudrat dan Iradah dari Allah SWT, kita semua lemah tidak mampu berbuat apa-apa. Kalau tidak kerana Allah SWT yang telah mengizinkan, jangan kata hendak menggerakkan lidah, malah duduk, bangun, rukuí, dan sujud menyembah Allah SWT pun kita tidak akan mampu lakukan. Maka patutkah kita merasa bangga dan sombong serta merasa hebat sekiranya kita berjaya dan berkebolehan dalam melaksanakan sesuatu amalan? Kalau kita mampu untuk bangun malam beribadah dan banyak melakukan solat sunat hingga kita menjadi abid, siapakah yang hebat? Kita hebatkah atau ...

Sayang Nabi: Dari Nurani Ke Demonstrasi

Imej
  Artikel dari laman web minda tajdid untuk bacaan .   Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA )   Innocence of Muslim adalah sebuah karya bangsat yang menjijikkan. Ini diakui oleh banyak pengkritik filem di Barat sekalipun. The New York Daily News menyebutnya sebagai “an obscenely inept vanity project” that is “far beneath any reasonable standard of movie-making” .   Saya tidak bersetuju apabila seorang MP DAP menyatakan demonstrasi aman bantahan terhadap filem ‘Innocence of Muslims’ hanya membuang masa umat Islam. Kenyataannya itu tidaklah begitu jauh dari ‘ fatwa ’ beberapa ahli agama muda UMNO yang mengharamkan semua jenis demonstrasi aman sekalipun untuk melahir bantahan penghinaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Pandangan mereka juga telah saya tidak setuju sejak dahulu.   Saya tidak pasti apakah tujuan MP DAP tersebut membuat kenyataan itu sedangkan PR sebelum ini berkempen untuk rakyat t...

RAHSIA MISI DAJJAL/FREEMASON DI TIMUR TENGAH

Imej
Sebuah artikel lama yang menarik sebagai bahan bacaan di hujung mi nggu. Muga-muga kita umat Islam sentiasa menjadi umat yang berfikir dan merenung untuk survival Islam dan umatnya.   Penulis: Ibnu Yaacob Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan. Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’. Benarkah Dajjal Perlukan Wang? Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya? Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan … “ Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan ” Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang 1. Imam Mah...

Agama Di Akhir Zaman Sentiasa Bertukar-Pagi Islam Petang Menjadi Kafir

Imej
Bersegeralah beramal soleh kerana fitnah akan berlaku seperti kegelapan malam, sehingga seseorang mukmin diwaktu pagi akan berubah menjadi kafir diwaktu petang, diwaktu petang bersifat mukmin dan menjadi kafir diwaktu pagi, sanggup menjual agama dan maruahnya dengan nilai-nilai dunia. Semuanya telah berlaku dengan permainan dunia sekarang, seseorang sanggup melakukan apa sahaja, asalkan mendapat duit, sanggup berlakon menjadi warak dan alim kerana mencari habuan dunia… sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui, pasti Allah SWT mampu menilai harga keimanan seorang yang berlakon dengan Pejuang Islam yang sebenar Betapa benarnya hadis nabi saw. Manusia bertopengkan Islam begitu lumrah dan acapkali mendabik dada sebagi pejuang Islam sebenarnya. Wal hal mereka adalah pejuang hawa nafsu dan jauh dari menyimpang akan untuk memertabatkan Islam. Dahulu berkokok ke sana ke mari   atas nama Islam, tetapi sekarang menjadi pencaci dan penfitnah tanpa rasa bersalah di hadapan Allah...

Apa Itu Aurat, Hijab, Jilbab Dan Niqab

Imej
Assalamualaikum...   Adalah suatu perkara yang indah jika seseorang itu berhijrah untuk memahami dan melaksanakan tuntutan berhijab. Namun dewasa ini perkara atau hukum hijab ini seolah-olah dianggap sebagai peredaran fesyen yang sekadar menjadi sebutan dan trend . Pihak yang memberi pengaruh dan ikutan semestinya dari golongan selebriti disebabkan oleh faktor populariti. Namun yang demikian, perkara hijab dan jilbab ini merupakan suatu tuntutan yang tidak boleh dipandang ringan. Apa yang merisaukan adalah pemahaman terhadap tuntutan ini disalah ertikan dengan pelaksanaan yang sarkastik semata-mata. AURAT Aurat merupakan istilah Arab yang bermaksud bahagian anggota badan yang wajib ditutup (haram jika dipamerkan) kepada orang asing (ajnabi) yang bukan muhrim. Diperjelaskan lagi, batas aurat juga merangkumi jenis pakaian yang tidak menonjolkan bentuk tubuh badan. Secara dasarnya dinyatakan bahawa batas aurat bagi lelaki adalah di antara pusat hingga ke ...