BAGAIMANA KITA MENYAMBUT RAMADHAN
Bagaimana
kita menyambut Ramadhan?
Oleh
Khairol
Amin (kamin@tm.net.my)
Ramadhan dianggap bulan
termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan
menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai
fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti
keimanan dan ketaqwaan. Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian
di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Risalah kali ini akan
memaparkan dua pesanan pilihan berkenaan cara kita menyambut
Ramadhan.
Pesanan Shaikh Abdul Aziz bin
Baz[1]
Firman Allah
Subhanahu wa Ta‘ala:
Wahai
orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu
berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu
daripada kamu,
moga-moga
kamu bertaqwa. [al-Baqarah
2:183]
Di dalam bulan puasa
seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal
diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga
memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di
antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh
seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi
sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.
Bulan Ramadhan adalah
bulan yang diutamakan, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan
Al-Quran (dalam bulan ini) dengan firmannya:
Bulan
Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia,
dan
menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)
perbezaan
antara
yang benar dengan yang salah.
[al-Baqarah
2:185]
Di dalam bulan Ramadhan
terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam sebagaimana
firman-Nya:
Sesungguhnya Kami telah
menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau
dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar
lebih baik daripada seribu bulan.
[al-Qadr
97:1-3]
Selain itu diampunkan
dosa-dosa yang lepas bagi mereka yang berpuasa dengan penuh iman dan azam. Abu
Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda:
Barangsiapa yang
berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh
Allah mengampun
dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam Lailatul
Qadar
dengan penuh iman dan
berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah
lalu.[2] [Shahih Muslim –
hadis no: 760]
Kewajipan berpuasa
(juga mengajar kita) menjaga diri daripada perbuatan mengumpat (ghibah),
mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan. Ia mencegah kita
daripada melakukan semua keburukan kepada memperbanyakkan membaca Al-Quran,
berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan amal
ibadat khusus pada 10 terakhir bulan Ramadhan.
Demikian beberapa
pesanan Shaikh Abdul Aziz bin Baz berkenaan hikmah dan keutamaan bulan
Ramadhan.
Pesanan Dr Ahmad Abu Halabiah - ahli majlis tertinggi fatwa Palestine[3]
Terdapat beberapa adab
yang perlu diperhatikan dalam bulan Ramadhan. Adab-adab tersebut
adalah:
Pertama:
Sabar ke atas musibah dan kecaman
yang menimpa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar kita
bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita
maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa...
sesungguhnya aku sedang berpuasa.”[4]
Kedua:
Digalakkan bertaqwa
kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana Ramadhan merupakan bulan
ketaqwaan sebagai
mana
firman-Nya:
Wahai orang-orang yang
beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan
keatas orang yang terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa.
[al-Baqarah
2:183]
Ketiga:
Menjaga diri daripada mengumpat
dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara
mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan, akan tetapi
pengharamannya diberi penekanan yang lebih jelas dalam
Ramadhan.[5]
Keempat:
Sentiasa mengingati
amalan agama, hal-ehwal sesama Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan
masalah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda:
Sesiapa yang tidak
memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan
mereka.[6]
Kelima:
Dalam bulan yang mulia
ini dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah
dan bebanan (tanggung-jawab) kita sebagaimana firman Allah Subhanahu wa
Ta‘ala:
Wahai
orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari
neraka
yang
bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu. [al-Tahrim
66:06]
Selain itu saya
menasihatkan diri saya dan semua saudara-saudara Islam agar dimanfaatkan bulan
Ramadhan dengan amalan-amalan yang baik berikut:
-
Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula menunaikan solat Jumaat dan menghadiri majlis ilmu.
-
Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.
-
Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.
-
Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.[7]
-
Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.
-
Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
-
Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.
-
Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:
Seorang muslim ialah
orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang
lain.[8]
Ulasan
Catat Ulasan