Imam Mahadi Jelmaan

Hari ini 10 Julai 2012 bersamaan hari Selasa. Tajuk berita penting akhbar terpampang akan kejadian "Imam Mahadi" jelmaan Malaysia mengamuk di depan Pejabat Perdana Menteri. Inilah kali pertama kejadian seperti mana ini telah berlaku.

Persoalannya mengapa perkara ini berlaku? Apa yang jelas "Imam Mahadi" ini pastinya seorang pesakit mental atau sedang menghadapi tekanan hidup yang melampau. Kesan dari kemajuan telah menghasilkan insan yang sedemikian rupa. Tidak payahlah kita semua berdolak dalih atau menghamburkan kata-kata yang tidak kurang banyaknya kepada semua. Jawapannya yang pasti ialah negara ini sedang menghadapi manusia yang berada dalam tekanan perasaan dan pesakit mental yang meningkat!

Beberapa kejian telah dibuat. Banyak kertas kerja telah dibentang. Namun kesannya masih tidak kelihatan. Masa berganti masa. Keadaan sama seperti biasa. Cuma menunggu masa dan saatnya untuk meledak kepada suatu tahap yang maksimum yang memungkinkan kita semua tersedar akan bahaya  perkembangan ini. Ketika saat itu berlaku, adakah kita semua sudah bersedia untuk menghadapinya??? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah