Shukur


Alhamdulillah shukur kepada ilahi kerana masih mengizinkan kita semua hidup di muka buminya dengan air hujan percuma, Oksigen percuma, ruang udara secara percuma, langit secara percuma, sinaran matahari secara percuma, cahaya bulan menerangi alam secara percuma dan umur kita secara percuma. Kesihatan tubuh badan juga percuma.

Nikmat besar yang diberikan kepada kita ialah Islam dan Iman. Tidak mudah seseorang insan memiliki Islam dan Iman. Tapi kita semua yang berugama Islam disebabkan baka, begitu bertuah memilikinya.


Bayangkan kalau Allah swt takdirkan kita lahir dari  kalangan bukan orang yang beragama Islam, mungkinkah kita mendapat hidayah dengan mudah ? Adakah kita akan jadi pilihan Allah swt? Bayangkan berapa bilion daripada penduduk muka bumi Allah ini adalah daripada kalangan mereka yang kufur dan tidak percayakan Allah yang satu? Lebih dari 4/5 penduduk dunia adalah dari kalangan manusia yang kafir. Kita dikalangan 1/5 penduduk dunia yang dilahirkan secara Islam pun ada juga yang murtad, munafik, fasik dan ahli maksiat !!! Adakah kita termasuk daripada mereka yang berbaki ??? Tepuk dada tanya diri sendiri. Kita pasti tahu jawapannya.

Sejauh manakah kita menjaga nikmat yang besar ini ? Adakah kita menjaganya sepenuh hati? Kita menjaganya secermatnya yang mungkin agar ia tidak terluruh dengan begitu sahaja? Sejauh mana amalan wajib kita laksanakan dengan sungguh-sungguh atau kita melakukan kerana terpaksa atau terbiasa tidak dengan keimanan yang tulus ikhlas? Bagaimanakah nasib kita didepan Allah kelak?

Marilah kita menginsafi diri dan kembali kepada ajaran Nabi Muhamad s.aw. Kembali taat kepada yang esa. Mengerjakan amalan wajib dan sunat secara ikhlas dan penuh dengan sungguh-sungguh.

Tinggal berbaki 4 atau lima hari lagi akan tibalah Ramadhan al Mubarak. Bulan yang penuh barakah dan luasnya pengampunan Allah swt. Mudah-mudahn kita dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk menjadi insan yang diredhai Allah. Gunakanlah bulan yang dihadiahkan oleh Allah swt kepada kita semua ini dengan sebaik-baiknya. Begitu besarnya kasih sayang Allah swt kepada makhluknya , lebih-lebih lagi kepada makhluknya yang beriman lagi taat. Mudah-mudahan kita termasuk dari kalangan yang diredhai Allah swt dan mendapat pengampunan daripada Nya dan digolongkan kita semua dari kalangan mereka yang beriman. Amin yarabal Alamin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah