Regim As-Sufyani akan bangun menerajui Syria menentang alMahdi

 

ke arah bangunnya asSufyani

Kekacauan sedang cuba dihidupkan diseluruh dunia terutama dunia Islam. Kenapa? Akibat dari kekalutan dan kecamukan yang berlaku, masyarakat menjadi tiada masa untuk fikirkan kecelakaan ciptaan Yahudi untuk dunia. Yahudi amat suka dengan apa yang berlaku dalam negara Islam sekarang termasuk dalam negara kita. Kita bergaduh sesama Islam, ia sesuatu yang cukup melucukan bagi mereka.

Bahagianya mereka melihat umat Islam berbunuhan sesama sendiri dan selepas ini akan terus mendendami antara satu sama lain. Pecah belah yang tidak mungkin akan dapat dipulihkan lagi sehingga akhir zaman.


REGIME CHANGE: Cuba fikirkan mengapa USA begitu sibuk mahukan Regime Change berlaku di seluruh negara Islam? Hanya di negara Islam!!! Mereka tak pernah berhenti dari melakukan "konspirasi" dan merancang supaya pemimpin negara-negara ini digantikan. Soalnya diganti dengan "siapa?". Mahukah USA menggantikan pemimpin sekarang dengan mereka yang tak seia sekata dengan mereka atau yang memihak kepada musuh mereka?

Yahuda, Nasara dan AsSufyani?

Jelas dan nyata ia akan digantikan dengan seorang pemimpin pro USA dan Israel. Umat Islam dipersenda dengan begitu buruk dan hina seolahnya hanya layak menjadi makanan mereka (mee segera?). Kini melalui pelbagai saluran, fitnah dilontar kepada dunia bahawa regim sekarang "zalim" dan perlu diganti.

Kita amat sangsi dengan dakwaan pengeboman dan pembunuhan rakyat awam di Syria itu semua adalah kerja tentera kerajaan. USA dan Yahudi sanggup meruntuhkan bangunan sendiri demi membangunkan prasangka ke atas musuh. Tidak mustahil taktik yang serupa diaplikasikan di Timur Tengah. Mereka mampu lakukan apa sahaja termasuk fitnah dan maklumat palsu. (Sebab itu kerajaan Najib tidak membenarkan tentera mengawal upacara BERSIH yang lalu dan anggota polis yang bertugas pula tidak dibenarkan membawa senjata api kerana Najib telah menghidu permainan ini).

Strategi propagandis mereka amat berjaya. Sehinggakan ada dikalangan umat Islam sendiri turut merelakan diri menjadi alat membantu sebar luaskan propaganda ini. Berkumandanglah Slogan "Perjuangan Rakyat", "Arab Spring", "Revolusi", "Kebangkitan Islam", "Reformasi", "Kebebasan Sejagat" dan "Kerajaan Zalim".

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah