Rezeki Kita Bukan Untuk Kita Seorang Sahaja


 
Rasanya semua orang di Malaysia pernah terserempak dengan saudara seperti ini. I watched from inside McD's play place, saudara ni mengetuk BMW, Merc, Camry dan kereta-kereta mewah sewaktu dengannya yang beratur di Drive thru. SATU JAM berlalu, matahari maki perit, tak sorang pun sudi beli.

Setelah pasang niat moga diberi kesempatan untuk membantu saudara ni sekadar yg mampu, I searched for him on my way out but couldn't find. Surprisingly he was near my car (on the other side of the drive thru lane) when I wanted to go home.

Kami berbual ringan, sambil diri ini terkial2 meletakkan anaqi di car seat, dan makanan tak habis McD di kaki seat. Dia terkejut saya boleh cakap kelantan, biarpun saya bukan dari kelantan. Keropok RM20/packet, kalau beli dua RM35 katanya. Sementara saya membuka purse nak keluarkan RM35, saudara ni sempat memberi nasihat, yang 'anak itu harto Allah bagi kat kito, keno jago memolek'. Dia mintak maaf bukan niat nak beri ceramah, saya kata tak perlu minta maaf, kita kena saling mengingatkan. Saya tanya abang ada anak? Anaknya 3 orang di kampung. Dia merantau mencari rezeki.

Bila saya bagitau saya nak beli 2 paket, dia tunduk mencari2, sy perasan bajunya dah byk bertampal-tampal. Kain jubahnya lusuh sekali. Maaf cakap, kalau dirumah saya dah jadi kain buruk. Hati ni tersentuh sgt2. Tetiba teringat Rasulullah saw, dan para sahabat. Agaknya macam ini lah pakaian mereka (Sayidina Umar diriwayatkan ada 14 tampalan di bajunya). Saya melihat dalam purse, ada duit RM50 sekeping. Saya beri padanya, dan bila dia nak bagi balance saya kata 'tak po lah abe, sedeqah sayo untuk anok2 abe.'

Dia terduduk. Terus sebak teresak2. Sy tergamam. Passerby started staring. Dalam sedu dia kata 'timo kasihlah dik. susohnyo nok cari rezeki untuk anok2...make minum pun tak tentu'...sebak sendunya makin kuat...Allah saja yang tahu apa yg dia rasa. Berejam di tengah panas, minta belas orang berada yang duduk dalam kereta aircond, tak seorang pun sudi membantu. Bukan minta sedekah, dia ikhtiar sekadar kemampuan dia.

Saya cuba beri seidikit peringatan buat dia dan diri saya. 'Jange sedih abe. Kito ado Allah, tak po lah kito miskin didunio pong, yg penting akhirat kito kayo. Biarlah kok oghre nok kato lagu mano pong, asalke Allah tok hino kito...sabar deh...Allah ado...cukuplah Allah buat kita abe...HasbiaAllah'

Dia masih sebak, saya tak tahan terus masuk kereta dan menangis sepuas-puasnya dalam kereta.

Anak2ku Amirul Shaqil Azmir & Shireen Ara Alyssa, kalau jumpa saudara kita yg berusaha keras mencari rezeki macam pakcik ini, bantulah sekadar mampu. Biarpun kita tak makan keropok yang dia jual, boleh je sedekahkan kat jiran ke, saudara mara ke, pak guard ke, hatta tol booth operator pun kita boleh bersedekah (kalau dah tak suka apa yg dijual). Tak makan bukan alasan untuk tidak membantu. Janji kita bantu pulihkan semangat yang menjual, untuk berusaha lagi mencari rezeki dengan cara yg halal. RM10-20 is nothing to us, but it could mean with or without rice for the day for them. Rezeki Allah bagi untuk kita agih-agihkan, bukan untuk disimpan sampai jadi gunung.

Berkongsi cerita bukan nak bermegah dgn RM15 yang saya sedekah, tapi untuk membuka mata hati diri ini 7 yg sudi membaca. Semoga Allah jauhkan diri ini, anak2, suami & semua umat dari sifat ujub & riak. Wallahua'lam.
-----------------------------------------------------

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah