eDomz

asia Fans

banner

PRODUK LUAR NEGARA UNTUK DIBELI

Isnin, 8 Oktober 2012

Allah Ajarkan Mencari Jalan Kembali

 

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.
 
Pagi ini daya yang saya perolehi sungguh kuat. Solat saya disambut lembut dan ia mengalir dan terus mengalir diikuti dengan rasa kebahagaian yang tak kan dapat saya ungkapkan. Tapi di saat ia datang, kita tahu. Allah datang dan menyapa dengan lembut. kedatanganNya dirasa. Pagi tadi adalah salah satu waktu yang saya lalui dengan saya merasakan kelembutan Allah menyapa. Airmata saya mengalir dengan deras sambil hati saya berkata Ya Allah, jangan tinggalkan saya lagi, Ya Allah, saya ingin sentiasa dekat sebegini dengan Engkau Ya Allah. Saya terus diam sambil merasakan kebahagiaan berada di dalam dakapan Allah. Berada di dalam genggamanNya, berada dekat denganNya. Saya tidak mahu keluar dari suasana itu, saya ingin tetap duduk di situ. Saya ingin tetap bersama Tuhan saya. Saya ingin terus tetapi berada dekat denganNya. Rasa kebahagiaan itu mengalir terus, terus, terus dan airmata saya terus mengalir deras. Ya Allah, sudah beberapa hari ini saya kehilangan rasa ini dengan saya termangung-manggu kemana hilangnya.
Sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah, sangat indah tak terperi bila disambut Allah. Sangat bahagia tak terungkap kelembutan Allah menyapa dengan penuh kasih sayang. Betapa sungguh kasih Allah yang mengalir di dalam diri tak kan dapat ditandingi biar 100 billion ibu bersatu mengalirkan kasih sayang. Saya tidak mahu kepada yang selainNya. Saya tidak mahu pada wang bergunungpun, saya tidak mahu pada rumah sebesar istana Balqis pun, saya tidak mahu peminat seluruh dunia pun. Cukuplah saya punya Allah, cukuplah saya dapat dekat dengan Allah, cukuplah saya dikasihi Allah. Nikmat tak terperinya.
Beberapa hari sebelum ini saya tahu solat saya tidak khusyuk, saya tahu saya tidak bertemu dengan Allah di dalam solat. Saya pelik dan mencari di mana salah saya di mana kesilapan yang saya lakukan. Saya perhatikan makanan saya, saya perhatikan gerak laku saya. Tidak jumpa. Buntu. Justeru, saya mohon pada Allah untuk memberi petunjuk kepada saya.
Pagi ini alhamdulillah kehadiran Allah saya dapat kembali. Saya merasakan seluruh dunia dan khazanahnya saya perolehi malah yang saya dapat lebih dari itu. Itulah nilai yang tak terharga bila ada rasa bertemu Allah dan saya tidak mahu melepaskan ini untuk yang lain-lain. Saya menganalisa aktiviti-aktiviti yang saya lakukan sebelum pagi ini hingga mendapat ridho Allah. Ini sangat penting sahabat agar kita tahu jalan kembali pada Allah sekiranya satu hari kita hilang lagi ridho Allah, rasa hati resah, rasa hati kosong dan kita mampu mencari jalan kembali kepada Allah.
 
Saya tidak bercadang untuk menceritakan apa aktiviti-aktiviti yang saya lakukan. Hanya cukup sekadar sharing di sini adalah apabila kita kembali mendapat ridho Allah setelah beberapa hari kita merasa Allah jauh dari kita, segeralah membuat analisa apa yang kita lakukan sebelum itu agar kita dapat melakukannya kembali sekiranya satu hari kita putus lagi dengan ALLAH. Itulah yang saya lakukan mengikut kefahaman yang saya dapat pagi tadi. Kesimpulannya saya mencadangkan kepada sahabat sekelian, di saat kita merasa putus dengan ALLAH segeralah lakukan beberapa perkara ini:-
1. Berdoa segera pada Allah untuk memberikan petunjuk
2. Berpuasa
3. Memberi sedekah atau berbuat baik pada orang lain
4. Belajar Ilmu mendekatkan diri dengan ALLAH
5. Beramal dengan memperbanyakkan 'diam' iaitu jasadnya diam tapi jiwa disambung ke ALLAH seperti amalan Iktikaf.
Sekian, semoga kita menjadi orang yang sentiasa DEKAT dengan ALLAH dan sentiasa mendapat ridhoNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Follow by Email