6 Larangan Rasulullah SAW

 

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/167618_137825252947485_4307627_n.jpg
Dari Warrod dia berkata, “Muawiyah (r.a) pernah menulis kepada Al-Mughirah bin Syu’bah r.a, ‘Tulislah kepadaku tentang apa yang pernah engkau dengar dari Rasulullah saw’.”
“Al-Mughirah lalu menulis, ‘Rasulullah saw melarang dari perkataan;
 
a). Si fulan mengatakan begini dan begitu,
b). Mensia-siakan harta,
c). Banyak bertanya,
d). Tidak mahu memberi tetapi meminta,
e). Derhaka kepada kedua orang tua dan
f). Mengubur anak perempuan hidup-hidup’.” [0297] Riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad. Juga terdapat dalam Muslim.
Antara Pengajaran :

1. Jangan sesekali malu menuntut ilmu. Kadangkala kita menyangka kita sudah berilmu, tetapi sebenarnya orang yang berilmu itu sentiasa dahagakan ilmu.
 
2. Menulis dapat menguatkan ingatan.
 
3. Mengenai enam larangan Rasulullah saw di atas;
 
a). Si fulan mengatakan begini dan begitu : Haramnya bergosip, mengumpat dan menyebarkan apa sahaja yang didengarnya tanpa mengetahui kesahihan sesuatu perkara itu. Lebih-lebih lagi orang yang menyampaikan sesuatu hadith tanpa mengetahui statusnya walaupun ia keluar dari mulut seseorang yang bergelar ustaz.
 
b). Mensia-siakan harta : Larangan bersikap boros dan membelanjakan kepada sesuatu yang tidak bermanfaat dan berunsur maksiat. Sekiranya harta itu disedekahkan, maka ia lebih baik.
 
c). Banyak bertanya : Bertanya perkara yang tidak bermanfaat atau berbaur provokasi atau menyakitkan hati seperti bertanya mengenai perkara-perkara ghaib, pertanyaan untuk melarikan diri dari hukum syariat dan sebagainya.

d). Tidak mahu memberi tetapi meminta : Orang yang tidak mahu berzakat dan bersedekah kerana terlalu bakhil malah menuntut pula sesuatu harta yang bukan haknya seperti menolak faraidh dan seumpamanya.
 
e). Derhaka kepada kedua orang tua : Sedia maklum.
 
f). Mengubur anak perempuan hidup-hidup : Larangan membunuh anak jika tidak menyukainya. Larangan ini berterusan dari zaman jahiliyyah hingga ke zaman kita ini. Jelas sejak akhir-akhir ini bukan sahaja anak perempuan, malah anak lelaki juga telah dibunuh. Mereka tidak menguburkannya, tetapi dibuang di tempat sampah, longkang, semak dan pelbagai tempat lagi. Lebih mudah lagi, ada yang mencampakkan sahaja dari dalam rumah ke luar rumah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah