Matikan lampu ketika tidur, tinjauan Sains dan pesanan Rasulullah SAW
Semakin malam semakin gelap
tubuh kita akan merasa lelah dan mengantuk. Ini jelas wajar, sintesis dan
sekresi hormon melatonin oleh kelenjar pineal meningkat seiring dengan
semakinnya malam.
Hormon inilah yang
menyebabkan kita menjadi mengantuk di malam hari. Fungsi dari rasa kantuk adalah
sebagai isyarat positif tubuh agar segera mengistirahatkannya. Hormon yang
mempengaruhi irama sirkadian ini kemudian akan menyesuaikan sehingga terjadi
penyegerakan antara kitaran tidur dengan kitaran pergantian siang dan malam di
alam sekitar.
Dari
Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda:
"Matikanlah
lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu,
bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan
Muslim)
Seorang
biolog, Joan Roberts mencari rahsia setelah melakukan percubaan pada haiwan.
Ketika haiwan tersebut diberi cahaya buatan pada malam hari, melantonin nya
(salah satu hormon dalam sistem kekebalan yang mampu memerangi dan mencegah
berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser prostat) menurun dan
sistem kekebalan tubuhnya lemah.
Rupanya,
cahaya Lampu - seperti juga TV - menyebabkan hormon menjadi sangat lelah.
Keadaan malam yang gelap diam-diam bekerjasama dengan tubuh. Hanya dalam keadaan
yang benar-benar gelap tubuh menghasilkan melantonin. Sebaliknya, tidur dengan
lampu menyala di malam hari - sekecil apapun sinarnya menyebabkan Pengeluaran
hormon melantonin terhenti.
Tidur
yang berkualiti dalam erti bahawa dalam selang masa selama kita tidur, otak kita
benar-benar dalam keadaan berehat. Sinar cahaya saat kita tidur menjadikan
kualiti tidur kita kurang baik, ini kerana sinar tersebut masih berperanan
sebagai perangsang stimulator kerja otak.
Secara
ilmiah, cahaya yang ada dalam bilik tidur akan menembus sampai bahagian mata
kita walaupun dalam keadaan terlelap, sinar tersebut akan memasuki bilik
stimulator yang nantinya direspon oleh otak. Dengan kata lain walaupun mata kita
terpejam, tetapi jika ada cahaya yang bersinar maka otak kita akan bekerja untuk
bertindak balas atau mengartikan cahaya yang masuk tersebut.
Tidur
yang berkualiti di malam hari merupakan usaha pengoptimuman dalam detoksifikasi
untuk meneutralkan toksin yang mengontaminasi tubuh. Detoksifikasi tubuh,
terjadi terutama pada hati, tercapai optimum saat tidur. Mekanisme tersebut
berkaitan erat dengan diproduksinya antioksidan sebagai penetral toksin. Pada
tidur yang berkualiti, detoksifikasi hati dapat berjalan optimum, khususnya
dalam pembentukan asid amino glutathione sebagai antioksidan yang meneutralkan
stres oksidatif dan radikal bebas.
Mencegah
Kanser Payudara
Tidur
malam dalam bilik yang gelap benar-benar bermanfaat buat tubuh. Ahli biologi
Joan Robert mengatakan tubuh baru boleh menghasilkan hormon melatonin ketika
tidak ada cahaya. Hormon ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu
memerangi dan mencegah berbagai penyakit termasuk kanser payudara dan kanser
prostat.
Malangnya,
hormon melatonin ini tidak akan muncul jika orang tidur malam hari dengan lampu
menyala. Adanya cahaya atau sinar membuat pengeluaran hormon melatonin akan
berhenti.
Dengan
mematikan lampu ketika tidur malam hari, bukan hanya menjimatkan tenaga tetapi
juga meningkatkan kesihatan tubuh. Maka itu tidur malam sambil nonton TV juga
sangat tidak disyorkan.
Pengamal
kesihatan yang lain, Lynne Eldridge MD yang juga penulis buku 'Avoiding Cancer
One Day At A Time' juga menuliskan perempuan buta 80 peratus lebih kecil terkena
risiko kanser payudara berbanding rata-rata perempuan lain. Diduga faktor hormon
melatonin yang banyak ditubuhnya kerana penglihatan yang gelap membuatnya punya
daya tahan tubuh yang lebih tinggi.
Pentingnya
tidur malam hari dengan mematikan lampu baru-baru ini juga diteliti oleh para
saintis dari Inggeris dan Israel. Penyelidik mendapati ketika cahaya dihidupkan
pada malam hari, boleh menyebabkan ekspresi berlebihan dari sel-sel yang
dikaitkan dengan pembentukan sel kanser.
Para
saintis mendakwa jika seseorang terbangun di malam hari dan menyalakan lampu
selama beberapa saat, maka boleh menyebabkan perubahan biologi yang mungkin
mengarah ke kanser.
Jika
pada penelitian sebelumnya tidur malam dengan lampu terang dikaitkan dengan
peningkatan risiko kanser payudara dan kanser prostat. Maka pada penelitian
terbaru ini menunjukkan paparan jangka pendek juga boleh dikaitkan dengan
peningkatan risiko kanser.
"Orang-orang
yang bangun di malam hari disyorkan untuk tidak menyalakan lampu. Kami percaya
bahawa setiap kali menyalakan cahaya buatan pada malam hari akan mempunyai kesan
pada biologi tubuh, kerana ini adalah mekanisme yang sensitif," ujar Dr Rachel
Ben-Sclomo dari University of Haifa.
Dr
Rachel menambah bahawa ini adalah penemuan terbaru dan masih sebatas penelitian
pendahuluan. Namun kini ia dan pasukan tengah menganalisa wilayah ini secara
lebih terperinci. Keputusan ini juga telah dilaporkan dalam jurnal Cancer
Genetics and Cytogenetics.
Anak-anak
yang tidur dengan lampu menyala berisiko mengidap leukemia.
Para
saintis mendapati bahawa tubuh perlu suasana gelap dalam menghasilkan bahan
kimia pelawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu toilet, begadang,
mengembara melintas zon masa, lampu-lampu jalan boleh menghentikan pengeluaran
zat melatonin.
Tubuh
memerlukan zat kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan zat melatonin
tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah
pertumbuhannya.
Prof.
Russle Reiter dari Texas University yang mengetuai kajian tersebut mengatakan
"Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit. Otak anda akan
mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengeluaran zat melatonin menurun
".
Jumlah
anak-anak pengidap leukimia naik menjadi dua kali ganda dalam kurun 40 tahun
terakhir. Sekitar 500 anak muda di bawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit
ini setiap tahun dan kira-kira 100 orang meninggal.
Sebuah
persidangan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa
orang menderita kanser akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur dimalam
hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
Hal
ini menekan pengeluaran melatonin di mana biasanya terjadi antara pukul 21.00 9
s / d pukul 20.00. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang
yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift yang mempunyai risiko
terkena kanser payudara.
Pada
kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah kepada melatonin mempunyai risiko
yang lebih rendah menghidap kanser. Maka orang-orang tua disyorkan utk
menggunakan bola lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya
takut pada kegelapan.-DI
Ulasan
Catat Ulasan