Kengerian Hari Kiamat
Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Aisyah
r.a. berkata: "Saya tanya kepada Rasullullah s.a.w., Apakah yang cinta itu ingat
pada kekasihnya pada hari kiamat?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Adapun ditiga
tempat (masa) maka tidak ingat iaitu ketika ditimbang amal sehingga diketahui
apakah ringan atau berat, ketika menerima lembaran catatan amal (suhuf) sehingga
ia terima imma dari kanan atau dari kiri dan ketika keluar dari neraka
ular naga lalu mengepung mereka dan berkata "Aku diserahi tiga macam: Orang
mempersekutukan Allah s.w.t. dengan lain Tuhan, dan orang yang kejam, penentang,
zalim dan orang yang tidak percaya pada hari kiamat (hisab), maka diringkus
semua orang-orang yang tersebut itu lalu dilemparkan semuanya dalam neraka
jahannam, dan diatas neraka jahannam itu ada jambatan yang lebih halus dari
rambut dan lebih tajam dari pedang, sedang dikanan kirinya bantolan dan
duri-duri, sedang orang-orang yang berjalan diatasnya ada yang bagaikan kilat,
dan bagaikan angin kencang, maka ada yang selamat, dan ada yang luka terkena
bantolan duri, dan ada yang terjerumus muka kedalam neraka."
Abul-Laits meriwayatkan dengan
sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Diantara
dua kali tiupan sangkakala itu jarak empat puluh tahun (Tiupan untuk mematikan
dan membangkitkan semula). Kemudian Allah s.w.t. menurunkan hujan air bagaikan
mani orang lelaki, maka timbullah orang-orang mati bagaikan timbulnya tanaman
(sayur-sayuran)."
Abul-Laits juga telah
meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w.
bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah
s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia
meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan."
Saya bertanya: "Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?" Jawab Rasullullah
s.a.w.: "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya bertanya lagi: "Bagaimana besarnya?"
Rasullullah s.a.w. menjawab: "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang
mengutuskanku sebagai Nabi s.a.w. besar bulatannya itu seluas langit dengan
bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali iaitu pertama Nafkhatul faza'
(untuk menakutkan), Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan) dan
Nafkhatul ba'ats (untuk menghidupkan kembali atau
membangkitkan)."
Dalam riwayat Ka'ab hanya dua
kali tiupan, iaitu mematikan dan membangkitkan. Firman Allah s.w.t. yang
berbunyi: "Wa yauma yunfakhu fafazi'a man fissamawati waman fil ardhi illa
man sya Allah (Yang bermaksud) Dan pada hari ditiup sangkakala maka
terkejut takut semua yang dilangit dan yang dibumi, kecuali yang dikehendaki
oleh Allah. (Surah Annamel : 87)
Dan pada saat itu tergoncangnya
bumi, dan manusia bagaikan orang mabuk sehingga ibu yang mengandung gugur
kandungannya dan yang meneteki lupa terhadap bayinya, dan anak-anak segera
beruban dan syaitan-syaitan laknatullah berlarian. Maka keadaan itu berlaku
beberapa lama kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala
kedua.
Firman Allah s.w.t. yang
berbunyi: "Wa nufikhafishshuri fasha'iqa man fissamawati waman fil ardhi illa
man sya Allah. Tsumma nufikha fihi ukhra fa idza hum qiyamun yandhurun.
(Yang bermaksud) Dan ketika ditiup sangkakala maka matilah semua yang
dilangit dan bumi kecuali yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup lagi,
tiba-tiba mereka bangun dan melihat. (Surah Azzumar : 68)
Mereka yang dikecualikan itu
ialah roh orang-orang yang mati syahid, Jibrail, Mika'il, Israfil dan
Hamalatul arsyi serta Malaikatmaut, sehingga ketika ditanya oleh
Allah s.w.t: "Siapakah yang masih tinggal dari makhlukKu?" Padahal Allah
s.w.t. lebih mengetahui. Jawab Malaikatmaut: "Ya Tuhan, Engkau yang
hidup, yang tidak mati, tinggal malaikat Jibril, Mika'il, Israfil,
Hamalatul arsyi dan aku." Maka Allah s.w.t. menyuruh Malaikatmaut
mencabut roh mereka.
Riwayat Muhammad bin Ka'ab dari
seorang dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Kemudian Allah s.w.t. berfirman:
"Harus mati Jibril, Mika'il, Israfil dan juga Hamalatul arsyi." Kemudian
Allah s.w.t. bertanya: "Hai Malaikulmaut, siapakah yang masih tinggal
dari makhlukKu?" Jawab Malaikulmaut: "Engkau Dzat yang hidup yang tidak akan
mati, tinggal hambamu yang lemah, Malikulmaut." Firman Allah s.w.t.: " Hai
Malaikulmaut, tidakkah kau mendengar firmanKu: "kullu nafsin dza'iqatul maut.
(Yang bererti) Tiap makhlukKu, Aku jadikan engkau untuk tugasmu itu, dan
kini matilah engkau." Maka matilah Malaikulmaut diperintah mencabut nyawanya
sendiri, maka ia sendiri, tiba-tiba ia menjerit, yang andaikata waktu itu
makhluk lain masih hidup nescaya mereka semua akan mati kerana jeritan
Malaikulmaut itu, lalu ia berkata: "Andaikan saya mengetahui bahawa pencabutan
roh itu seberat ini nescaya aku akan lebih lunak ketika mencabut roh-roh orang
mukmin." Kemudian matilah Malaikulmaut dan tiada tinggal satupun dari makhluk
Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman kepada dunia yang rendah
ini: "Dimanakah raja-raja dan putera-putera raja, dimanakah raksasa-raksasa
dan putera-putera raksasa yang makan rezekiKu tetapi menyembah lainKu."
Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Limanil mulkil yaum?
Lillahilwahidil qahhar." (Yang bermaksud) Siapakah yang mempunyai hak
milik pada hari ini?. Pertanyaan ini tidak ada yang menjawab, maka Allah
s.w.t. sendiri menjawab: "hanya bagi Allah yang tunggal dan memaksa
segala sesuatu."
Kemudian Allah s.w.t.
menyuruh langit menurunkan hujan bagaikan air mani lelaki selama empat puluh
hari, sehingga air telah mengenang diatas segala sesuatu setinggi hasta, maka
Allah s.w.t. menumbuhkan makhluk bagaikan tumbuhnya sayur-sayuran sehingga
sempurna kerangka badannya sebagaimana semula dahulu, kemudian Allah s.w.t.
menyuruh (berseru): "Hiduplah hai Israfil dan Hamalatularsyi." Maka
hiduplah mereka. Lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meletakkan sangkakala
dimulutnya, lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniupnya untuk membangkitkan,
maka keluarlah roh-roh bagaikan lebah telah memenuhi angkasa antara langit dan
bumi, lalu masuklah roh itu kedalam jasad didalam hidung, maka bumi mengeluarkan
mereka.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Saya pertama orang yang keluar dari bumi." Dalam lain hadis: "Sesungguhnya
Allah s.w.t. jika telah jika telah menghidupkan Malaikat Jibrail, Mika'il,
Israfil, maka mereka pergi kekubur Nabi Muhammad s.a.w. membawa buraq dan
perhiasan-perhiasan syurga, maka terbuka bumi untuk Baginda Rasulullah s.a.w.
dan ketika melihat Jibril segera bertanya: "Ya Jibril, bagaimana ummatku?
(Apakah yang diperbuat oleh Allah s.w.t. terhadap ummatku?) Jawab Jibril:
"Terimalah khabar gembira, kerana kau pertama yang kuluar dari bumi." Kemudian
Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala, tiba-tiba serentak mereka
bangkit melihat keadaan.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan:
"Maka keluarlah mereka dari kubur mereka dalam keadaan telanjang bulat, menuju
kepada Tuhan mereka , kemudian berhenti disuatu tempat selama 70 tahun, Allah
s.w.t. membiarkan mereka, tidak melihat atau memutuskan keadaan mereka, mereka
menangis sehingga habis air mat, dan mengeluarkan darah dan peluh sehingga
banjir sampai kemulut, kemusian mereka dipanggil ke Mahsyar, mereka
keburu-buruan menuju panggilan itu, maka apabila telah berkumpul semua makhluk,
jin, manusia dan lain-lainnya, tiba-tiba terdengar suara yang keras dari langit,
maka terbuka langit dunia dan turun daripadanya sepenuh penduduk bumi dari para
Malaikat, dan mereka langsung berbaris, lalu bertanya: "Apakah ada diantara kamu
yang membawa perintah Tuhan untuk hidab?" Dijawab: "Tidak ada." Kemudian turun
ahli langit kedua dan berbaris pula, kemudian turun prnduduk langit ketiga, dan
seterusnya sampai langit ketujuh, masing-masing berlipat dari yang sebelumnya
dan semua Malaikat itu melindungi penduduk bumi."
Abul-Laits meriwayatkan dengan
sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. akan
menyuruh langit dunia maka terbelah dan mengeluarkan semua Malaikat yang ada
didalamnya, maka turun semuanya dan mengepung bumi dengan apa yang ada dibumi,
kemudian langit kedua dengan isinya, kemudian yang ketiga dengan isinya,
kemudian keempat dengan isinya, kemudian kelima dengan isinya, kemudian keenam
dengan isinya sehinggalah merupakan tujuh barisan Malaikat, setengahnya dikepung
oleh setangahnya, sehingga penduduk jika pergi kemana sahaja mereka mendapati
tujuh berisan Malaikat itu seperti mana firman Allah s.w.t.: "Ya ma'syaral
jinni wal insi inis tatha' tum an tanfudzu min aqtharissamawati wal ardhi fan
fudzu la tanfudzuna illa bisulthan." (Yang bermaksud) "Hai para jin dan
manusia jika kamu dapat menembus langit dan bumi, maka silakan menembusnya. Dan
kamu tidak akan menembusnya kecuali dengan kekuatan."
Firman Allah s.w.t.
lagi: "Wayauma tasyaqqaqussama'u bil ghomami wanuzzilal malaikatu tanzila."
(Yang bermaksud) "Dan pada hari terbelahnya langit dengan awan, dan
diturunkan para Malaikat dengan seketika."
Abu Hurairah r.a. berkata:
"Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman: "Hai
para jin dan manusia, aku nasihatkan kepadamu, sesungguhnya yang tercatat dalam
lebaran hanya amalmu sendiri, kerana itu siapa yang mendapatkan didalamnya
kebaikan, hendaklah mengusapkan : Alhamdulillah dan siapa yang mendapat lain
dari itu, maka jangan menyalahkan yang lain kecuali dirinya sendiri. Kemudian
Allah menyuruh jahannam, maka keluar daripadanya binatang yang panjang mengkilat
gelap lalu berkata-kata. Maka Allah berfirman: "Alam a'had ilaikum ya bani Adama
alla ta'budusy syaithana innahu lakum aduwwun mubin. Wa ani'buduni hadza
shiraatum mustaqim. Walaqad a adholla minkum jibilla katsiera afalam takuni
ta'qilun. Hadzihi jahannamullati kuntum tu'aduun. Ish lauhal yauma bima kuntum
takfurun. (Yang bermaksud) Tidak Aku telah berpesan kepadamu: Jangan
menyembah syaitan, sesungguhnya ia musuhmu yang nyata-nyata. Dan sembahlah Aku.
Inilah jalan yang lurus. Dan ia telah menyesatkan ummat-ummat yang banyak dari
kamu. Apakah kamu tidak berakal (berfikir) dan menyedarinya. Inilah
neraka jahannam yang telah diancamkan (Peringatan) kepadamu. Masuklah
kamu kini, oleh sebab kekafiranmu."
Maka pada saat itu bertekuk lutut tiap-tiap ummat, sebagaimana firman Allah
s.w.t.: "Wa tara kulla ummatin jatsiyatan kullu ummatin tud'a ila
kitabiha." (Yang bermaksud) Disini kamu melihat tiap-tiap ummat
(orang) bertekuk lutut, tiap ummat dipanggil untuk menerima suratan
amalnya." Lalu Allah s.w.t. memutuskan pada semua makhlukNya. Dan
antara binatang-binatang buas atau ternak, sehingga kambing-kambing yang tidak
bertanduk diberi hak membalas kambing yang bertanduk, kemudian diperintahkan
menjadi tanah semua binatang-binatang itu. Dan disaat itu orang kafir berkata:
"Aduh sekiranya aku menjadi tanah." Kemudian Allah s.w.t. memutuskan antara
semua hambaNya.
Nafi' dari Ibn Umar r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Manusia akan
dibangkitkan kembali kepada Tuhan pada hari kiamat, sebagaimana keadaan mereka
ketika dilahirkan dari perut ibunya telanjang bulat. Siti Aisyah berkata: "Laki
perempuan berkumpul ya Rasullullah? Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya." Siti
Aisyah berkata: "Alangkah malunya, kemaluanku dapat dilihat setengah pada
setengahnya." Nabi Muhammad s.a.w. sambil memukul bahu Aisyah bersabda: "Hai
puteri dari putera Abu Quhafah, kesibukan orang-orang pada saat itu tidak
memungkinkan akan melihat itu, orang-orang pada mengarahkan pandangan kelangit,
berdiri selama empat puluh tahun tidak makan, tidak minum, ada yang berpeluh
sampai tumit, sampai betis, sampai perut dan ada sampai mulut, kerana lamanya
berhenti, kemudian berdiri para Malaikat mengelilingi arsy, lalu Allah s.w.t.
menyuruh menyeruan nama fulan bin fulan, maka semua yang hadir melihat-lihat
orangnya, lalu keluar prang itu untuk menghadapi Tuhan Rabbul A'alamin. Dan bila
telah melihat Rabbul A'alamin dipanggil orang-orang yang pernah dianiaya oleh
orang itu untuk diberikan dari hasanat kebaikannya kepada orang-orang yang
teraniaya itu, kerana pada saat itu tidak ada pembayaran dengan mas, perak
(dinar, dirham), maka orang-orang selalu menagih sehingga habis hasanatnya, maka
diambilkan dari dosa-dosa orang-orang yang dianiaya itu untuk dipikulkan
kepadanya, kemudian jika selesai semua maka diperintahkan: "Kembali
ketempatmu dalam neraka hawiyah (jahannam) kerana pada hari ini tidak ada
dhulum." (penganiyaan), sesungguhnya Allah amat segera perhitunganNya. Maka
pada saat itu tidak ada seorang Malaikat yang muqarrab atau Nabi Rasul melainkan
merasa bahawa tidak akan selamat, kecuali jika mendapat perlindungan Allah
s.w.t."
(sumber khalifah)
(sumber khalifah)
Mu'adz bin Jabal r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Laa tazulu
qadamaa abdin hatta yus'ala an arba. An umrihi fima afnaahu wa'an jasadihi fima
ablaahu wa'an ilmihi ma amila bihi wa'an maalihi min aina iktasabahu wafima
anfaqahu. (Yang bermaksud) Tidak dapat bergerak kaki seorang hamba sehingga
ditanya tentang empat: Umurnya digunakan apa sampai habis. Dan badannya dalam
apa ia rosakkan. Dan ilmunya apa ia pergunakan (apakah diamalkan). Dan hertanya
dari mana ia dapat dan kemana ia keluarkan.
Ikrimah berkata: Seorang ayah akan memegang anaknya pada hari kiamat dan
berkata: "Saya ayahmu ketika didunia." Maka anak itu memuji kebaikannya lalu
ayah itu berkata: "Hai anak, kini saya berhajat kepada hasanatmu yang sekecil
dzarrah, kalau-kalau saya dapat selamat dengan itu dari apa yang kau lihat ini."
Jawab anaknya: "Saya juga takut dari apa yang kau takutkan itu kerana itu tidak
dapat memberikan kepadamu sedikitpun." Lalu pergi kepada isterinya dan berkata
kepadanya: "saya dahulu suamimu didunia." Maka dipuji oleh isterinya, lalu
berkata: "Saya ini minta kepadamu satu hasanat, kalau-kalau saya boleh selamat
dari apa yang kau lihat ini." Jawab isterinya: "saya juga takut dari itu
terhadap diriku seperti engkau." Sepertimana firman Allah s.w.t. yang berbunyi:
"Wain tad'u muts qalatun ila himliha laa yuhmal minhu syai'un walaukaana dza
qurba." (Yang bermaksud) "Dan orang keberatan pikulannya itu jika
memanggil lain orang untuk memikulkan sebahagian tidak akan dipikulkan
sedikitpun, meskipun yang dipanggil itu kerabat yang dekat."
Ibn Mas'ud berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang berbunyi: "Innal kafir
layul jamu biaroqihi walau ilaannar. (Yang bermaksud) Orang kafir akan tenggelam
dalam peluhnya kerana lamanya hari itu sehingga ia berdoa: "Ya Tuhan,
kasihanilah aku, meskipun masuk kedalam neraka."
Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Nabi
Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiada seorang nabi melainkan ia mempunyai doa yang
mustajab, dan semuanya sudah menggunakan doa itu didunia, sedang saya masih
menyimpan doa itu, untuk saya gunakan sebagau syafa'at bagi ummatku pada hari
kiamat. Ingatlah bahawa sayalah yang terkemuka dari semua anak Adam dan itu
bukan bangga, dan saya juga yang pertama bangkit dari bumi, juga bukan kerana
bangga, dan panji Alhamd ditanganku pada hari kiamat yang dibawahnya ada Adam
dan anak cucunya, juga tidak bangga dengan itu. Pada kiamat kesukaran dan
kerisauan manusia akan bertambah dahsyat sehingga mereka datang pada Nabi Adam
a.s. dan berkta: "Hai Abulbasyar (Ayah dari semua manusia), berikan syafa'atmu
(bantuanmu) bagi kami dengan minta Tuhan, supaya segera menyelesaikan kami ini.
Jawab Adam: "Itu bukan bagian saya, saya telah diusir keluar dari syurga kerana
dosaku, dan kini aku tidak memikirkan sesuatu kecuali diriku sendiri, lebih baik
kamu pergi kepada Nuh a.s. kerana ia sebagai Nabi yang pertama. Maka mereka
pergi kepada Nuh dan berkata: "Tolonglah kamu mintakan kepada Tuhan supaya lekas
membebaskan kami." Jawab Nabi Nuh a.s.: "Bukan bagianku, saya telah mendoakan
penduduk bumi sehingga tenggelam semuanya, dan kini tidak ada yang aku fikirkan
kecuali diriku sendiri, tetapi kamu lebih baik pergi kepada Nabi Ibrahim a.s.
Khalilullah. Maka pergilah mereka kepada Nabi Ibrahim a.s. dan berkata:
"Tolonglah kami disisi Tuhan supaya segera memutuskan urusan kami." Jawab Nabi
Ibrahim a.s: "Itu bukan urusanku sebab saya telah dusta tiga kali. Rasulullah
s.a.w. bersabda: " keriga-tiganya itu kerana mempertahankan agama Allah iaitu
ketika ia diajak keupacara kaumnya, lalu ia menyatakan: "Inni saqiem
(Sesungguhnya saya sakit), kali kedua ketika berkata: "Bal fa'alahu kabiruhum
hadza." (Yang bermaksud) "Bahwa yang merosakkan berhala-berhala ini hanya ini
lah yang terbesar dan kali ketiga ketika isterinya akan diganggu oleh Raja yang
zalim, lalu ia berkata: "ini saudaraku." kerana itu kini tidak ada sesuatu yang
merisaukan hatiku kecuali bagaimana nasibku, tetapi kamu pergi kepada Musa a.s
sebagai Kalimullah yang langsung mendengar firman-firman Allah. Maka mereka
langsung pergi kepada Nabi Musa a.s. dan berkata: "Tolonglah kami, gunakan
syufa'atmu untuk mengadap Tuhan supaya menyelesaikan urusan kami ini." Jawab
Nabi Musa a.s.: "Itu bukan urusanku, saya pernah membunuh orang tanpa hak, dan
kini aku tidak memikirkan kecuali nasib diriku, tetapi kamu pergi kepada Nabi
Isa a.s. Ruhullah dan Kalimatullah." Maka segera mereka pergi kepada Nabi Isa
a.s dan berkata: "Berilah jasa syafa'atmu. mintalah kepada Tuhan supaya segera
meringankan penderitaan kami ini." Jawabnya: "Saya telah diangkat bersama ibuku
oleh orang-orang sebagai Tuhan, dan kini tidak ada sesuatu yang merisaukan aku
kecuali urusanku sendiri, tetapi bagaimana pendapatmu kalau ada barang
terbungkus dan ditutup, apakah dapat mencapai barang itu jika tidak dibuka
penutupnya?" jawab mereka: "Tidak.' Maka ia berkata: "Sesungguhnya Nabi Muhammad
s.a.w. itu penutup dari semua nabi-nabi, dan Allah telah mengampunkan baginya
apa yang lalu dan yang kemudian, lebih baik kamu pergi kepadanya.Maka datanglah
orang-orang itu kepadaku, lalu saya jawab kepada mereka: "Baiklah, sayalah yang
akan membantu sehingga Allah mengizinkan bagi siapa yang dikehendakinya dan
diredhainya, maka tinggal sekehendak Allah." Kemudian bila Allah hendak
menyelesaikan makhlukNya, maka ada seruan: "Dimanakah Muhammad dan
ummat-ummatnya?" Maka kamilah yang terakhir didunia, dan yang pertama-tama
hisabnya pada hari kiamat. Lalu aku berdiri bersama ummat-ummatku, maka
ummat-ummat itu membukakan jalan untuk kami, sehingga ada suara, hampir saja
ummat ini semuanya merupakan nabi-nabi, kemudian aku maju kepintu syurga dan
mengetukmnya, lalu ditanya: "Siapakah itu?" Jawabku: "Nabi Muhammad
Rasullullah." Lalu dibukakan dan segera aku masuk dan bersujud kepada Tuhan
serta memuja muji kepada Tuhan dengan pujian yang belum pernah diucapkan oleh
seorang pun sebelumku, kemudian aku diperintah: Irfa' ra'saka wa qul yusina'
wasai tu'tha, wasy fa tusyaffa." (Yang bermaksud) Angkatlah kepalamu, dan
katakan akan didengar, dan mintalah akan diberikan syafa'atmu akan
diterima.". Maka saya memberikan syafa'atku pada orang-orang yang didalam
hatinya ada seberat semut (dzarrah) atau jagung dari iman keyakinan disamping
syahadat an la ilaha illallah wa anna Muhammad Rasulullah."
Umar bin Alkhoththob r.a. ketika masuk kemasjid bertemu dengan Ka'bul Ahbar
sedang memberikan nasihat pada orang ramai, maka Umar berkata kepadanya:
"Berilah kami nasihat dan cerita-cerita yang dapat menambahkan takut kepada
Allah s.w.t." Maka Ka'bul Ahbar berkata: "Sesungguhnya ada Malaikat-malaikat
yang dijadikan oleh Allah s.w.t. berdiri tegak tidak pernah membongkokkan
punggung mereka, dan yang lain sujud tidak pernah mengangkat kepalanya sehingga
ditiup sangkakala, dan mereka bertasbih: Subhanakallahumma wabihamdika ma
abadnaaka haqqa ibadatia wa haqqa ma yanbaghi laka an tu'bada. (Yang
bermaksud) Maha suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, kami tidak dapat
beribadat kepadaMu sepenuh ibadat yang layak kepadaMu, yang layak bagiMu untuk
disembah. Demi Allah yang jiwaku ada ditangannya, neraka jahannam akan
diperdekatkan pada hari kiamat lalu bergemuruh dan bila telah dekat ia
bergemuruh dengan satu suara dan disaat itu tidak ada seorang nabi atau orang
yang mati syahid melainkan ia bertekuk lutut jatuh, maka tiap nabi, syahid atau
siddiq hanya berdoa: "Ya Allah, saya tidak minta kecuali keselamatan diriku
sehingga nabi Ibrahim lupa pada Ismail dan Ishak sambil berkata: "Ya Tuhan, aku
khalilullah Ibrahim, dan pada saat itu andaikan engkau, hai putera Khoththob
mempunyai seperti amal tujuh puluh nabi, nescaya kau mengira bahawa dirimu tidak
akan selamat." Maka menangislah semua yang hadir.
Ketika Umar melihat keadaan itu, lalu Umar berkata: "Hai Ka'ab, berikan kepada
kami khabar yang menggembirakan." Maka berkata Ka'ab: Sesungguhnya bagi Allah
s.w.t. ada 313 syari'ah, tidak seorang yang menghadap kepada Allah s.w.t. dengan
salah satu syari'at itu asal disertai dengan Khalimah laa ilaha illallah
melainkan pasti dimasukkan oleh Allah s.w.t kedalam syurga demi Allah,
andaikan kamu tahu besarnya rahmat Allah s.w.t., nescaya kamu malas beramal. Hai
saudara-saudara, bersiap-siaplah menghadapi hari kiamat itu dengan amal yang
soleh, dan menjauhi ma'siyat sebab tidal lama kau akan menghadapi kiamat dan
menyesal tihadap masa hidupmu yang terbuang sia-sia, ketahuilah bahawa bila kau
mati bererti telah tiba hari kaimatmu, sebagaimana kata Almughirah bin Syu'bah:
"Kamu menantikan hari kiamat, padahal kiamatmu ialah saat kematianmu."
Alqomah bin Qays ketika hadir janazah lalu ia berdiri diatas kubur dan berkata:
"Adapun hamba ini maka telah tiba kiamatnya, sebab seorang mati maka melihat
segala persoalan hari kiamat, iaitu syurga, neraka dan Malaikat, dan ia tidak
dapat berbuat suatu amal, maka ia bagaikan seorang yang berada pada hari kiamat,
dan ia akan bangkit pada hari kiamat menurut keadaannya disaat matinya, maka
sesungguhnya untung siapa yang penghabisan amalnya kebaikan."
Abu Bakar Alwaasithi berkata: Keuntungan yang besar itu dalam tiga perkara iaitu
hidup, mati dan kiamat. Adapun keuntungan hidup iaitu bila digunakan dalam taat
kepada Allah s.w.t, dan keuntungan mati bila ia mati dalam khalimat Syahadat
iaitu Laailaha illallah dan keuntungan hari kiamat bila bangkit dari
kubur disambut dengan berita bahawa syurga tersedia untuknya."
Yahya bin Mu'adz Arrazi ketika dibacakan dimajlisnya ayat yang berbunyi:
"Yauma nahsyurul muttqina ilarrahmani. Wa nasuqul mujrimina ila jahannama
wirda." (Yang bermaksud) "Pada hari kiamat itu Kami akan menghantar orang
yang taqwa menghadap Arahman (Allah s.w.t.) berkenderaan, sedang orang-orang
yang durhaka Kami iring keneraka berjalan kaki dan merasa haus."
Lalu ia berkata: "Tenang-tenanglah hai manusia, kamu kelak akan dihadapkan
kepada Allah s.w.t. berduyun-duyun, dan menghadap pada Allah s.w.t. satu
persatu, dan akan ditanya semua amalmu secara terperinci kalimat demi kalimat,
sedang para wali dihantar menghdap pada Allah s.w.t. berkenderaan, dan
orang-orang yang durhaka didorong keneraka jahannam berbondong-bondong, dan
semua akan terjadi bila bumi telah dilenyapkan, dan tiba Tuhanmu sedang Malaikat
berbaris-baris, dan dihidangkan jahannam sebagai ancaman. Saudara-saudaraku,
berhati-hatilah kamu dari kengerian sehari yang perkiraannya sama dengan lima
puluh ribu tahun (didunia), hari yang mengetarkan, duka cita dan menyesal.,
itulah hari yang besar, hari bangkitnya semua manusia untuk menghadap kepada
Rabbul Alamien, hari perhitungan dan pertimbangan dan pertanyaan, hari
kegoncangan, yang pasti, yang menakutkan, hari kebangkitan, hari dimana tiap
manusia akan melihat apa yang telah dilakukannya. Hari dimana semua manusia
dalam berbagai bentuk akan melihat amal perbuatannya, hari dimana wajah manusia
putih berseri-seri dan lain wajah hitam, hari dimana seseorang tidak dapat
menolong kerana lainnya, dan tidak berguna segala tipu daya, hari dimana seorang
ayah tidak dapat membantu anaknya sedikit pun, hari dimana bahayanya bertebaran
meluas, hari dimana tidak diterima uzur orang-orang yang zalim dan tetap mereka
mendapat kutukan (laknat) serta siksa yang keji, pada hari dimana tiap manusia
harus mempertahankan dirinya sendiri, pada hari dimana tiap ibu akan lalai
terhadap bayi yang disusuinya, bahkan tiap ibu yang mengandung akan menggugurkan
kandungannya dan orang-orang bagaikan orang mabuk tetapi tidak mabuk kerana
minum arak, hanya kerana ngerinya siksaan Allah s.w.t. yang sangat keras."
Muqatil bin Sulaiman berkata: "Makhluk akan berdiri menanti pada hari kiamat
selama seratus tahun, tenggelam dalam peluhnya sendiri dan seratus tahun dalam
kegelapan mereka bingung sedang seratus tahun lagi sibuk bagaikan gelombang
mengajukan tuntutan kepada Tuhan. Sesungguhnya hari kiamat itu sekira lima ribu
tahun, tetapi bagi seorang mukmin yang ikhlas bagaikan sesaat, kerana itu wahai
orang yang sihat akal hendaklah sabar terhadap penderitaan dunia dalam
melaksanakan taat kepada Allah s.w.t. untuk memudahkan bagimu segala
kesukaran-kesukaran hari kiamat."
Read more: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2012/05/abul-laits-dengan-sanadnya-meriwayatkan.html#ixzz28fRGJ2q2
Ulasan
Catat Ulasan