7 Langkah Mencapai Matlamat / Cita-Cita Anda

 

Oleh Taidin Suhaimin
Artikel Motivasi, Langkah-Langkah Mencapai Matlamat, Cara-Cara Mencapai Matlamat, Kaedah-Kaedah Mencapai Matlamat, Strategi-Strategi Mencapai Matlamat, Teknik-Teknik Mencapai Matlamat, Tip-Tip Mencapai Matlamat, Panduan-Panduan Mencapai Matlamat, Rahsia-Rahsia Mencapai Matlamat, Langkah-Langkah Mencapai Cita-Cita, Cara-Cara Mencapai Cita-Cita, Kaedah-Kaedah Mencapai Cita-Cita, Strategi-Strategi Mencapai Cita-Cita, Teknik-Teknik Mencapai Cita-Cita, Tip-Tip Mencapai Cita-Cita, Panduan-Panduan Mencapai Cita-Cita, Rahsia-Rahsia Mencapai Cita-Cita, Langkah-Langkah Mencapai Kejayaan, Cara-Cara Mencapai Kejayaan, Kaedah-Kaedah Mencapai Kejayaan, Strategi-Strategi Mencapai Kejayaan, Teknik-Teknik Mencapai Kejayaan, Tip-Tip Mencapai Kejayaan, Panduan-Panduan Mencapai Kejayaan, Rahsia-Rahsia Mencapai Kejayaan, Cara-Cara Mencapai Cita-Cita, Cara-Cara Mencapai Matlamat, Cara-Cara Mencapai Kejayaan, Bagaimana Mencapai Cita-Cita, Bagaimana Mencapai Matlamat, Bagaimana Mencapai Kejayaan, Taidin Suhaimin
Great Quote
Artikel Motivasi, Langkah-Langkah Mencapai Matlamat, Cara-Cara Mencapai Matlamat, Kaedah-Kaedah Mencapai Matlamat, Strategi-Strategi Mencapai Matlamat, Teknik-Teknik Mencapai Matlamat, Tip-Tip Mencapai Matlamat, Panduan-Panduan Mencapai Matlamat, Rahsia-Rahsia Mencapai Matlamat, Langkah-Langkah Mencapai Cita-Cita, Cara-Cara Mencapai Cita-Cita, Kaedah-Kaedah Mencapai Cita-Cita, Strategi-Strategi Mencapai Cita-Cita, Teknik-Teknik Mencapai Cita-Cita, Tip-Tip Mencapai Cita-Cita, Panduan-Panduan Mencapai Cita-Cita, Rahsia-Rahsia Mencapai Cita-Cita, Langkah-Langkah Mencapai Kejayaan, Cara-Cara Mencapai Kejayaan, Kaedah-Kaedah Mencapai Kejayaan, Strategi-Strategi Mencapai Kejayaan, Teknik-Teknik Mencapai Kejayaan, Tip-Tip Mencapai Kejayaan, Panduan-Panduan Mencapai Kejayaan, Rahsia-Rahsia Mencapai Kejayaan, Cara-Cara Mencapai Cita-Cita, Cara-Cara Mencapai Matlamat, Cara-Cara Mencapai Kejayaan, Bagaimana Mencapai Cita-Cita, Bagaimana Mencapai Matlamat, Bagaimana Mencapai Kejayaan, Taidin Suhaimin
"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang."
- Cecil B. DeMille
Ciri-Ciri Pekerja Cemerlang, Ciri-Ciri Pekerja Yang Cemerlang, Ciri Ciri Pekerja Cemerlang, Pekerja Cemerlang, Motivasi Pekerja Cemerlang, Pekerja Yang Cemerlang, Menjadi Pekerja Cemerlang, Ciri Pekerja Yang Cemerlang, Sikap Pekerja Cemerlang, Penampilan Pekerja Yang Cemerlang, Ciri-Ciri Pekerja Yang Baik, Tanggungjawab Pekerja Yang Cemerlang, Ciri Pekerja Cemerlang, Rahsia Pekerja Cemerlang, Kualiti-Kualiti Pekerja Cemerlang, Peribadi Pekerja Cemerlang, Keperibadian Pekerja Cemerlang, Jati Diri Pekerja Cemerlang, Taidin Suhaimin Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan mencapai matlamat / cita-cita dan kejayaan yang anda inginkan.

Untuk mencapai cita-cita atau matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Kenal Pasti Semua Keperluan & Keinginan Anda Sejelas-jelasnya
Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan.. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan untuk mencapai kejayaan. Insya-Allah.

2. Tetapkan dan Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda

TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka anda akan mula sebati dengan matlamat anda. Hasilnya, anda tidak merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat anda. Dalam keadaan demikian, anda ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan segera dan sebaik mungkin.


3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Ingin Mencapai Matlamat / Cita-Cita Anda
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.

4. Buat Perancangan

RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya untuk anda mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa ke semasa; optimumkannya, sempurnakannya.

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda 

Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda.

Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil daripada fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

6. Tangani Halangan

1) Kenal pastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda 

Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada mencapai kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.

Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan.

(Hakcipta Terpelihara) 2012, Taidin Suhaimin


TAIDIN SUHAIMIN adalah penceramah profesional antarabangsa dari Sabah, Malaysia dalam bidang pembangunan diri, pengurusan dan komunikasi. Semenjak tahun 1993, ribuan peserta dari pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi di Asia Tenggara dan Timur Tengah telah mengikuti program-

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah