Konspiratus: Kos Gelombang Kedua
BAHAN peledak
(gun powder) sudah dimasukkan ke dalam laras senapang, peluru juga sudah
dimasukkan dan ditekan-tekan sedikit supaya ia mampat dengan tekanan yang
sepatutnya, tinggal hanya picu sahaja yang perlu ditarik dengan jari telunjuk
supaya senapang itu meletup dan pelurunya meluru keluar mengena tepat ke jantung
musuh.
Senapang itu tidak seperti senapang-senapang automatik yang
lazim digunakan dalam siri-siri perang moden. Ia seperti senapang
yang biasa digunakan semasa zaman Perang Saudara (Civil War) di Amerika
pada beberapa ratus tahun dahulu. Ia juga kerana perumpamaan terhadap senapang
itu sebenarnya merujuk kepada perang saudara yang sedang diciptakan untuk
menjayakan gelombang kedua.
Senapang itu sudah siap diisi peledak dan
peluru. Hanya menunggu masa untuk diletupkan, ditembak ke arah sasaran
yang semakin terdedah.
-----
Organisasi-organisasi The Pillars sentiasa mengambil
peluang terhadap perkembangan di Asia Barat. Malah sebelum tercetusnya Arab
Spring, organisasi-organisasi itu telah lama merancang untuk menstrukturkan
semula tradisi politik di Asia Barat.
Bukan sekadar merancang, organisasi-organisasi itu
mewujudkan pula sub-sub organisasinya yang mana sub-sub itu masuk secara
senyap-senyap ke Asia Barat untuk ‘mendakyahkan’ pemikiran dunia baharu kepada
golongan sivil di negara-negara Asia Barat dan Afrika. Pemikiran yang sudah lama
diperkenalkan di Eropah dan sebahagian dunia lain tetapi diperbaharui mengikut
keperluan pra-syarat kepada cetusan gelombang kedua.
Pemikiran liberalism dengan pendekatan-pendekatan baharu,
menggalakkan golongan sivil bergalak mesra dengan hak-hak asasi manusia yang
tidak mereka benar-benar fahami dan memasukkan segala pemikiran agresif dan
militan dalam menuntut revolusi dan reformasi ke arah dunia baharu yang
menjanjikan kesenangan dan keadilan kononnya. Ia adalah pemikiran-pemikiran yang
ditaja oleh The Pillars. Pemikiran yang mengheret manusia ke lembah
sekular dan akhirnya mati kelekaan di lembah itu secara senyap-senyap.
Foundation For The Future (FFF), sebuah organisasi
yang pada kertasnya didirikan untuk melibatkan (mengheret?) masyarakat di Asia
Barat dan Afrika untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan (NGO) di dalam
usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan. Ia bermakna FFF adalah berfungsi
sebagai ‘memujuk’ masyarakat Asia Barat dan Afrika untuk menyokong NGO yang akan
membawa mereka ke arah demokrasi dan kebebasan.
Apa pula NGO-NGO yang dipastikan untuk mendapat sokongan
masyarakat Asia Barat dan Afrika? Ia adalah National Endowment for
Democracy (NED), National Democratic Institute (NDI) dan banyak lagi
jenama NGO lain yang mana diketahui melancarkan operasi Arab Spring dan
Mission Occupy di Asia Barat. Ia juga adalah The Pillars.
Hasrat utama The Pillars dalam konteks masyarakat
sivil ialah menjadikan demokrasi sebagai tujuan utama masyarakat itu dalam
membina semula negara mereka setelah diberi perkhabaran mengelirukan bahawa
sistem sedia ada adalah tidak adil dari kaca mata hak asasi manusia.
Ia memberi fokus kepada kebebasan, hak asasi manusia,
kebebasan bersuara, keadilan dan membawa sistem pilihanraya demokrasi ke arah
yang dikatakan lebih demokratik, memberi akses kepada ketelusan maklumat,
kebebasan pertubuhan, kebebasan media, memberi kuasa kepada wanita (hak asasi
wanita dalam ruang lingkup hak asasi manusia) dan beberapa lagi fokus
lain.
Ia juga kedengaran sama dan selari dengan setiap gerakan
NGO tertentu yang bertebaran di seluruh dunia hari ini iaitu menyuarakan
fokus-fokus yang sama.
Perlu sensitif terhadap perkembangan ini ialah keperluan
untuk menjejak gerakan-gerakan mereka di Asia Barat dan juga sebahagian dunia
yang lain. Mereka telah bergerak di Tunisia dan Mesir, mereka
telah berjaya di sana. Mereka juga telah bergerak di Libya dan telah berjaya.
Sekarang mereka masih bergerak di pentas dunia.
Apabila dilihat daripada lingkaran NGO-NGO
ini termasuk FFF, NED dan NDI, didapati bahawa NGO-NGO ini mempunyai negara
tumpuan yang berbeza-beza. Contohnya FFF memasukkan Turki, Mesir dan Iraq ke
dalam senarai mereka melalui wakil-wakil (ejen-ejen pillars) yang
dilantik dari negara-negara itu. Manakala NED diketahui beroperasi melalui
ejen-ejennya di Mesir, Libya dan Syria. Beberapa pertubuhan lagi sedang cuba
melebarkan operasi ke Arab Saudi. Lain-lain NGO pula melibatkan zon-zon
berbeza.
---
Sila fahami baik-baik.
Ini adalah benang untuk anda. NGO-NGO
berkenaan mempunyai zon-zon operasi yang berbeza. Apabila dihubung-kait setiap
NGO itu dan juga zon-zon operasi mereka, kita akan dapati semua zon yang
terdapat dalam senarai operasi NGO-NGO itu membentuk zon-zon yang menjadi
sebahagian daripada The Greater Israel.
Perkara yang boleh dilihat di sini ialah
wujud keselarian NGO-NGO itu dalam mengadakan kerjasama untuk mendirikan
demokrasi mengikut kehendak mereka di zon-zon yang menjadi sebahagian daripada
rancangan The Greater Israel. Untuk melihat pertalian antar NGO-NGO ini,
kita wajar melihat plan The Greater Israel kerana zon-zon pengoperasian
NGO-NGO itu secara jelas membentuk sebuah peta yang dinamakan sebagai The
Greater Israel.
Maka tidak hairan apabila FFF mengatakan bahawa mereka
adalah sebuah organisasi bebas yang ditubuhkan untuk melibatkan masyarakat di
Asia Barat dan Afrika untuk menyokong NGO-NGO di dalam usaha membangunkan
demokrasi dan kebebasan. Jelas di situ.
Apabila agenda NGO-NGO itu mendapat sokongan
masyarakat, maka jaringan ke arah The Greater Israel dan The New Order
of the New World akan terbentuk dengan sendiri dalam rangka kerja yang
dibangunkan dalam ruang lingkup kelalaian akibat kesibukan masyarakat Asia Barat
sendiri.
Masyarakat yang terlibat memberi sokongan
terhadap gerakan demokrasi di bawah NGO terbabit dan juga sub-sub-sub (pecahan
sub ketiga) NGO yang lebih kecil adalah secara tidak langsung diheret dalam
menjayakan The Greater Israel. Dalam erti kata lain, masyarakat di Asia
Barat (minoriti sebahagiannya) dipaksa untuk sibuk dalam memperjuangkan
demokrasi yang secara halusnya membawa ke arah The Greater Israel yang
mempunyai perisa liberalism berencah sekularism Zionis.
Dalam zon lain yang berbeza dengan zon Asia Barat, terdapat
rancangan licik lain yang tidak kurang sama besarnya dengan The Greater
Israel iaitu The Greater World. (Rujuk artikel: Kotak tidak
berkunci).
Gerakan-gerakan NGO yang berfungsi sebagai The
Pillars itu adalah kerja-kerja penting dalam menggerakkan dunia ke arah
New World Order (NWO) gelombang kedua. Mesir pula sedang diheret ke dalam
Dasar Desentralisasi selepas melalui Reform 2.0 (pernahkah anda dengar
terma dasar desentralisasi ini dalam matapelajaran sejarah, tahu apa
tujuannya?), lain-lain negara yang sudah kecoh di Asia Barat juga akan mengalami
nasib yang sama.
Turki secara tidak langsung terlibat sama dalam kekecohan
di Syria apabila terdapat
beberapa serangan daripada Syria terhadap
Turki. Petanda-petanda awal terhadap konflik lebih besar pula kerap kedengaran
apabila diramalkan bahawa akan tercetus perang besar di Asia Barat akibat
hubungan Syria dan Turki yang semakin terdedah
kepada kebuntuan pemulihan hubungan kedua-dua negara.
Pertembungan antara sebuah negara sekular (Turki) dengan
sebuah pemerintahan Syiah (Syria ) akan
menyebabkan umat Islam di Asia Barat terus terhimpit di tengah-tengah. Ia juga
akan mengundang sentimen tidak selesa di kalangan negara-negara Islam yang lain
di sekitarnya dan seluruh dunia dan akhirnya mewujudkan ketegangan yang lebih
buruk.
Setiausaha Kerajaan Amerika, Hillary Clinton juga pernah mengeluarkan kenyataan mengaku bahawa Amerika ada membekalkan senjata kepada pemberontak di
Jadi, wujud benang baharu apabila
Clinton secara tidak berhati-hati mengeluarkan kenyataan seperti itu. Benang
yang menghubungkan gerakan bawah tanah Amerika bersama-sama FFF, NED, NDI dan
sebagainya dalam menjamin terbentuknya The Greater Israel dengan
mengambil peluang daripada kelekaan dan kesibukan masyarakat Asia Barat
berperang sesama mereka.
Di sini, penafian yang mengatakan Amerika
tidak terlibat dalam penyaluran dana kepada FFF, NED dan NDI adalah tidak
berasas sama sekali sebaik sahaja Hillary Clinton mengeluarkan kenyataan
sedemikian. Ia kerana terdapat banyak benang lain yang menghubungkan Amerika dan
Eropah (perkakas Israel) untuk mencipta kekecohan dan konflik di Asia Barat
sehingga menjadi faktor sibuk dan faktor leka bagi masyarakat Arab di
sana.
Kini, gerakan-gerakan NGO itu sudah masuk
pula ke Yemen, Jordan dan Qatar. Masyarakat sivil di sana sedang didedahkan
kepada kisah-kisah ‘mitos’ demokrasi yang menjanjikan hak sama rata serta
kebebasan dan keadilan untuk semua. Seminar-seminar dan kursus-kursus diadakan
bagi memberi pendedahan kepada golongan belia di sana terhadap ‘mitos’ demokrasi
dan ‘manfaat’ yang akan mereka dapat apabila demokrasi diamalkan secara yang
‘sepatutnya’. Apabila timbul pula konflik baharu di negara-negara berkenaan pada
masa hadapan, ia adalah sesuatu yang tidak menghairankan. Di Morocco pula, ia
digerakkan dengan cara lain. Dalam gerakan ini, ia melibatkan sebahagian Afrika
serta keseluruhan Asia Barat dan juga negara-negara Arab termasuk Kota Mekah dan
Madinah di Arab Saudi. Ia adalah massive agenda yang akan
memberikan shocking sensation kepada seluruh dunia.
Soal NGO-NGO itu memihak kepada siapa adalah
tidak penting. Paling perlu diberi fokus ialah kesan yang akan timbul iaitu
ketegangan yang menjanjikan campur tangan Amerika, Eropah dan khidmat nasihat
Israel yang turut mempunyai kepentingan besar di Asia Barat. Apabila ketegangan
itu berlaku di Asia Barat, maka Israel akan memainkan peranan dengan alasan ia
juga mahu menjaga kepentingannya di Asia Barat walhal Israel lebih selesa
menganggotai Kesatuan Eropah dalam hubungan
antarabangsanya.
Kisah di sebelah sana
ialah The Greater Israel. Manakala kisah di sebelah sini (di sebelah
kita) pula ialah The Greater World. Kedua-dua itu digerakkan oleh
organisasi-organisasi ‘bebas’ yang dinamakan sebagai The Pillars of the
Zionist.
---
The Print of Projects
“Long before uprisings and popular protests started to
tip the political balance in the Middle East ,
the Cairo-based Resources for Development Center (RDC) understood the
powerful tool for political mobilization that internet could be, sidestepping
official restrictions on freedoms of expression, speech and opinion. RDC
developed the ‘Reform 2.0’ project, thanks to a grant from the Foundation
for the Future, and with the ambition to train 100 NGOs and 10,000 young
internet users to advocate for change. Less than six months after the
initiation of the project, RDC has already trained dozens of youth to develop
online advocacy groups and campaigns, and drawn over 1,500 members – from
Egypt and beyond - to the project..” – FFF 2011 Public Report on
Egypt .
“Half of Yemen ’s 22
million citizens are under 16 years of age and the population is set to double
by 2035. In general, these youths make up a large portion of unemployment and
casualties from violence but rarely have representation in government or civil
society. Limitations on freedom of speech in the country also limit the youth
voice in both formal and informal communication channels. The Youth
Leadership Development Foundation (YLDF) in Sana’a has been working since
2005 to empower youth with its economic center that develops youths’ job
skills, a learning center for young girls, and trainings on human rights
and citizenship. The Foundation for the Future aids in this last goal through
its sponsorship of the project, “Youth for Human Rights-Training of
Trainers.” – FFF 2012 Public Report on Yemen .
“The Foundation exercises the widest possible
flexibility in its activities within the region, seeking to draw on
indigenous reformers and
their ideas, and to include them in innovative approaches which
nurture grass-roots civil society organizations and their leaders and
recognize the creativity of governments as they encourage such organizations
to join them in strengthening democratic processes and institutions.” –
FFF: The Mandate.
Print bagi gerakan ini adalah hampir sama dalam
menggerakkan agenda mereka ke seluruh dunia. Istilah Reform 2.0 (di Mesir),
Morocco Reform 2.0 (di Maghribi), Revolution 3.0 (di Syria) dan sebagainya yang
menggambarkan siri-siri perjuangan segolongan tertentu adalah didirikan
atas agenda yang sama walaupun digerakkan dalam mood yang berbeza iaitu
sama ada secara agresif, secara occupy atau sebagainya.
Benang yang tidak digambarkan dengan cara jelas
dalam gerakan ini ialah ia masih bergantung kepada gerakan-gerakan yang mendapat
kerjasama dengan NGO-NGO The Pillars yang bekerja untuk menjayakan The
Greater Israel dan The Greater World dalam konteks ruang lingkup
perubahan sistem politik atau sistem pilihanraya dalam kancah demokrasi melalui
siri-siri yang bersambung-sambung dari semasa ke semasa.
Sentimen yang dimainkan pula adalah berkisar mengenai
working-class environment yang mampu mempengaruhi golongan sivil untuk
sama-sama turut serta dalam gerakan-gerakan NGO pillars seperti ini, ia
adalah mind game. Kata lain, projek-projek yang dijalankan itu menjadikan
working-class sebagai sasaran untuk diperdayakan dan seterusnya golongan
itu dimasukkan ke dalam agenda masyarakat yang kononnya berjuang untuk
mendapatkan demokrasi mengikut pengertian yang mereka sendiri tidak faham.
Petikan-petikan daripada laporan-laporan di atas adalah
biasa sahaja apabila dibaca secara sekali imbas. Namun apabila diteliti secara
lebih kritis, didapati bahawa projek-projek yang dijalankan adalah untuk
memainkan peranan working-class environment (dan mempermainkan
perasaan working class) dalam mencapai cita-cita mendirikan dunia
baharu yang lebih demokratik mengikut definisi The Pillars. Paling perlu
dilihat ialah zon-zon pengoperasian NGO-NGO berkenaan yang melibatkan zon-zon
The Greater Israel.
Istilah-istilah yang menggambarkan siri-siri
perjuangan golongan tertentu itu adalah terang-terangan digerakkan oleh NGO-NGO
yang menjunjung agenda The Pillars. Ruang lingkup ia digerakkan ialah
masih dalam ketumpatan kedunguan yang sama iaitu berputar dalam ruang politik,
demokrasi, pilihanraya, sistem pemerintahan dan sebagainya yang melibatkan kuasa
pemerintahan dan proses penentuan kuasa pemerintahan di sesebuah
negara.
Pada tempoh antara tahun 2010 hingga 2011,
Jerman mengambil keputusan tegas mengharamkan NED dan NDI daripada terus
beroperasi di negara itu. Selain, itu negara-negara lain termasuk Rusia dan
China juga mengambil langkah sama di samping memantau NGO-NGO lain yang
dikhuatiri mempunyai jaringan rahsia dengan NED dan NDI serta lain-lain NGO
antarabangsa yang menjunjung agenda The Pillars.
Langkah Rusia dan China menunjukkan bahawa
NED dan NDI melantik proksi-proksi dari kalangan NGO-NGO tempatan di sana untuk
menggalas cita-cita NED dan NDI dalam paksi The Pillars untuk menempatkan
dunia di sebelah sini sebagai The Greater World. Ia kerana Rusia
dan China sudah sedia tahu dengan The
Print dalam gerakan The Pillars.
----
Halangan kepada Amerika dan Israel di
rantau Asia Timur
Kebangkitan China dalam persekitaran ekonomi
Asia dan Dunia menjadi penghalang besar kepada Amerika dan Israel untuk
mengukuhkan kepentingannya. Manakala lokasi strategik laluan dunia seperti
Malaysia dan Singapura pula adalah antara faktor penting untuk menjamin
kepentingan Barat dalam persekitaran ekonomi dunia.
Untuk menenggelamkan China, maka lokasi
strategik seperti Singapura dan Malaysia adalah satu keperluan kepada Amerika
dan Eropah. Dalam kes Singapura, kepentingan tersebut sudah dinikmati Amerika
dan sekutu, namun mereka masih memerlukan satu jaminan besar di Malaysia untuk
mengukuhkan kedudukan di Singapura. Tanpa menguasai polisi-polisi Malaysia,
kepentingan mereka yang berpangkalan di Singapura juga boleh terancam pada
bila-bila masa.
Terus menjadi penghalang kepada cita-cita
Amerika dan Israel ialah hubungan rapat Malaysia dengan China. Ia kerana China
adalah satu-satunya kuasa besar di Asia Timur yang mampu melemahkan kekuasaan
Amerika dan Israel dalam konteks ekonomi dunia.
Bagi menjamin kepentingan Amerika dan Israel
sehingga dapat menyekat kemaraan China dalam hubungan diplomasinya dengan dunia
luar, maka menguasai Malaysia adalah satu keperluan kerana Malaysia selama ini
memainkan peranan memulihkan imej China di mata dunia dan kesan daripada
pemulihan imej itu, China berkembang pesat selepas dunia melihat hubungan
Malaysia dengan China, iaitu selepas dunia melihat China yang komunis itu tidak
bermain helah ketika menjalankan kegiatan ekonomi dan perdagangan dengan negara
luar seperti Malaysia.
Lebih parah kepada Amerika ialah, ekonomi
China tumbuh pesat pada ketika Amerika dan Israel sedang menghadapi masalah
ekonomi. Amerika pula lebih tertekan apabila Israel tidak henti-henti meminta
Amerika menyalurkan dana kepada rejim Zionis pada ketika ekonomi Amerika sendiri
sedang tercungap-cungap.
Berdasarkan latar belakang hubungan
Malaysia-China itu (sekadar memetik sedikit sahaja), maka kemaraan China harus
disekat oleh Amerika dan Israel bagi membolehkan mereka kembali menjadi pemain
utama dalam perdagangan dunia.
Selain faktor China, reputasi lokasi
strategik Malaysia dalam laluan perkapalan dagang dunia sejak sebelum zaman
penjajahan juga adalah satu faktor penting buat Amerika dan Israel. Menguasai
laluan kapal dagang di Selat Melaka juga berupaya menenggelamkan kemaraan China
dalam sektor dagang. Kepentingannya juga sama seperti Amerika dan Israel
menguasai Terusan Suez.
Apabila ekonomi China berjaya diruntuhkan
melalui rancangan-rancangan strategik, maka ia memberi petanda bahawa Amerika
dan Israel mempunyai peluang cerah untuk mendirikan The Greater World di
sebelah sini. Untuk tujuan itu, Malaysia yang terletak di laluan dagang Selat
Melaka perlu diletakkan proksi bagi menjamin kepentingan Amerika dan Israel
dengan lebih berkesan. Kata lainnya juga, Malaysia tertakluk kepada kepentingan
strategik ekonomi yang perlu dikuasai Amerika dan
Israel.
Bagi mencapai tujuan itu, Malaysia juga tidak
terlepas daripada agenda The Greater World yang digerakkan Amerika dan
Israel melalui NGO-NGO The Pillars of Zionist. Gerakan-gerakan itu
kemudian menyusup masuk ke Malaysia melalui NGO-NGO tempatan yang bekerja untuk
menjayakan NGO-NGO pillars dan ramai yang mengkaji konspirasi dunia juga
sudah lama tahu mengenai perkara ini.
Bahkan, ejen-ejen FFF juga sudah ada di
Malaysia sejak tahun 2005 hingga 2006. Sejak itu, NGO-NGO tempatan yang baharu
pula mula ditubuhkan atas beberapa kepentingan termasuk politik, hak asasi
manusia, hak kebebasan dan bermacam-macam jenama. Selain itu, NGO-NGO tempatan
yang semakin banyak tumbuh bagai cendawan selepas hujan itu pula menggerakkan
agenda-agenda yang selari dengan agenda-agenda yang digerakkan FFF dan juga
NGO-NGO pillars seperti NED dan NDI. Ia memperlihatkan NGO-NGO tempatan
tidak ubah seperti perkakas kepada FFF, NED dan NDI dalam menggerakkan
agenda-agenda tertentu.
Tambahan pula, FFF sentiasa menggalakkan
masyarakat tempatan di sesebuah negara supaya menyokong agenda yang digerakkan
NGO-NGO yang bermotifkan hak asasi manusia, prinsip keadilan sivil, hak sama
rata, sistem pilihanraya dan sebagainya. Bukankah ia kelihatan seperti ada
benang kecil yang menghubungkan semua gerakan itu dengan ‘seni’ jahitan yang
sangat halus?
Hubungan Malaysia dengan China yang diamalkan
pada masa ini adalah penghalang kepada Amerika dan Israel untuk menguasai
ekonomi dunia dengan lebih agresif di benua sebelah sini. Kegagalan menguasai
semula Selat Melaka (selepas merdeka) juga adalah penghalang kepada Amerika,
Eropah dan sekutu Zionis untuk menguasai perdagangan dunia di sebelah
sini.
Maka, Malaysia harus dimasukkan dalam senarai
‘wajib dapat’. Dengan itu, usaha-usaha ke arah itu dijalankan sejak penghujung
tahun 2001 dengan melantik proksi-proksi yang diyakini mampu menggalas cita-cita
Amerika dan Israel. Ia diperhebatkan lagi semenjak tahun 2005 hingga hari ini
melalui proksi-proksi yang dipercayai.
Proksi-proksi yang bergerak dalam ruang lingkup politik itu
pula diberikan latihan secukupnya melalui NGO-NGO tempatan yang menjadi sekutu
kepada NGO-NGO pillars bagi menggerakkan skim mind control
terhadap para pengikut. Ia digerakkan melalui asuhan terhadap minda pengikut
untuk menjunjung slogan yang sama, iaitu demokrasi, hak sama rata, slogan
rakyat, hak asasi manusia untuk semua dan sebagainya.
Manakala The Print dalam gerakan itu pula tidak jauh
bezanya dengan print-print yang terdapat di Asia Barat dan Afrika.
Apabila ia digerakkan atas kertas kerja utama (master working paper / master
print) yang sama, maka print serta plot lokal yang
terhasil juga adalah lebih kurang sama. Dalam menjayakan semua itu,
segala-galanya menjadi mangsa manipulasi dalam ruang lingkup the
print.
---
Proxies of the Pillars
Agenda The Greater World di bawah motto NWO
sememangnya perlu dijayakan melalui proksi-proksi yang diberikan tugasan-tugasan
tertentu. Manakala The Greater Israel yang bakal didirikan
secara eksklusif di Asia Barat juga memerlukan kerjasama daripada proksi-proksi
melalui tugasan-tugasan khas yang tertentu.
Untuk agenda The Greater World, proksi-proksi ini
bergerak dalam rangka kerja tersusun sambil mengemudi gerakan-gerakan NGO
pillars secara rahsia dan pada masa sama menjaga kepentingan Israel supaya tidak tergugat oleh
dasar-dasar luar sesebuah negara.
Proksi-proksi ini biasanya (kita ambil zon Asia sahaja)
lebih selesa mengeluarkan kenyataan yang melonjakkan reputasi Amerika dan
Israel , tetapi kurang
gemar menyentuh soal China . Ia kerana sebarang pengucapan proksi yang
boleh membantu melonjakkan reputasi China akan menjejaskan peluang Amerika di
Asia.
Jadi, permainan yang dimainkan proksi adalah
menjaga kepentingan Amerika dan Israel. Segala-galanya dibulatkan kepada Amerika
dan Israel (secara nyata atau secara berkias) dengan mengambil contoh demokrasi
di Amerika adalah terbaik dan sebagainya iaitu mengangkat Amerika sebagai contoh
terbaik untuk diteladani orang Asia.
Pada masa yang sama, setiap negara-negara
proksi yang mengamalkan dasar pro kepada sesama Asia kerap kali dipinggirkan
oleh proksi atas sebab motif utama ialah mengangkat Amerika sebagai contoh
teladan.
Maka, propaganda kemudian ditiup oleh
proksi-proksi kepada para pengikut supaya tidak memandang kepada sesama Asia,
tetapi lebih kepada mengajak atau mempengaruhi pengikut supaya mengambil Amerika
sebagai contoh terbaik untuk diteladani, lebih kurang sama dengan istilah
American-dream dalam hal hak asasi manusia dan
sebagainya.
Proksi-proksi pula kebiasaannya jelas
kelihatan pro kepada Amerika dan Israel. Ia kerana, The Greater World
yang menjanjikan kuasa hebat kepada proksi itu memerlukan sokongan daripada
Amerika dan Israel. Kata lainnya, The Greater World menjanjikan
kuasa pemerintahan yang sangat hebat kepada proksi.
Dalam keadaan masa kini, iaitu pada ketika Arab
Spring menjadi babak paling suspen dalam pementasan wayang NWO, ia (Arab
Spring) kerap kali dijadikan modal oleh proksi-proksi untuk mempengaruhi
para pengikut supaya menggerakkan revolusi di negara-negara mereka
sendiri.
Arab Spring adalah antara cubaan terbesar The
Hidden Hand pada abad ini untuk menjayakan NWO dalam gelombang kedua.
Sebagaimana dalam Perang Dunia Kedua (WW2), essence utama dalam
menjayakan gelombang pertama NWO ialah kekacauan dan huru-hara di serata
dunia.
---
The Essence
Essence atau pati utama dalam menjayakan NWO
gelombang pertama ialah kekacauan yang tercipta di seluruh dunia akibat
peperangan. Jadi, NWO gelombang pertama sudah dijayakan semasa WW2.
Maka untuk mengheret dunia ke dalam gelombang kedua NWO,
maka essence yang sama diulang guna, tetapi dalam mood yang
berbeza. Jika dalam WW2 (gelombang pertama NWO), dunia diheret ke kancah perang
antara negara-negara, maka dalam gelombang kedua ini negara-negara Islam pula
diheret ke kancah perang saudara-saudara.
Ia terkandung dalam skim wang perang (rujuk artikel: Wang
Perang) bagi mengurangkan kos perang Amerika dan Israel . Ia kerana Amerika dan Israel terpaksa menanggung kos yang
sangat tinggi dalam siri-siri peperangan yang disertai mereka sebelum ini
sebagaimana dalam WW2, Perang Teluk, Perang Afghanistan dan sebagainya sehingga menyebabkan
ekonomi kedua-dua negara sekutu itu mengalami kejatuhan melampau. Malah, Israel sendiri mengalami masalah inflasi dan kenaikan harga
hartanah yang membebankan.
Untuk mengurangkan kos itu, satu print baharu
dirancang sejak tahun 2005 bagi meneruskan agenda kekacauan seluruh dunia.
Print itu pula berfungsi menyelamatkan
Amerika dan Israel daripada terlibat secara langsung dalam perang-perang
gelombang kedua itu. Ia dilaksanakan dengan mencipta kekacauan dalaman di
negara-negara sasaran iaitu negara-negara yang selama ini sangat liat untuk
tunduk kepada Amerika dan Israel.
Kekacauan dalaman itu kemudian berubah
menjadi perang saudara sebagaimana yang berlaku di Asia Barat sekarang ini. Ia
tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa gerakan-gerakan bawah tanah yang
dijalankan NGO-NGO pillars yang berperanan menyemarakkan api kemarahan
masyarakat sivil di negara-negara sasaran supaya melakukan revolusi menukar
rejim pemerintahan.
Kekacauan yang tercipta itu pula memungkinkan
proksi-proksi Israel dan Amerika diangkat naik menjadi pemerintah baharu di
negara-negara sasaran dan pada masa sama bersandiwara seolah-olah mereka itu
tidak suka kepada Israel, tetapi pada masa yang sama mengambil setiap nasihat
Zionis yang disumbat ke dalam rongga telinga mereka.
---
Kos gelombang
kedua
Segala perancangan jahat Zionis berjalan
dengan sangat rapi dan teratur sehingga mampu memperdaya golongan-golongan yang
sentiasa sibuk bertelagah sesama sendiri. Essence terpenting dalam
menjayakan gelombang kedua ini pula meresap masuk ke dalam negara-negara sasaran
dengan amat mudah sekali. Ia kerana mangsa-mangsa (anda semua) sedang
lalai.
Gelombang kedua ini mengakibatkan pertumpahan
darah yang sangat banyak sebelum ia dijayakan. Sama juga seperti gelombang
pertama semasa WW2, banyak darah ditumpahkan semasa WW2 iaitu sebelum gelombang
pertama itu dijayakan. Jadi, kos yang ditanggung oleh dunia ialah
darah.
Amerika dan Israel sudah tidak mahu
menanggung kos (darah) itu dan juga kos-kos yang lain (kos belanja
kewangan). Maka, mereka mencipta ‘perniagaan’ baharu dengan menjadikan
mangsa-mangsa menuntut kos (darah) sesama mereka. Mereka juga
melantik petualang-petualang (proksi) untuk menjalankan ‘perniagaan’ itu.
Manakala tugas ‘promosi’ bagi ‘perniagaan’ itu pula
dijalankan oleh ‘firma-firma pengiklanan’ yang dimainkan oleh NGO-NGO
pillars. Mungkin dengan perumpamaan itu boleh menjadikan anda sebagai
orang-orang yang faham.
Jika anda terus leka dan lalai akibat terlalu
sibuk bertelagah sesama sendiri dan terlalu sombong untuk duduk semeja demi
kepentingan agama dan perpaduan umat yang dituntut agama, maka bersedialah untuk
menanggung kos ini dengan membayarnya menggunakan emas cair berwarna
merah.
Ulasan
Catat Ulasan