Ucapan Dr. Mursi di Tehran

Ucapan pembukaan sidang Negara-negara Berkecuali (NAM) di Tehran, Iran hari ini benar-benar telah melonjakkan nama Presiden Dr.Muhammad Mursi apabila ucapannya menjadi perhatian dan dipuji oleh dunia Arab. Keberanian dan kelantangan beliau
yang melabelkan rejim Syria sebagai "pengganas" dan menyeru dunia agar bertanggungjawab menghentikan pertumpahan darah di Syria menyebabkan delegasi wakil Basya...
r yang hadir panas telinga lantas meninggalkan dewan persidangan.

Bukan itu sahaja, mukadimah ucapan Mursi turut menjadi perhatian apabila mendoakan keredhaan buat Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali serta seluruh para sahabat Rasulullah SAW di hadapan tetamu yang turut disertai para ulamak tertinggi Syiah yang dikenali sikap mencela dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW.

Islammemo melaporkan berita dengan tajuk: "Mursi Meredhai Khulafa' Ar-Rasyidin Dalam Ucapannya di Tehran".

Selepas mengucap tahmid kepada Allah, Mursi berselawat ke atas Rasulullah SAW yang bermaksud, "Ya Allah! Selawat dan salamlah ke atas Baginda SAW, ke atas Ahli Keluarga Baginda. Ya Allah! Redhailah Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali, serta para sahabat seluruhnya dan pengikut-pengikutnya hingga hari Kiamat."

Menurut laporan ini, para ulamak Syiah yang mendengar ucapan turut berselawat meninggikan suara beramai-ramai (seperti selawat Syiah yang biasa dilaungkannya) ketika Mursi berselawat ke atas Nabi.

Tindakan ini ternyata menggembirakan golongan agama, pendakwah dan ulamak Mesir yang mengikuti ucapan Mursi. Bagi mereka, mukadimah ucapan yang disampaikan di ibu negara Iran, Tehran (yang terkenal dengan penyebaran dan pengamalan Syiah, yang sering melaknat para sahabat Rasulullah SAW) menggambarkan pendirian Mursi yang menolak laknat dan cercaan ke atas para sahabat Rasulullah SAW.

Tindakan berani yang penuh berhikmah Mursi ini dipuji oleh seorang pendakwah Kuwait, Syeikh Hamid El-'Ali melalui dua rangkap syair yang ditujukan kepada Mursi.

Lawatan Mursi ke Iran sebelum ini mendapat tentangan dari aktivis-aktivis Islam khasnya pendirian Iran yang kuat menyokong rejim Syria akan tetapi nyata mereka mengubah pendirian setelah mendengar ucapan Mursi..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah