Pencarian malam Lailatul Qadar
Posted on Sunday, August 12 @
15:37:22 PDT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur |
Oleh: blalang
"Bagaimana dengan pencarian malam Lailatul Qadar?
Daripada Aishah R.A telah berkata :
“Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir ramadhan , baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan)” . ( Muttafaqun alaih)
Rasulullah SAW kekasih kita yang confirm ahli Syurga pun beribadat sampai begitu, tidak malukah kita?
Hadis dari sahabat Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rasulullah bersabda (yang ertinya):
“Sesungguhnya Aku melihat Lailatul-Qodar kemudian dilupakannya, Lailatul-Qodar turun pada 10 akhir (bulan Ramadhan) iaitu malam yang terang, tidak dingin dan tidak panas serta tidak turun hujan”.
(HR. Ibnu Khuzaimah no.2190 dan Ibnu Hibban no.3688 dan disahihkan oleh keduanya).
Kemudian hadis dari sahabat ‘Ubadah bin Shomit sesungguhnya Rasulullah bersabda (yang ertinya)
“Sesungguhnya tanda Lailatul-Qadar adalah malam yang cerah dan terang seakan-akan nampak didalamnya bulan bersinar terang, tetap dan tenang, tidak dingin dan tidak panas. Haram bagi bintang-bintang melempar pada malam itu sampai waktu subuh. Sesungguhnya termasuk dari tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tegak lurus, tidak tersebar sinarnya seperti bulan pada malam purnama, haram bagi syaitan keluar bersamanya (terbitnya matahari) pada hari itu”.
(HR. Ahmad 5/324, Al-Haitsamy 3/175 dia berkata : perawinya tsiqah)
Dari
email ke admin isuhangat
Salam,Gambar ini saya dapati daripada Ustz yang belajar di Jordan , dia yang ambil gambar ini diatas bumbung asrama dia di Jordan, lihat matahari terbit pagi pada 25/8/2011 tidak keluar sinar. Menunjukkan pada malam 25 Ramadan tahun lepas malam lailatul qadar.TK
Posted
@ www.isuhangat.net.
Ulasan
Catat Ulasan