Belajar Sedikit Faham Banyak
Para Sahabat di zaman awal Islam, sedikit sahaja diajar oleh Rasulullah SAW,
mereka dapat faham dengan banyak, luas dan mendalam. Segala apa yang Rasulullah
ajar, mereka mampu mengembangkan, mengaitkan, mengkiaskan dan mensyarahkannya
hingga ia menjadi sumber ilmu yang lengkap dan menyeluruh.
Berlandaskan ilmu yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu juga para Sahabat mampu mentafsir dan mengembangkan ayat-ayat Al Quran. Sayidina Ali k.w.j. contohnya, mampu mengupas Surah Al Fatihah hinggakan kalau tiga ratus ekor unta pun tidak akan cukup untuk memikul kitab-kitab kupasan dan tafsirannya itu.
Rasulullah SAW sendiri memang percakapannya atau sabdanya ringkas dan pendek, tetapi isinya padat. Baginda tidak bercakap terlalu panjang tentang sesuatu perkara. Apa yang disabdakan baginda padat, lengkap dan penuh berisi. Untuk dapat faham banyak dari ilmu atau minda yang matan, ilmu itu mesti difikir-fikirkan. Kalau boleh ia perlu juga dimuzakarahkan dan dibawa berbincang. Dengan cara ini, ilmu yang matan itu akan bercambah dan berkembang. Sebenarnya dalam ilmu ada ilmu, dan dalam ilmu kita boleh dapat penambahan ilmu.
Daya fikir pula akan menjadi lebih murni dan tajam dengan roh atau hati yang bersih dan yang sentiasa terhubung dengan Tuhan. Bila roh atau hati itu bersih, Allah SWT akan mudahkan bagi akal untuk meneroka dan memahami perkara-perkara yang bersangkutan dengan ilmu. Itu sebabnya, di zaman kegemilangan Islam, di kalangan para Sahabat, Tabiin dan Tabiit Tabiin, kerana hati mereka bersih, ramai yang dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu. Tidak hanya ilmu Islam seperti tauhid, fekah, tasawuf, tafsir, ilmu Hadis dan lain-lain lagi tetapi juga ilmu falsafah, astronomi, astrologi, perubatan, matematik, ketenteraan, sains dan sebagainya. Tambahan pada itu ramai di kalangan mereka yang dapat menguasai berbilang-bilang ilmu ini pada satu masa. Walhal sebelum Islam, mereka hanyalah pengembala-pengembala kambing dan ilmu tentang kambing itu sajalah yang ada pada mereka.
Dengan didikan Rasulullah SAW, insan mereka terbina, hati dan roh mereka menjadi bersih, akal mereka mampu memahami, mengupas, menyaring dan menterjemah berbagai-bagai ilmu dari tamadun Yunani dan Parsi. Selepas itu mereka pula menambah dan menyumbangkan ilmu-ilmu tersebut dengan berbagai-bagai penemuan yang baru hingga negara Islam menjadi pusat ilmu bagi semua bangsa di waktu itu. Cara kedua untuk mendapat faham banyak dari ilmu atau minda yang matan ialah dengan mengamalkannya. Dengan amalan, ilmu akan jadi meluas dan terhurai. Ada hadis yang mengatakan:
Maksudnya: "Barangsiapa mengamalkan ilmu yang dia tahu, Allah akan ajarnya ilmu yang dia tidak tahu."
Ada kata-kata hukama yang berbunyi:
Maksudnya: "Hidupnya ilmu kerana amal."
Apabila kita amalkan ilmu yang kita pelajari (ilmu yang tersurat), maka lama-kelamaan, Allah SWT akan ajar kita ilmu hikmah (ilmu yang tersirat). Ilmu seperti ini tidak perlu belajar. Allah SWT akan jatuhkannya terus ke hati kita. Ilmu ini dinamakan juga ilmu ilham atau ilmu laduni.

Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2012/08/belajar-sedikit-faham-banyak.html#ixzz23CvbMCZH
Ulasan
Catat Ulasan