Sunyinya Shawal ku kini…….
Pada tanggal 19
atau 20 Ogos 2012 hadirlah Syawal sekali lagi di bumi Malaysia ini. Kehadirannya
mengundang nostalgia sambutan Syawal 30 ke 40 tahun dahulu. Ketika itu penulis
berusia kanak-kanak dan remaja. Begitu bahagia rasanya tiap kali tibanya
Syawal. Begitu shahdu perasaan
kegembiraan pada ketika itu. Berkumpulnya adik beradik. Kegembiraan terpancar di wajah emak
dan abah apabila abang-abang dan kakak-kakak penulis pulang berhari raya.
Berkumpul semuanya anak-anak yang bertebaran melata di sekitar bumi Malaysia.
Penulis sahaja pada ketika itu berada di kampong.
Malam Hari
Rayalah malam yang sangat indah dan suasana kegembiraan itu begitu kemuncak
sekali. Malam itu lemang dibakar. Malam itu ketupat dimasak. Malam itu
serunding digoreng. Malam itu juga segala lauk pauk dimasak. Kesibukkannya
tidak terkira. Becoknya mulut emak tidak terkata. Penulislah yang selalunya
menjadi orang suruhan emak samada ke kedai membeli barang-barang keperluan
masakan yang kurang maupun dah habis. Pergi membeli air batu pada waktu petang
untuk persiapan berbuka. Pergi beli minyak masak bila minyak masak habis. Pergi
beli bawang besar, bawang putih, bawah merah, sayur dan segalanya tidak
ketinggalan. Pendek katanya sibuknya penulis ketika itu tidak terkata.
Walau sibuk dan lelah, hati sangat gembira dan riang. Sering kali emak memberi peringatan agar naik motor dengan hati-hati.
Bimbang kemalangan juga tidak dilupa.
Pada lewat
petangnya, selalunya kakak sulung akan tiba bersama-samanya bunga api.
Tambahlah lagi kegembiraan untuk bermain bunga api pada malam nanti. Terasa
tidak sabar hati untuk bermain bunga api. Terasa malam bagaikan lambat tibanya.
Apabila senja
melabuh dirinya maka berkumandanglah takbir Hari Raya di radio maupun dikaca
televisyen. Tidak ketinggalan juga dari corong-corong surau. Bertambahlah
riangnya hati dikala tiu. Hanya Allah sahaja yang tahu tahap kegembiraan
penulis ketika itu. Selepas selesai berbuka diteruskan berjemaah solat Maghrib.
Abah menjadi imam dan kami adik beradik menjadi makmum.
Selepas solat
maghrib, abah meneruskan zikirnya seorang diri. Kami adik beradik terus bermain
bunga api dengan tanpa berlengah. Kami juga akan mengembara serta kampong melihat
persiapan orang lain pula seperti mak saudara-mak saudara yang lain. Dapat juga
menumpang semangkuk sekiranya bunga api mereka lebih banyak dan power.
Begitulah indahnya Malam 1 Shawal….Kini kegembiraan itu telah pergi bersama
masa dan zaman. Susana kini semakin terasa sepi dan sunyi. Walau pun didepan mata suasana
bunga api, kesibukan di rumah ibu mertua serupa dengan rumah ibu sendiri di kampong
halaman, keadaannya tetap berbeza.
Kini emak dan abah
telah kembali mengadap ilahi. Kakak sulong terlantar sakit angin ahmar di katil.
Abang-abang telah berkeluarga dan sentiasa berhari Raya di rumah ibu mertua
masing-masing. Tiada fakta giliran buat mereka. Begitu juga hanyutnya seorang
kakak dengan dunianya. Berhari Raya di rumah sendiri atau di rumah emak
saudara. Terjadi akibat masalah sendiri memilih pasangan hidup tanpa mengikut
proses biasa.
Pada malam-malan
raya di rumah kampongku kini, begitu sunyi.
Tiada lagi bunyi mercun , bunga api, ketawa riang kanak-kanak maupun dewasa di sebuah rumah usang ini. Tiada lagi bakar lemang, rebus ketupat,
persiapan lauk pauk yang banyak. Tiada lagi berbuka puasa beramai-ramai. Cuma
yang ada penulis, isteri penulis, kakak yang sakit di katilnya dan kakak
seorang lagi yang sentiasa tak puas hati dengan orang lain. Sunyinya Shawal ku
kini…….Begitu pantasnya masa bergerak dan begitu cepat suasana berubah. Masihkah aku berkesempatan untuk bergembira seperti dulu ???
Ulasan
Catat Ulasan