Adab Berhari Raya
,
Disunnahkan untuk kita menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan Solat Eidil Fitri. Ini bersesuaian bahawa Hari Raya Eidil Fitri ini adalah hari untuk kita berbuka bagi sebulan berpuasa. Di riwayatkan bahawa Rasulullah saw akan mengabil tamar untuk makan sebelum ke tempat solat Eidil Fitri. Baginda akan mengambil kadar bilangan ghasal (Ganjil) 1 atau tiga atau lima. Sebagaimana hadis yang berbunyi “Hua yakkulu tamraat witaran”.
Tidak ada hari yang perlu dan sunnat untuk kita zahirkan
kegembiraan melainkan kedua hari raya. Ini terbukti melalui hadis Anas bin Malek
ra iaitu katanya,
"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah
sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main
(bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku
datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi
medan permainan kamu semua pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya
Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari
raya Eidil Adha dan Eidil Fitri.”
(Hadis Riwayat al-Nasaai)
Setiap negara berbeza sambutannya, malah sesetengah Negara
Islam sambutan terlalu simple hanya sekadar datang beramai-ramai untuk solat Eid
kemudian pulang dan aktiviti seharian seperti biasa. Namun begitu berbeza dengan
negara-negara di sekitar Asia Tenggara ini (Malaysia, Indonesi,Selatan Thailand,
Brunei dan juga Philipina). Mungkin negara yang kita sebutkan ini adalah dari
rumpun Melayu yang kaya dengan budayanya. Namun begitu biarlah kita berhari raya
tidak keterlaluan dan biarlah ianya menepati atau hampir kepada sunnah. Yang
lainnya mengikut budaya kita yang tidak bertentangan dengan syariat dan sunnah
maka sudah tentu dibolehkan.
Antara adab-adanya
:
Takbir
Raya
Dituntut bagi kita untuk bertakbir Raya bermula tenggelam
matahari akhir Ramadhan sehingga imam selesai berkhutbah raya. Firman Allah
swt,
“Supaya kamu
cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan
bertakbir) kerana telah memberi petunjukNya kepada kamu dan supaya kamu
bersyukur.” (Surah al-Baqarah : 185)
Biasanya pada malam raya Eidil Fitri ini kebanyakkan kita
terlupa dan lalai kerana terlalu gembira pulang ke kampong berkumpul ahli
keluarga yang jauh sedangkan malam tersebut adalah malam Lailatul Jaezah (Malam
Kurnian Hadiah) .Amalan bertakbir ini tersangat dituntut untuk kita
amalkan.Malah ianya lebih utama ketika itu dari zikir-zikir yang lain. Amalan
bertakbir ini kekadang hilang begitu sahaja. Jika ada pun ianya hanya sesudah
solat Insyak berjemaah di masjid atau surau. Jika tidak ke masjid atau ke surau maka takbir ini luput begitu
sahaja.
Bagi mereka yang sedang memandu pulang pada malam tersebut
tidak salah untuk bertakbir sekali sekala di dalam kenderaan. Malah pada malam
tersebut juga dituntut untuk solat malam seperti biasa dan bangun awal serta
sunat bertakbir apabila selesai bersolat malam.
Selain dari itu ketika keluar untuk pergi solat Eid Fitri
pun masih sunat bagi kita untuk bertakbir. Maknanya jika ada kesempatan pada
malam dan paginya jangan dibiarkan untuk tidak diisi dengan amalan takbir
ini.
Solat Malam Dan
Solat Fardhu Berjemaah
Seringkali solat fardhu berjemaah kita tinggalkan kerana
kesibukkan dengan ahli keluarga. Isteri
akan sibuk di dapur menyediakan masakan terakhir untuk Hari Raya besoknya. Suami
pula sibuk melayan anak-anak bermain bunga api di luar. Anak perempuan yang
sulung sibuk dengan Facebook di depan komputernya. Anak lelaki yang kedua pula
sibuk dengan H/phone tebarunya sms dengan kawan-kawannya. Dua anak kecil lagi
asyik di depah T.V menonton program Hari Raya. Itu untuk orang biasa, namun kita
akan dapati imam masjid pula akan sibuk dengan kutipan zakat untuk kali
terakhirpada malam tersebut. Bilal pula sibuk melayani menantu dan cucu di
halaman rumah.
Hasilnya solat maghrib dan Insya berjemaah akan ketiadaan
Jemaah, kalaulah tidak kerana anak-anak muda pelajar universiti yang biasanya
sebuk dengan aktiviti keagamaan di universiti pulang ke kapong maka lansung
tidak akan ada kedengaran azan berkumandang di masjid dan surau. Merekalah yang
azan dan menjadi imam.
Solat Suboh berjemaah pun begitu kerana masing-masing tidur
lewat maka suboh berjemaah juga terus terlepas. Sedangkan Ramdhan mengajar kita
untuk bangun di waktu sahur selama 30 malam, namun gara-gara malam Raya semuanya
terlepas.
Solat suboh berjemaah pagi itu disunatkan bagi kita untuk
bersolat di masjid/surau yang terdekat dengan rumah kita jika Solat Eid dibuat
di masjid yang jauh.
Mandi Eidil
Fitri
Selain dari perkara di atas, kita juga disunatkan mandi
Eidil Fitri. Ianya sama seperti mandi-mandi sunat yang lain dan juga sama dengan
mandi-mandi wajib. Yang membezkannya dengan mandi-mandi yang lain terletak di
atas niatnya sahaja. Dikatakan bahawa baginda akan mandi sebelum berangkat untuk
menunaikan solat Eidil Fitri. Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn
Qayyim.
Sebenarnya tidak perlu bagi kita menunggu sesudah Solat
Suboh baru mandi Sunat Eidil Fitri. Malah kata sesetengah ulama dibolehkan kita
mandi apabila sudah sepertiga malam. Kata mereka lagi ianya sekitar tujuh atau
lapan jam selepas terbenam matahari. Jika kita kira ianya sekitar pukul tiga
pagi. Ia juga adalah pandangan Imam Syafie sebegaimana yang dicatikan oleh Dr
Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya.
Persoalannya bila masing-massing memikirkan untuk mandi
sesudah Solat Suboh sebelum ke Masjid, maka kita akan dapati di tepat yang paip
airnya laju sekalipun akan kekurangan air. Ini kerana masing-masing memikirkan
untuk mandi di waktu tersebut. Jika lima keluarga yang pulang ke kampong untuk
satu rumah, satu keluarga mempunyai empat ke lima orang anak. Bayangkan berapa
ribukah yang akan mandi pada waktu tersebut di kampong tersebut. Tidak hairanlah
air paip akan perlahan dan mungkin tidak keluar lansung.
Untuk ini sebaiknya kita mandi awal bagi mnyelesaikan
masaalah ini.
Makan Sebelum Solat Eidil Fitri
Disunnahkan untuk kita menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan Solat Eidil Fitri. Ini bersesuaian bahawa Hari Raya Eidil Fitri ini adalah hari untuk kita berbuka bagi sebulan berpuasa. Di riwayatkan bahawa Rasulullah saw akan mengabil tamar untuk makan sebelum ke tempat solat Eidil Fitri. Baginda akan mengambil kadar bilangan ghasal (Ganjil) 1 atau tiga atau lima. Sebagaimana hadis yang berbunyi “Hua yakkulu tamraat witaran”.
Juga hadis dari
Anas ra, ia berkata, “Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam tidak pergi tempat solat pada pagi Eidil Fitri
hingga baginda makan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata:
“’Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas berkata:
“Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memakannya di dalam jumlah yang
ganjil". Amalan sebegini juga menutup prasangka bahawa kita masih
berpuasa.
Jadi tidak salah bagi kita menyediakan juadah seperti
berbuka puasa sebelum pergi untuk bersolat Eidil Fitri. Apa yang membezakannya
hanyalah menunya sahaja namun tamar/kurma jangan ditinggalkan.
Berpakaian Indah
Imam Syafie menyebut di dalam Kitab
al-Umm:
"Aku lebih
menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya,
iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Eidil adha dan Eidil fitri) dan tempat
diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang
bersih dan memakai wangi-wangian."
Maka sunat lagi
bagi kita memakai pakaian yang indah yang termampu bagi kita asalkan jangan
bermegah-megah. Selain itu biarlah pakaian yang dipakai itu menutup aurat kita
dengan sempurna , khususnya bagi kaum wanita. Hal ini perlu diambil berat kerana
rata-rata pada hari raya khususnya takkala kita bertandang berhari raya
kebiasaannya pakaian yang menutup aurat sempurna tidak diambil
peduli.
Bukan hanya
pakaian kita malah pakaian anak-anak juga perlu menepati syariah.
Berjalan Kaki Menuju Ke Masjid
Masaalah paling ketara akhir-akhir ini bila kita ke masjid untuk solat Eidil Fitri adalah masaalah parking kereta. Kita akan dapati tempat parkig/letak kereta masjid tidak akan muat malah sepanjang jalan di hadapan dan belakang masjid akan penuh sesak dengan kenderaan.
Berjalan Kaki Menuju Ke Masjid
Masaalah paling ketara akhir-akhir ini bila kita ke masjid untuk solat Eidil Fitri adalah masaalah parking kereta. Kita akan dapati tempat parkig/letak kereta masjid tidak akan muat malah sepanjang jalan di hadapan dan belakang masjid akan penuh sesak dengan kenderaan.
Apa tidaknya,
waktu inilah mereka yang balek kampong
nak tunjukkan kenderaan masing-masing kepada teman sekampong. Hasilnya laman
masjid dana sekitarnya penuh sesak.
Sebenarnya bagi
mengatasi masaalah seperti ini terbaik
dengan mengikuti sunah Rasulullah saw. Sebagaimana riwayat Saidina Ali ra bahawa
Nabi saw menganjurkan pergi ke masjid untuk solat Eidil Fitri degan berjalan
kaki jika kadar jauhnya tidak memberatkan. Malah menjadi sunat pergi mengikuti
jalan yang lain dan pulang mengikuti yang berbeza.
Imam al-Syafi’e
rah juga menjelaskan di dalam kitab al-Umm: Kami mendengar dari al-Zuhri bahawa
dia berkata: “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah naik
kenderaan baik ketika solat Eid ataupun solat Jenazah”.
Menurut al-Hafidz
Ibnu Hajar al-Asqalani rah : Imam al-Syafi’e rah di dalam kitabnya al-Umm
mengatakan bahawa seorang imam dan makmum disunnahkan untuk mengikuti jalan yang
berbeza dengan jalan waktu pergi ketika pulang dari solat Eid. Demikian juga
pendapat majoriti pengikut mazhab Syafi’i.
Lafaz Ucapan Hari Raya
Lafaz Ucapan Hari Raya
Ucapan lafaz hari raya yang lebih tepat dan menuruti sunnah
adalah sebagaimana yang di ceritakan olehLafaz ucapan hari raya seperti “Selamat
Hari Raya Maaf Zahir Batin” sudah menjadi sinonim bagi Umat Islam di Malaysia.
Namun, cara dan lafaz yang lebih bertepatan dan menuruti sunnah Baginda ialah
berdasarkan apa yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani yang
dinukilkan daripada Jubair bin Nufair katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
Jadi sebaiknya
kita mengikuti lafaz seperti ini kerana ianya lebih mirip kepada berdoa.
Maknanya kita salaing doa mendoakan antara satu dean yang lain. Sebagaimana
lafaz salam begitu juga dengan lafaz ucapan hari raya. Lafaz ucapan hari raya
yang biasa kita ucapkan bukanlah salah tetapi terlbih baik kita ikut yang di
sarankan oleh ulama.
Maknanya yang
lebih tepat di samping kita mengucapkan ucapan “ Selamat Hari Raya Eidil Fitri
Maaf Zahir da Batin” maka jangan lupa jga untuk kita mengucapkan “Taqabbalullah
minna waminka”.
Wallahualam.
Ulasan
Catat Ulasan