Hina Sahabat Nabi Saw
Seorang lelaki warga Australia, Mansor Al-Maribe telah dihukum oleh mahkamah Saudi atas kesalahan menghina Sahabat Nabi ketika musim haji baru-baru ini di Madinah. Beliau yang berumur 45 tahun, ayah kepada 5 orang anak ini dihukum rotan sebanyak 500 sebatan dan dipenjarakan selama setahun.
Setahu penulis gulongan Syiah seperti Mansor Al-Maribe ini kalau dulu-dulu sekitar tahun 80an tidak akan berani berbuat demikian berlebih lagi jika berada di Madinah. Miski pun ketika itu Revolusi Iran begitu rancak diperkatakan sekitar Tanah Arab sehingga ke Negara-negara Islam yang lain. Propaganda fahaman Syiah ini cuba disebarkan ke seluroh dunia. Pernah penulis berada di satu tempat di Sempadan Burma berdekatan Bandar Ranong di Thailand, penulis terjumpa beberapa majalah dalam bahasa Thailand berkaitan propaganda Syiah. Majalah ini disebarkan di seluroh pondok-pondok sehingga ke Selatan Thailand. Namun begitu fahaman Syiah ini tidak berkembang di sana.
Di Malaysia pun pada ketika itu rancak membicarakan tentang Syiah sehingga berlaku Polemik Syiah Sunni di dalam akhbar Watan. Seingat penulis telah berlaku perdebatan diantara Nahmar Jamil dengan seorang penulis yang berfahaman Syiah. Malah pada ketika itu Pendakwah Bebas seperti Pak Yazid, Ust. Abdullah Hassan, Ust Hassan Salleh, Uts Mahfuz, malah terdapat beberapa orang lagi Ustaz di dalam Persatuan Ulama Malaysia. Malah di Universiti Malaya dan juga UKM ramai yang terlibat dengan fahaman ini. Penulis berani berkata demikian kerana penulis telah sempat belajar dengan semua mereka ini melainkan Pak Yazid dan Ust Mahfuz. Hampir setiap pagi hujung minggu penulis akan ke rumah Pak Yazid mengikuti kuliah pengajian ustaz-ustaz jemputan.kekadang terdapat juga utaz-ustaz yang pro kepada fahaman Syiah ini.
Perkembangan lebih ketara apabila gulongan pecinta Syiah ini mengadakan satu seminar Sunni – Syiah di Kuala Lumpur waktu itu. Walau pun asasnya kepada “Taghribul Mazahib” namun ianya adalah salah satu penyebaran Syiah di Malaysia. Kertaskerja berkenaan masih lagi di dalam simpanan penulis sehingga kini. Selain itu pendakwah-pendakwah di Malaysia ketika itu dijemput khas ke Iran untuk melihat perkembangan Syiah ini termasuk pemimpin Al-Arqam Utz Asyaari Muhammad. Tidak kurang dari mereka yang terlibat dengan Syiah setelah pulang ke Malaysia.
Perkembangan Syiah makin pesat berlebih lagi bila kefahaman dan pengetahuan tentang Syiah di Malaysia begitu cetek di kalangan ustaz-ustaz dan ulama ketika itu.
Hari ini pendokong Syiah semakin ramai di Malaysia. Mereka kekadang bertambah berani, cumanya belum lagi kedengaran suara-suara mengutuk Sahabat Nabi saw. Namun begitu di dalam artikel mereka, secara terang-terangan mereka mengutuk Sahabat Nabi saw.
Bagaimana kita boleh menghina dan mengutuk Sahabat Nabi saw sedangkan terdapat beberapa hadis Nabis melarang berbuat demikian. Malah menghina dan mengutuk selain Sahabat Nabi juga dianggap tercela, apa lagi Sahabat Nabi saw.
Sabda Nabi saw, " Jika kamu semua melihat orang memaki para Sahabatku, katakanlah bahawa laknat Allah swt keatas keburukkan kamu." (H/R : Tarmizi)
Sabda Nabi saw lagi," Jangan kamu semua memaki para sahabatku. Seandainya ada seorang di kalangan kamu yang menginfakkan emas sebesar gunung Uhud ia tidak akan dapat memadai seorang pun dari mereka, walau hanya separuh." (Hadis Mutafaq a'laih)
Juga sabda Nabi saw, " Bintang-bintang adalah yang mengamankan langit, bila tiada bintang-bintang akan tibalah apa yang telah dijanjikan baginya. Aku pengaman bagi Sahabatku, bila aku telah tiada akan tiba apa yang telah dijanjikan kepada mereka. Para Sahabatku adalah pengaman bagi umatku, jika para Sahabatku telah tiada akan tiba apa yang telah dijanjikan kepada mereka." (H/R : Muslim)
Sabda Nabi saw lagi, "Allah...Allah.... berhati-hatilah akan para Sahabatku sepeninggalku janganlah kamu semua jadikan mereka sebagai sasaran. Barangsiapa mencintai mereka ia kucintai dengan kecintaanku, dan barangsiapa yang membenci mereka ia kubenci dengan kebencianku. Sesiapa yang mengganggu mereka bererti ia menggangguku dan barangsiapa yang mengganggu diriku bererti ia talah menganggu Allah dan tidak lama lagi Allah pasti akan membalasnya." (H/R : Tarmizi)
Bagi penulis bagi menghindari fahaman Syiah ini daripada menular selain dari penerangan dan diskusi ilmiah di kalangan masyarakat, maka kita perlu mengembargemburkan kemuliaan Sahabat Nabi pada masyarakat dan berusaha menghayati kehidupan mereka di dalam kehidupan kita. Caranya dengan membaca kisah-kisah kehidupan mereka di rumah-rumah kita dalam bentuk ta'lim di rumah. Cara dan kaedah ini telah pun dilaksanakan oleh sahabat kita di dalam Jemaah Tabligh. Ini tidaklah terbatas kepada Jemaah Tabligh sahaja, namun hendaklah dilaksanakan juga oleh semua peringkat masyarakat.
Wallahualam.
Ulasan
Catat Ulasan