Mengapa Rasulullah melarang minum sambil berdiri?
Dalam hadis
disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring
oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh
membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Terus menuju kandungan air kencing. Ketika
menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang
perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal
mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu
penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas
perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia
melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami
bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Pada masa duduk, apa yang diminum
atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan
lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan
dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu
lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan
disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil
berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk,
seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan
kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang,
organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu
mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan
dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan
semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak
boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan
minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk,
di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem
pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara
cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri,
boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana
(saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang
mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan
tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang
parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan
pengsan atau mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara
terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka
pada perut. Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada
tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri
disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke
usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang
mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa
makan dan minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah
r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk
bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat
Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: "Lihatlah orang itu
duduk seperti budak."
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang
hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak." Lalu
Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu
untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu)
telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku tidak
makan secara bertelekan" (HR Bukhari).
Ulasan
Catat Ulasan